Wednesday, June 29, 2011

Potong Jambul nya!

Sabtu lepas sempena habis pantang menantuku dan cukup umur cucuku 2 bulan, aku buat kenduri kesyukuran berserta potong jambul. Sebenor nya aku nak buat pulut kuning je, pastu hantor ke mesjid pada malam Jemaat seperti arwah mak aku buat dulu bila aku habis pantang. Tak nak la aku nak ikut sangat trend orang sekarang ni...Tapi anak dan menantu dah berhajat nak buat acara potong jambul baby dia orang, maklum la anak sulong...Aku ikutkan aje dan menjemput kumpulan Merhaban dikawasan situ untuk membaca doa tahlil dan berselawat mendodoikan cucu sulong aku.







buai yang dihias bidan terjun oleh adek aku...


Perkakas dan bahan2 yang diperlukan dalam acara potong jambul - semangkuk bedak sejuk direndam dalam air untuk renjisan, semangkuk bunga rampai, semangkuk yang berisi gula, garam dan buah kurma (untuk 'membelah' mulut katanya), semangkuk air kosong untuk mengisi rambut cucu yang akan dipotong, dan sebilah gunting kecik dihias cantek dengan reben



Acara dimulakan dengan bacaan doa tahlil oleh kumpulan Merhaban yang terdiri dari kaum ibu iaitu jiran tetangga aku. Aku baru bercadang nak join sama tapi dah dapat cucu ni, nampaknya kena jadi babysitter la pulak sementara dia nak membesar...pastu mungkin mak bapak dia nak hantar ke day care kot...




buaian yang dihias diletak ditengah2




upacara mendodoi baby dengan diiringi lagu dan selawat Nabi


upacara memotong jambul nak dimulakan dengan mak dan baby berjalan mengelilingi kumpulan Merhaban yang tengah berlagu dan berselawat

Bermula lah acara potong jambul cucuku....menjilat2 dia bila disapukan garam dan gula dibibir nya sebagai syarat 'membelah' mulut (aku pun tak berapa tau benda ni!) tapi ditunjuk ajar oleh kakak angkat aku yang dulu menjadi babysitter kepada 2 dari anak2 aku



Elok pulak cucu aku ni tak mengangis langsung dan tak kelip2 mata dia merenung mak dia, selama upacara Merhaban yang memakan masa 2 jam lebih tu dijalankan! Dah selesai semua nya, baru la di mengobak nak susu dan tido...






Selepas acara potong jambul, aku sediakan sikit jamuan petang (high-tea) untuk meraikan kesemua tetamu yang datang, terdiri dari jiran2 terdekat, kumpulan Merhaban, adek beradek aku, keluarga besan serta sanak saudara yang paling rapat.
Mudah2an cucu aku akan membesar dengan baik, sentiasa sehat, jadi anak yang soleh, bijak bistari, berbudi pekerti yang tinggi dan akan menjadi kebanggaan mak, bapak, bangsa dan negara nya....insyaAllah! Amin!!!

Monday, June 6, 2011

Orang baru...

Betoi2 cukup sebulan hari ni muncul nya orang baru dalam hidup kami sekeluarga....cucu pertama aku! Berat dah naik sekilo, pipi dah tembam, susu tak cukup 3 ounce! Melalak pun dah kuat bila lambat sikit dapat susu. Alhamdulillah setakat ni setelah menjadi Opah (Grandma loghat Perak!) aku dah rase sikit selesa dengan jawatan dan tugasan baru yang aku sandang bila menantu berpantang 3 minggu dirumah aku. Mula2 dulu memang kekok banyak...al maklum la dah lama tak jaga baby (26 tahun yang lepas)! Risau jugak...boleh ke aku? Larat ke aku? Pandai ke aku? Sempat ke nak bermorning walk dan berkebun lagi? Emmm...memang tak sempat dah nak morning walk. Morning walk dalam rumah je la dari bangun subuh hingga la ke petang! Berkebun? Sempat la jugak sikit2 sementara cucu tak bangun lagi. Lepas tu sebok, nak bakar tungku, nak mandikan baby, siapkan dia sebelum dia tido balik...pastu sebok pulak nak berkemas, basuh baju, sidai baju, bagi makan kucing2 aku, ke dapo pulak nak masak untuk menantu dalam pantang....Tak payah morning walk dan diet dah...semenjak dapat cucu ni, body weight turun dengan mendadak! Wah seronok Opah!








amboi cucu Opah ni...baru satu hari dah celik mata dia!




nak tido balik la Opah...


cucu lelaki pertama.....teringin nak cucu pompuan tak dapat, dah la anak tiga2 lelaki..tapi takpe aku bersyukur dia sehat...


one happy Daddy!




