Friday, July 18, 2008

Cucu2 ku












Anak2 aku semuanye lelaki. Orang kata anak lelaki lambat sikit berumahtangga jadi lambat lagi la aku nak menimang cucu...Kebanyakan kawan2 aku yang sebaya dah dapat cucu. Tapi sebaliknye aku memang dah jadi Opah (grandma) pun..untuk kucing aku si Chomel...6 ekoq termasuk la cucu angkat sekoq yang warna blonde yang datang ngtah dari mane. Aku panggil dia Ning! Short for kuning le...Sebelum ni Chomel (aku panggil dia Mei Mei) dah banyak kali beranak tapi nasib tak baik anak2 dia semua mati lepas 2, 3 minggu tak cukup bulan kot, dan ade yang mati makan di bapak kucing. Ni la yang orang kata bapak makan anak! Sian aku tengok...Anyway kali ni aku make sure yang anak2 dia dikurung dalam kandang yang baru aku beli untuk keselamatan dia orang. Mahal tul rege dia 180 hengget, double story banglo la kata kan...
Mei Mei ni ialah hasil kacukan kucing Parsi dan kucing jalanan. Aku ambik dia dari baby lagi 2 beradik dari adek aku yang taknak bela "cucu". Tapi kakak dia si Fifi dah takde kena langgar ngtah keta sape agaknye mase aku pergi kerja tahun lalu..nanges aku. Kucing2 ni (temasuk la binatang peliharaan yang lain) dia orang ni pandai menghargai kasih sayang kite pada dia tak macam setengah2 maanusia yang tak reti atau buat tak reti nak hargai kasih sayang orang lain. Aku memang sayang kan kucing2 aku yang comel2 ni macam cucu2 aku jugak...Leka aku menengok gelagat anak2 dia yang dah mula aktif mengusik sesama sendiri especially si Ning ni kaki buli pada yang lain2 tu sebab dia lebih tua dan berbadan besar sikit. Pantang terbukak pintu kandang si Ning pun lari macam lipas kudung menyuruk takmau masuk kandang balik..hehehe..kelakor betul!
Minggu ni aku tengok si Mei Mei dah macam takde selera nak makan bila aku letak favourite catfood dia tak sentuh langsung. Aku pun hantar dia ke Kelinik Haiwan dekat rumah tapi terpaksa ditinggalkan untuk semalaman kerana dia dikatakan dehydrated (kekeringan air). Rupe2nye Doktor kata sepatutnye Mei Mei ni dah kena cerai susu (weaned) dari anak2 dia yang dah berumur 2 bulan pasal anak2 dia dah mula makan kitten food. Disebabkan tu Mei Mei kurang vitamin dan air bila anak2 yang dah besar masih menyusu. Sian si Mei Mei..sampai menggiggil dia aku tengok. Terus Doktor Jonathan put her on drips untuk dehydration dia...mane la aku tau pasal cerai susu pada binatang ni. Alhamdulillah keesokan harinye Mei Mei dah kelihatan lebih aktif dan mula makan dengan lahapnye sehingga menjilat mangkuk! Doktor kata overall kesihatan Mei Mei baik semuanya tapi kurus dan lesu pasal takde selera makan. Tapi mak oii..sehari duk di kelinik aku kena bayo dekat nak 300 hengget! Anak2 aku sakit pun tak penah kena bayor macam tu..tapi nak buat camne, sayang punye pasal...siap dengan vitamin dan anti-biotics nye sekali. Doktor Jonathan pun tunjukkan aku macam mane nak bagi Mei Mei makan ubat. Tak la susah sangat pasal si Mei Mei ni very docile cat dan manja dengan aku. Lepas ni terpaksa la aku menjauhkan anak2nye dari menyusu kalau tak, Doktor kata boleh membawak maut untuk si Mei Mei kerana terlampau lemah.
Tapi kesian pulak aku tengok anak2 dia tak dapat bermanja2 dengan si Mei Mei dan Mei Mei pun sentiasa berdekatan dengan kandang banglo 2 tingkat memanggil2 anak2 dia....tu la dia kasih ibu, kucing pun pandai sayangkan anak!

No comments: