Hmmm...tahun 2005 selepas titik hitam dalam hidupku berlalu tatkala umorku yang dah senja ni...Im back in the market so to speak (ada market ke lagi orang macam aku ni?). Aku tak la sosial kind of person, lebih suka mendengar dari bercakap ( good listerner), reserved sikit, tapi kalau dah kenal lama, hoohaah jugak la...Jadi aku pun cuba2 melayari websites untuk mencari kawan2 baru (tu pun anak aku yang mengajor nye). Selain dari mencari kawan baru aku dah hooked dengan berblogging di satu website dimane bloggers pulak selalu bergather2 untuk bersantai dan bertukar fikiran.
Pada masa yang sama teringin jugak aku nak memulakan bisnes tapi tak tau nak buat bisnes ape, direct selling..aku tak berape minat, insurans pun tak minat, aku ni tak pandai nak bergebang atau pot pet dengan orang. Bukan senang nak menarik pelanggan suruh beli produk kita, orang yang PR bagus je boleh buat camtu. Aku ni berat mulut sikit...Ditakdirkan Allah aku pun berkenalan dengan seorang kawan lelaki yang sedang mencari rakan kongsi untuk projek pertanian. Mula2 setakat berkawan saje tapi dia bersungguh2 suruh aku buat bisnes nursery sendiri dirumah dengan tunjuk ajarnye. Rupe2nye baru aku tau yang dia adalah seorang cendiakawan yang serba boleh dalam banyak bidang termasuk pertanian. Itu lah bermula nye penglibatan aku dengan tanaman pokok2 temperate bersamanye.
Tentu ramai yang tertanya2 ape ke bende pokok temperate ni? Dia adelah pokok2 yang bermusim seperti anggur, epal, peach, pear, black berry, mulbary (pokok sutera) dan lain2 lagi. Hah! tak percaya kan kalau aku katakan yang pokok2 camtu boleh hidup di negara kite ni..Itu lah hasil kajian kawan aku tu yang juga seorang Profesor (Dr Abdul Wahab Arbain) yang telah buat kajian terutama tentang pokok anggur lebih dari 10 tahun dan penah menghasilkan pokok2 yang bermacam jenis anggur untuk ditanam. Mula2 aku pun susah nak percaya sehingga aku tengok dengan mata kepala aku sendiri...cuba tengok gambar2 yang aku paparkan diatas. Gambar2 gugusan anggur tu adalah dari nursery Profesor bersama jirannye di Bukit Kapar. Yang lain tu adalah hasil tanaman di tapak kebun kami di Jeram. Buat masa ni the demand is more than supply. Insyaallah pada tahun depan dan tahun 2010 kami akan mempunyai anak2 pokok temperate yang mencukupi untuk memenuhi permintaan ramai..
Semenjak aku mula berjinak dalam bidang pertanian ni aku rase hidupku tenang dan tenteram. Rutin harian dipenuhi dirumah dan dikebun dengan pengurusan dan penjagaan pokok2 dan tanaman, walaupun Jeram agak jauh perjalanannye dari rumahku. Aku ingin saksikan kejayaan kami dalam bidang ini. Hari ni aku dan Profesor telah mendapat hasil buah labu kuning yang kami tanam 2 bulan lalu...itu adalah diantara tanaman sampingan di kebun kami termasuk gajus dan chili. Aku bersyukur sangat2 kerana telah diketemukan dengan seorang kawan yang baik, jujur dan ikhlas untuk membimbing aku dalam bidang pertanian yang memang telah menjadi minatku dari alam sekolah lagi..semuga dipanjangkan umor, murah rezekinye dan diberi kesihatan yang baik dan berbahgia selalu bersama keluarganye...AMIN!
3 comments:
Permulaan macro-diary yang baik.
Tahniah!
Teruskan!
AWR_48
tima kasih Prof, baru nak cuba2..
Thank you very much for sharing.
Through your blog, a lot of people including me of course have a chance to read and learn from.
I have read some of your post and I really enjoyed reading it.
And if you want to learn chinese,please visit at
http://www.chinesepal.cn
or
http://www.chinesepal.cn/first/learn-chinese/index.htm
Thanks again and looking forward for more of your posting soon!
Post a Comment