Bila menantu dan cucu balik ke rumah mak dia untuk berpantang disana pulak, aku rase rindu amat sangat kat cucu...terdengar2 je suara dia mengobak (menangis)! Bila dia orang datang balik untuk duduk seminggu (nenek sana balik kampung), sebok balik la aku dari pagi sampai petang. Satu malam tu aku tak rase ngantok langsung, kesian kat Mommy O and Daddy O tak cukup tido...aku pun volunteer jaga cucu sampai ke pagi! Baby ni bila siang dia orang tido sakan, tapi bila malam...kejap2 jaga, kejap2 nak susu, kejap2 yak pulak! Ape2 pun seronok dapat dukung baby balik, cium bau baby, dan paling seronok bila time mandi, bukan main ceria dia! Hari ni cucu dah kena first month immunisation. Menjerit sakan dia kena cucuk jarum! Sian cucu Opah...

Sunday, May 22, 2011

Banjir kilat!

Dah 2 kali air Sungai Ampang belakang rumah aku yang duk tebi tebing sungai, naik melempah ruah ke kawasan rumah aku dan jiran2 sepanjang sungai tu. Last sekali Jumaat lepas bila hujan yang lebat tak berenti2 dengan kilat petir sabung menyabung, turun petang tu. Dalam setengah jam air sungai dah melebehi tebing dan masuk kawasan rumah! Nasib baik anak bongsu ade dirumah, menolong berkemas barang2 dalam rumah naik ketempat tinggi. Air naik dengan deras nye, memang tak sempat nak angkat kalau tak bersedia awal2. Penah sekali tahun 2007, aku terlelap kejap lepas maghrib masa tengah hujan lebat, sedar2 satu rumah dah ditenggelami air sampai buku lali! Kapet semua dah jadi floating carpet! Kali ni bila hujan lebat je dah mula gulung kapet!




air sungai yang berlumpur dah melepasi tebing sungai, arus yang deras sungguh menggerunkan...kalau terjatuh memang tak boleh diselamatkan!




pada hari biasa, sungai yang mengalir dengan tenang...



rumah sewa jiran sebelah dah dimasukki air sungai...motor pun dah setengah tenggelam, jenuh nak membasuh lumpur!

kawasan rumah aku dan rumah jiran - air naik dengan cepat sekali hampir sampai ke paras lutut beberapa minit sejurus gambar ni diambik




Tapi nasib baik la rumah aku tak masuk air aritu, hanya setakat satu anak tangga je, lebih kurang setengah inci lagi nak masuk ke rumah! Walau bagaimana pun, kawasan keliling rumah dah di tenggelami air hampir paras lutut. Rumah sewa jiran sebelah tak benasib baik! Tapi air naik sekejap je, tetiba je air sungai dah mula surut. Mungkin air naik disebabkan air dilepaskan dari takungan air besar di Bukit Belacan. Atau pun mungkin Smart Tunnel telah digunakan masa hujan lebat untuk mengalirkan limpahan air dari sungai2 dari sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Ape2 pun, aku rase banyak rumah di tebing Sungai Ampang ni yang rendah, telah dibanjiri air. Memang jenuh jugak lepas tu nak membasuh lumpur dari kawasan rumah, kalau dalam rumah lagi jenuh...boleh patah pinggang dibuat nye!

Friday, April 22, 2011

Bookshow

Followed my friend Noni to the Bookshow in PWTC today. We went quite early to avoid the lunch time crowd. By the time we reached there, the crowd has started to fill in with school children on field trips with their teachers, college students and the general public like us. Before we went on our rounds, first thing first....went to look for breakfast! Hahaha...well actually, I had mine very early after my gardening, but Noni had not taken any yet. So after a meat pie each (Noni said the best she ever tasted!), we started our rounds of the many booths on 2 floors there. Noni wanted to buy novels and I wanted to have a few books to satisfy my passions for gardening, interior decorating, cooking and the one book I must read - the latest by our ex-PM Tun Dr Mahathir!



