Apa aku nak tulis ni? Dah buat blog tak tau nak tulis ape pulak...blank jap.
Aku penah ada blog tapi di website lain. Dah lama aku tinggalkan memblog di situ semenjak berlakunya satu peristiwa memori terluka yang membuatkan aku terus hilang feel, takde mood langsung! Tapi itu bukan bermakna aku ni terlalu sensitif akan benda2 remeh temeh macam ni. Bukan...sebaliknya aku telah lalui peristiwa2 yang lebih mencabar dari tu lagi. Perrkahwinan ku ...telah hancur ditengah jalan setelah hampir 29 tahun! Pada umur yang dah senja aku telah ambik langkah berani dan nekad untuk berpisah...kerana satu peristiwa hitam yang berlaku yang menyentak aku dari hidup yang penuh cabaran semenjak mula aku menjejak kaki keambang perkahwinan. Kenapa begitu lama baru aku sedar dan terus mencari jalan keluar? Kenapa tidak dari dulu? Mungkin kah dulu alasan nya kerana kesiankan anak2 tapi sekarang anak2 yang dah besar panjang sudah faham dan tengok dengan mata kepala dia orang sendiri apa yang dipikul selama ini oleh ibu mereka atau....aku terlalu memanjakan bekas suami ku hingga membeban diriku sendiri (itu la kata2 yang keluar dari mulut anak sulung aku sendiri baru2 ini). Tersentak dan terkedu aku bila mendengarnya...Adakah aku ni gagal menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk anak2 aku? Malu aku dengan anak2 aku..Im a failure! Itu lah yang aku rasakan kengkadang...
3 tahun dah berlalu..Would I be looking for a new life partner, a soulmate? Ermmm...ngtah la...Aku seorang yang penyayang dan manjer ehem ehem...(angkat bakul sikit), tapi tak berapa konfiden dengan diri sendiri..pasti nya rasa kesunyian, keseorangan (kengkadang la...) aku mudah terluka mungkin kah Im expecting too much from a new partner or expect things to happen too fast too soon? Apa2 pun aku serah pada NYA kalau ada jodoh yang lain aku bersyukur kalau takde pun aku redha...Walau bagaimanapun yang pastinya that was the best thing that happened in my life! Im much much much happier after that as if a dark cloud that was hovering over my head for so long have been lifted and there's a silver lining to it! Alhamdulillah aku bersyukur mungkin ada hikmah nya disebalik perpisahan tu...Dengan sokongan padu dari putera2 ku 3 orang tu, ahli keluarga lain dan kawan2, aku tabah dan rasa lebih bahgia. Bila anak2 dah besar dan berdikari sikit sebanyak terasa lega dan aku dapat beribadah, beriadah, jalan2 sambil makan2 dengan kawan2, berkumpul dengan mereka dan ahli keluarga sesekali dan membuat hobi2 yang aku minat. Aku hanya berdoa agar aku dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan akan terus bahgia disamping orang tersayang...insyaAllah!
No comments:
Post a Comment