Wah! semenjak hujung minggu lepas aku sebok sangat..tapi aku seronok kerana aku takde masa untuk duk menung mengenang nasib ke kesunyian ke...
Hari Sabtu dan Ahad lepas aku mengikuti kursus membuat roti dan kek di Berita Publishing anjuran Majalah Anjung Seri dimana aku menjadi ahli sejak tahun 90an lagi. Mula dari 8 pagi aku dah bergegas keluar ke pejabat Berita Publishing di Taman Desa Business Centre, dalam 1/2 jam dari rumahku. Tak tau kenapa tetiba je aku nak belajar buat roti dan kek ni..memang le aku tak pandai pun, selama ni pun aku beli je bila terasa nak makan kek. Selain dari kursus ni aku penah mengikuti kursus2 yg lain anjuran majalah ni seperti Landscaping di UPM selama 2 1/2 bulan, Hiasan Dalaman di UM (2 1/2 bulan jugak, Melukis Porselin (berbulan2) dan penah menyertai pamiran Pelukis Porselin di Carcosa Seri Negara pada tahun 2003 dan dapat menjual 2 biji pinggan hasil karyaku dengan harga RM500 sebiji!...wah siape sangka ek?
So hari tu buat pertama kali aku berkenalan ngan Chef Anuar dan aku betul2 enjoy bila tengok dia membuat demo, nampak sungguh mudah dan cepat sekali! Semua students rasa teruja, termasuk 2 orang lelaki serorang Librarian dan lagi sorang Pramugara..siape sangka ek? Aku terfikir nak buat kek dan biskut raya pada tahun ni sendiri..tu pun kalau aku tak MALAS la...tapi kena la beli perkakas2 nye dulu spti mixer, acuah, timbang dn lain2 lagi yg asas yg aku memang takde. Wah teruja nye! Jangan hangat2 tahi ayam sudah!
Untuk 2 hari tu kami belajar buat sandwich loaf, bun, tartlet, cheese cake, sponge cake, pizza, cake decorations dan yang lebih seronok lagi kita orang boleh bawak balik semua juadah yang kami masak tu!
MUDAH2AN AKU BERJAYA BUAT KUEH DAN KEK RAYA SENDIRI PADA TAHUN NI...INSYAALLAH!!
No comments:
Post a Comment