I got this at MPH booth who is giving a 10% discount on all their books


MPH is having a signing of the book event tomorrow by Tun Dr Mahathir at 11am - 12 noon


got these books on gardening: Tropical Horticulture & Gardening by Francis S.P. Ng and The Pratical Encyclopedia of Gardening Techniques by Jonathan Edwards


magazines on creating wedding gifts (hantaran) - the passion I acquired when my second son was getting married last year, and also interior decorating magazines - I like to move my furnitures around when Im bored!


my passion for EATING motivates me in buying these cooking books..haha..


a lot of religious books which are mostly locally published





and some foreign ones especially from the Middle Eastern countries




they even have a stage with school children taking part in quiz, debates and also motivational talks from invited speakers



Noni is an avid reader especially English novels, she bought 6 novels (she said they were much cheaper here) and also a cook book. Usually she lent me her novels after she finished reading them, so I dont have to buy them today...but we did exchange books over the years!






Most of the booths were showcasing educational books for school children, lower and secondary schools and for college and university students. Quite a number on Islamic studies and books but also on the lighter sides like entertainment magazines, comics, novels, cook books etc,. etc...They even have booths on all the states in Malaysia, showcasing the states culture, traditions, history and books by authors from each state. There were so many books on other topics besides the one I mentioned and in other languages too!




Why not pay a visit there and it will be until 1st May.

Wednesday, April 13, 2011

Close shave!

This morning I walked alone. Noni couldn't go as she is recuperating from an eye operation since yesterday. My youngest son Alan who is on his off-day today, supposed to walk with me but since he had a late nite, couldn't bring himself to wake up early this morning. After walking, felt like having breakfast at McD...their BIG Breakfast! Its been a while I had anything from McD, since Im trying to curb the comfort food I have always fond of. You guess it...Im on DIET again!But their TV ad really makes me crave for that BIG hearty breakfast! "A array of sumptious delights" - delicious pancakes oozing with honey and butter, sausage muffins with egg, lovely golden scrambled egg (I love anything EGG!), delightful hash brown and their hot Premium Roast Coffee! Mmmmmm......mouth watering!


BIG hearty breakfast after a good walk! Hahaha...put back the pounds I lost!



Strangely enough, Alan woke up as I was about to drive to the nearest McD! So away we went to have our breakfast. It was a delicious, heart warming, bellyful of breakfast indeed! Then we came back and I went straight to the garden pulling weeds, snapped photos, transplanted seedlings etc etc....Almost 2 hours later, while taking off my sweaty clothes to bathe, suddenly I remembered I left my wallet on the bench where I sat for breakfast! Alan drove as fast as he could back there to retrieve my wallet while I phoned the credit card company to block my card immediately and praying very hard I will get back my wallet with everything intact especially my ID. Though in my heart, its unlikely I will get it back. I got myself ready to make a police report of my lost while waiting for Alan to come back with the bad news.




Alhamdulillah...Alan came back with the good news, my wallet was found by a McD's staff! Later, I went back there to thank the staff myself but was told the person has finished her shift and gone home. Anyway, the cashier there told me I was lucky that my wallet was found by their staff or else I might not be so lucky.....



While there, snapping a few photos, I couldn't help myself by grabbing a quick lunch! .....*Sigh....another round of comfort food! Its my way of showing my gratefulness to those staff at McD Ampang Jaya! Syabas!

Wednesday, March 16, 2011

Outing with the boys

Still calling them my boys although they are all grown up men now! My youngest and second one, a 25 and 26 year olds respectively. 15th was my second son's birthday. An excuse to eat out for me since I was not in the mood to cook. Anyway nowadays, always not in the mood after a morning walk, pottering in the garden for half a day...too tired to cook after that! I guess age is catching up with me!


Birthday boy...2nd son, first to get married and soon-to-be father!


youngest (Alan) and second (Rezza) sons


birthday slice of strawberry marble cake




birthday boy's choice...not sure what...Vietnamese or Sarawak noodles?


youngest one's choice - macaroni with cheese, too creamy and cheesy, he couldn't finish it!


Mine..just nice!


We didn't go very far for the outing, just a 10 mins drive to a Secret Recipe outlet near my house. Just to have a simple lunch with my two younger sons, since its very seldom they are having off-day at the same time. The eldest boy is working elsewhere and will only come home on weekends. As far as I can remember, I have always been closer to these two since their age gap is only about 1 1/2 years apart, while the eldest is 7 years apart from the second one. The eldest seemed to go with his friends more rather than with his two younger brothers maybe because of the age gap are too far apart. Anyway, they are all still Mama's boys...still manje2 and close to me like they were small kids! I know I will miss them if they are all married someday and live apart from me!



Tuesday, March 8, 2011

My Dearest...

Life has its up and down. The good ones and the bad ones. I know how painful it is right now for you to bear your broken heart for the first time. Im glad you came to me to pour your heart out, with tears in your eyes. Im trying hard to control my tears, so that I may seem the strong woman you always thought. You told me you loved her, couldn't live without her. But why did you say you didn't want any commitment when she wanted a serious relationship after more than a year of friendship? You have been out together more and longer than the previous girl you befriended 3 years ago. You didn't even want to let me know her name or introduce her to me, for fearing the relationship will flounder just like before. Still it has happened...
I didn't know you take it so hard this time. You couldn't sleep, you couldn't eat...just mopping around looking so sorry and sad. I noticed that look even before you confessed to me the whole story. You told me you slipped and said the word 'no commitment' to her but since then you have apologised for your mistake. Still she couldn't accept that, no matter how many tons of sms and calls you made, she just wouldn't answer you! I know how frustating it must be for you. But how can you made that mistake! Well, I guess after that, you just realised the fact that you couldn't live without her, you didn't want no other girl but her! Some people are like that, you found you loved the person only after they were gone...Maybe its too late for you...though I didn't tell you that because it will make you teary eyes again. My poor poor dear...
Just try to be calm and cool about the whole thing my dearest, you are a man, so be strong, just think positive. Maybe Allah is testing you, or maybe she's not your soulmate, or maybe after all these, you will meet a better person, your true soulmate! So just hang on there my dearest, if she's your soulmate, both of you will be together sooner or later.....In the meantime, do try to improve youself, be more aggresive, don't be too complacent in life, work for what you want and don't ever give up before you even try! Have a good full life my dearest!

Wednesday, February 23, 2011

Kambing oo kambing!

Adek lelaki no. 4 buat rumah di tanah kami di Paya Jaras 3 tahun lepas. Yang lain dah beli rumah masing2 walaupun tanah dah dipecah lot. Bila dia bagitau jiran sebelah, yang dia akan buat rumah disitu, tiba2 je anak jiran sebelah dirikan kandang kambing. Adek pun cakap kat jiran macam mana boleh buat kandang kambing dikawasan perumahan, mesti akan kotor, berbau dan akan mengganggu jiran2 disitu. Dia jawab balik...'Tanah aku, suke hati aku la nak buat ape pun, orang lain takde hak! Kandang aku tak kan berbau atau kotor sebab buat secara kaedah baru yang sangat hygenic'. Jadi adek pun mula la dirikan rumah idaman nye disitu.

kandang kambing dari celah2 pokok ditanah aku...


