Monday, September 28, 2009

Ramadhan dan Syawal datang dan pergi...

Semenjak last posting dulu selepas anak sedara aku kawin, memang padat betul aktiviti2 aku dari bulan Jun hingga la menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ni kira flashback la..
Bulan Julai, kami sekeluarga berkonvoi ke Manjung dan Sitiawan utk menhadhiri kenduri kawin anak sepupu ku. Bermalam di Teluk Batik semalam, tak lepas peluang bersopping ke Lumut borong ikan masin, ikan bilis dan lain2 utk di bawa balik.
Lepas tu aku sebok turun naik bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak mengesahkan persiapan ke tanah suci Mekah utk menunaikan fardhu haji tahun ni setelah membuat rayuan utk pergi bersama kakak angkat/jiran aku memandangkan dia pun ibu tunggal dan tidak mempunyai mahram seperti aku. Mula2 dia kena reject kerana baru lagi mendaftar, aku dah tunggu 9 tahun, tapi berkat doa kami agaknye, alhamdulillah dia dapat tawaran utk pergi bersama. Kami telah menghadhiri kursus haji semenjak 2 tahun lepas dan akan berkursus haji Perdana (amali) di Putra Jaya hujung minggu ni selama 2 hari. Walau bagaimanapun kami masih menunggu jadual penerbangan ke Mekah, mungkin kami akan berangkat pada bulan November utk melakukan Haji Tamattuk. Mudah2an di permudahkan segala urusan kami disana, di beri kesihatan yg baik dan dapat melakukan ibadah dengan sempurna insyaallah...
Tiba pulak bulan Ramadhan, aku sebok sepanjang hari, pada tahun ni aku nekad nak masak sendiri utk juadah berbuka puasa kecuali kueh2 mueh aku beli di Bazar Ramadhan. Tapi pada tahun ni aku tak berapa sihat, dapat gastrik hingga muntah2 dari hari mula puasa hingga badan nampak susut dan muka pulak pucat lesi. Selera pun kurang, aku lalu makan bubur lambuk je 2, 3 minggu berpuasa. Terawih aku buat 8 rakaat di rumah je. Datang pulak H1N1, lagi haru..anak bongsu aku Alan pun tersuspect jugak, cemas jugak aku di buat nye tambah la aku sendiri tak berape sihat. Tapi alhamdulillah suspect je tak positive H1N1. Apa2 pun sempat jugak meluangkan masa berbuka puasa dengan anak2 dan kakak angkat aku di luar.
berbuka puasa bersama keluarga
Minggu penghabisan pergi berbuka di rumah adek aku yg baru siap di tanah kami di Paya Jaras.Tanah yg di beli arwah bapak aku tahun 80an kami pecah 7 lot dan adek lelaki aku yg belum ade rumah sendiri telah mengupah kawannye utk membina sebuah mahligai iudaman tapi rupa nye kawan makan kawan..kena tipu dek kawan sendiri hingga terover the budget, dari 200k hingga hampir 300k. Habis simpanan utk menampung menyiapkan rumah yg takut terbengkalai hingga bila rumah siap, duit tak cukup nak beli perabot...terpaksa la beransur2.Kesian...tapi alhamdulillah la jugak kerana tu rumah sendiri yg jauh lebih selesa dari rumah dulu. Puas hati jugak walaupun duit simpanan dah kering..Kami 7 beradek berkumpul bersama keluarga masing2 di rumah nye pada bulan puasa dan hari raya pertama pada tahun ni.

Mahligai idaman adek di Paya Jaras
Hari Raya pertama seperti biasa aku sebok dari pagi sorang2 memasak juadah seperti rendang, nasi empit dan kuah kacang sehari sebelum raya lagi. Biasa la aku takde anak pompuan atau maid, anak2 aku pun semua keje tak dapat cuti. Pagi Raya sebok masak nasi tomato pulak berlauk kan ayam masak merah, dalca dan jelatah timun. Selepas pegi berziarah ke kubur, aku pun relax tunggu keluarga adek2 dan tetamu lain berkunjung hingga ke petang, baru kami berkonvoi pulak ke Paya Jaras hingga larut malam. Lepas raya pertama baru la aku tak duduk rumah beraya ke Seremban, Tampin, PJ dan Setiawangsa ke rumah adek2 dan sanak saudara. Badan yg susut pada bulan puasa dah mula nak naik, selera dah terbukak balik...adoii nak kena diet pulak la ni sebelum aku ke Mekah. Morning walk dah terenti masa sebulan puasa, nak mula balik dah liat...

anak teruna aku Rezza dan Alan beraya



adek beraya bersama keluarga uncle di PJ,
muka uncle (adek arwah bapak) sebijik rupa arwah


Seminggu lepas raya aku beraya bersama kawan2 lama masa di kolej dulu. Dah 34 tahun tak jumpa jadi kami buat reunion gathering kat rumah salah sorang di Kemensah Heights. Itu pun tak semua yg dapat hadhir, hanya 11 orang je termasuk aku, yg lain beraya ke overseas maklum la dia orang pun ramai yg berjaya dan berpangkat sekarang. Ade yg datang dari Bukit Mertajam and Singapore utk menghadhiri gathering ni. Pada mula nye aku malu jugak nak pegi ni, al maklum la dulu muda, cun melecun, sekarang dah jadi org lama, ade yg tak dapat teka aku ni sape...isshkk. Rupe nye bukan aku sorg je yg rasa begitu, ade yg sampai tak datang dek malu nak jumpe. Gathering yg lebih besar akan dibuat pada bulan Oktober akan datang insyaallah, dimana salah sorg dari kami ialah seorg menteri di Sabah yg datang menghadhiri Mesyuarat Agong UMNO nanti. Seronok dapat berjumpa setelah berpisah begitu lama masa di kolej dulu semua nye masih belasan tahun, sekarang dah ramai pulak yg jadi datok dan nenek/opah. Yang berpangkat Dato'/Datin pun ramai tapi perangai macam tu gak, giler2 sikit bila dah berjumpa ramai2. Gambar gathering next posting la, tak sempat nak upload lagi. Mudah2an persahabatan kami akan kekal.Amin!