kandang kambing tersergam indah dalam peroses pembinaan







Dipendek kan cerite, setelah rumah siap dibina, kandang kambing jiran pun dah mula dirasmikan. Beratus ekor kambing local dan import dibela dengan 2 orang pekerja Bangla. Bermula la titik2 manis keluarga adek dengan bau2an yang menusuk hidung dan kalbu. Bila dia buat 'house warming' dengan jamuan doa selamat, kami sekeluarga pun datang bertandang kerumah idaman dia....Bila turun dari keta, dengan tiupan angin sepoi2 bahasa, kami pun di sambut dengan bau2an yang kurang menyenangkan.....ape lagi bau kambing dan taik kambing jiran sebelah la! Tu kat luar...kalau kat dalam, tak bukak tingkap tak bau. Adek aku yang konon2 buat balkoni kat atas untuk bersantai dimalam hari bersama keluarga.....terus tak bukak pintu balkoni! Ape tak nye bila malam, bau nye lagi ketara di bawa angin! Nak sedut udara nyaman, bau kambing yang menusuk lubang hidung! Dah berbueh mulut komplain kat orang sebelah, dulu kata tak kan berbau, sekarang ape dah jadi? Tapi dia buat dek je..sampai dia pulak tak menegur adek aku. Tahun sudah, jiran tu buat reban ayam pulak untuk ternak beratus ekor anak ayam depan rumah adek. Belakang rumah bau taik kambing, depan pulak bau taik ayam! Memang cukup ramuan bau2an nye! Komplain adek fell on deaf ears je..Nak buat aduan, dia jiran, adek tak nak bermusuhan pasal dia nak duduk lama disitu. Jadi ngdak tak ngdak, terpaksa la menahan nafas dan tak bukak tingkap...
Product susu kambing yang berkhasiat tinggi

Tapi sekarang lain pulak cerite. Adek suami isteri pulak dah jadi stokis untuk product susu kambing! Hahaha...tapi bukan kambing jiran..ni kambing orang lain. Kandang kambing jiran dah macam takde kambing, tinggal dalam 15 ekor je kot. Reban anak ayam ngtah kemana. Bau kambing masih menebal lagi pasal pekerja dah tinggal sorang je, jadi tak terbuat dek budak tu sorang, nak kaut taik kambing jual baja, nak carik dan potong rumput bagi makan kambing, nak mandikan kambing lagi (kambing mandi tapi bau tak hilang jugak!). Itu la cerite adek dan kambing2 jiran sebelah nye....

Sunday, February 20, 2011

Purrrring like a cat...

5 days I didn't wash my clothes!...3 basketful of dirty laundry waiting in line to be washed. Finally my old rusty-at-the-bottom washing machine stop spinning for the last time 5 days ago! My 13 years old faithful one....at its final last hour, I could hear the machine running, pumping water out but when I took out the washed clothes, they smelled like they have never been washed! So in again one more cycle, then I noticed the engine is running but the drum was not moving at all! I tried again without the clothes inside, still the same. So its finally over, kaput! Well, anyway the old thing has been giving trouble after I came back from Mecca in 2009 and sent for repair which cost me 400 Ringgit! It worked fine again until 4 months back when it would not run automatically like before, Since then, I have to pour in water manually...very time consuming, sometime I totally forgot about it until evening! So started to scout around for new washing machine and after 5 days I finally settled on a Samsung 10kg model.
my new washing machine
So yesterday I finally said sayonara to my old faithful rusty, noisy (very) old washing machine! Gone were the sound of a fighter jet engine taking off in the mornings or the kdang kdang kdang boom boom boom sounds when it was spinning....! The machine pratically jumped when overloaded! One friend while talking on the phone with me heard that strange noise and asked, and he laughed when I said it was from my washing machine!..hahaha...My next door neighbour only asked once....luckily none of them complained to the police because of the noise pollution coming from my house!
Starting last night, I washed 2 rounds, this morning another 3 rounds! What a big load of dirty laundry to be washed until there were not enough clothes line for them. Luckily the sun is scorching hot so by 12 noon I could hang another batch of washed clothes. My brand new shining washing machine purrrrrrssss like a cat......!

Friday, February 11, 2011

Comei tapi comot...

This one is not a new addition to my 6 cats I already had. Pagi tadi semasa tengah bagi makan kucing2 aku di belakang rumah, datang la anak kucing ni mengiaw2 nak tumpang sekaki. Aku tengok comot betui dia, taik berselepet di bontot, muka pun tak basuh...taik mata berselepet! Looking very skrawny and dirty. Kesian pulak aku, anak sape la ni...mana mak bapak dia gaknye!
comei kan..mata biru, bulu panjang gebu setelah dimandikan..
Aku memang tak leh tengok stray cat macam ni, tambah anak kucing...terus aku bagi dia mandi, syampu wangi2, pastu keringkan bulu dia sampai jadi gebu! Pastu bagi dia makan wet food, suapkan dia susu cair Ideal Milk dengan syringe pastu balut dia dalam kain masuk kan dalam kotak kasut, pok2 kan bagi dia tido...sian dia!

Sekejap dia tido, pastu dah mula aktif, lompat sana, lompat sini, ngiaw sana, ngiaw sini...


cak!...


Tengok tu, dah mandikan dia baru nampak bersih dan gebu. Bulu dia panjang2, puteh tapi ade sikit bayang2 tompok warna kelabu especially kat telinga dan dahi dia. Aku rase dia ni mixed blood kot...Siam ke Persian ke. Aku panggil dia Comot, pasal nampak comei tapi comot pasal bulu dia bertompok2 kelabu tu. Manja sangat dia ni, menjilat tangan dan muka aku sambil mengiaw2..geram nye!

eh nak tido balik ke...




tak laa...nak tengok ape ade kat bawah tu...duk atas pc burok aku tu!


nak lompat takut pulak...




hai...duk jap nengok aku menaip....


isshhkk...ngantok la pulak!


aik dah tido...alih2 je dia tido...


amboi...berdengkur!


Petang tadi bila aku bagi makan kucing2 aku, si Comot pun ikut sama, tapi kena jerkah dengan kucing Sitam aku. Alih2 anak pompuan jiran aku terus datang ambik, dia kata kucing dia. Aku pun cakap la sikit, dah bersih, wangi terus nak ambik. Tadi kenapa biarkan dia kat luar, comot, taik berselepet..tak mandikan dia, tak bagi makan? Dia terus blah dengan si Comot. Dari dulu lagi aku dah tak berkenan dengan jiran aku yang suka bela anak kucing, tapi bila dah besar, dia biarkan je tak bagi makan, jadi semua kucing2 dia tu datang carik makan rumah aku, masuk rumah dan kencing dalam rumah. Kalau dah masuk rumah, puas aku mengejar satu rumah suruh dia keluar, tak nak keluar! Jadi, pegi la si Comot dari rumah aku :(...ngtah2 esok dia datang balik bila tuan dia tak bagi makan kot! Takpe aku dah ade gambar2 dia untuk kenangan!


Friday, January 28, 2011

Buang tebiat?

Lama dah tak update blog aku yang ni..sebok membanting tulang berkebun sekarang ni. Saje suke2 sebagai hobby sebelum cucu datang menjenguk!
Minggu lepas pegi satu lagi reunion. Bukan aku yang nak pegi tapi Cik Noni ni dia dah buat date dengan Datin Lorraine (ex-officemate we all mase kat bank)...tapi Noni tak berani nak drive sorang2 ke KLCC tu. Dia expert bila drive keliling Ampang je..So aku le yang jadi mangsa...jadi drebar dia! Kami bertiga dulu satu department 10 tahun bersama. Tapi Lorraine berenti dulu, jadi Lady of Leisure, Datuk Sri Ram, hubby dia tu bisnessman jadi mampu le suruh bini duk rumah jaga anak2. Sekarang anak2 dia pun dah dara dan teruna, masing2 dah ade kehidupan sendiri. Tak lama lagi menantu la Si Lorraine ni (tak kan aku nak panggil Datin jugak ni weh....!) Sorry la gambar tak cantik untuk di upload, gelap gelita, dah le dia pun gelap....ishh..tak baik aku kan, mengata orang gelap, macam le aku ni cantik bebenor! Maklum le dah Datin, mesti le lebih vogue dari kita orang berdua ni..aku vogue sikit dari Noni la! Noni ni ade sikit old fashion...dia veteran dari aku tapi tak nampak tua pun! Orang ingat kita orang ni dalam early 40an je.......Hahaha....(perasan habih!)
Janji suruh tunggu depan kedai kasut Vincci. Carik punye carik, kedai tu tak jumpe padehal kat level C naik dari parking tu je...Kita orang pun tanye punye tanye...eh Vincci dah tutup kedai le pulak! Adoii makne nye dah lama kita orang tak berdating di KLCC ni..kalau tak sebulan sekali mesti pegi tengok wayang ke, makan2 ke, sopping ke...Semenjak aku kawin kan anak tahun lepas rase nye ade sekali je aku dating ngan Noni kat situ. Si Lorraine pun berpusing sakan mencarik Vincci, last2 jumpe kita orang kat depan lift Concorde tu..
Anyway, kalau tak makan2 memang le tak sah kalau jumpe member2 lama ni. Kita orang pun duk le makan di Signature KLCC sambil borak2 panjang dari kul 11.30 pagi sampai le ke jam 3 petang. Fuhhh...lama tu aku rase, tapi cerite belum nak habih lagi! So kita orang pegi pulak jalan2 sambil sopping. Maklum la Datin mane leh pegi tempat cekai2, so jenguk di Harrods, Lorraine dan Noni memborong beg plastik...mak aii..beg plastik pun dekat nak beratuih! Tak berkenan aku beg camtu...Anyway aku heran pulak si Noni ni dia main sambo dan bayo je. Pade hal kalau bersopping ngan aku, lama betui nak tengok dia keluar duit membeli. Dia le yang paling kedukut, nak beli satu2 barang tu, punye le lame berfikio, last2 tak beli...aku jugak la yang memborong selalu nye! Dia kate aku yang boros pantang tengok nak borong je! Tapi bile ngan si Lorraine ni, dia main beli je...nak impress kat si Datin ke agak nye? Aku pun tak paham kekadang si Noni kawan aku ni... double standard ke? Tapi lantak le Noni, duit sendiri, ape pedulik ngan ape orang kate kan...
Dah keluar masuk Parkson, Jaya Jusco dan Mark & Spenser (aku memborong bende2 yang dalam je), kami pun decide nak balik dah..With a promise to meet again, we parted our ways! Lorraine nak tunggu drebar dia pulak. Aku dan Noni nak balik terus. Tapi turun je sampai bawah, si Noni ajak pegi makan kat KFC pulak dah! Eh lapo lagi ke...tadi makan kuei tiau sup je dia, mungkin lapo lagi la kot! Bile nak duduk, dia membelakang kan pintu masuk....dia suruh aku duk depan dia...takut Datin Lorraine nampak dia! Ape la si Noni arini, macam orang buang tebiat je...nnngggtah le, susah aku nak bagi conclusion pasal ni...ngtam saje la Noni oooi! Janji bahgia kan!

Wednesday, January 5, 2011

Reunion

On Christmas Day I attended a reunion lunch with old college friends at Datin Rosie's house in Kuang. Actually kita orang meraikan an old friend, Yat yang datang bercuti dari Singapore. Plan nye aku dan Yam nak bercuti ke Singapore di rumah Yat pada cuti sekolah lepas tapi tak jadi ngtah kenape, Yam pun tak confirm pun ngan aku. Tetiba je Yam kata Yat nak datang KL, so nak meet up with a few old friends. Everybody agreed jumpe rumah Rosie masing2 bawak pot luck. So hari tu aku parking keta kat Petronas Taman Melati, tumpang keta Datin Noris and hubby nye pasal aku pun tak penah pegi rumah Rosie.
Rosie, Alo, Ami, aku, Yat, Noris, Yam
haah..tu dia kita orang berposing sakan bawah tiang bendera di taman Rosie (baju biru), ade ke camera girl (anak Rosie) suruh kita orang melompat...masing2 dah berat weh!


ni tengah pot pet bergosip la tu...tak la, just updating each other about our current lives, masing2 dah bercucu, (tapi masih vogue lagi!) aku dan Alo je belum...

tu diaaa...makanan penuh meja!
Rosie masak mee kari, my favourite, Ami with rojak buah, aku bawak rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang

Noris with her cupcakes, Alo with her lompat tikam and fruit cake
Apa lagi pulun habih la hari tu!


Last year kita orang ade gak buat reunion for the first time, in fact 2 renion, tapi tak semua yang datang. Tu lagi ramai termasuk kaum lelaki sekali. Jadi ni la baru aku jumpe balik Rosie, Ami dan Alo setelah berpisah berpuluh tahun lepas college. Datin Ami tu sama Form 6 ngan aku, pastu jumpe pulak di kolej satu course. Three of them are Datins already! Alo, Yam and Yat are still working. While the rest, dah jadi Ladies of Leisure. So we had such good times that day, recalling good old days in college. We plan to meet up again next March overnight at Noris's house in Kuantan. InsyaAllah...