Sunday, July 5, 2009

Kawin jangan tak kawin...

Sebok weh! Sebok giler aku semenjak balik dari Langkawi. Adek pompuan aku mengahwinkan anak pompuan tunggal dia yg cun dan comey (anak dia pun sorg lelaki sorg pompuan)..Jadi sebagai kakak yg sulung aku pun sebok jugak la memandangkan kami dah yatim piatu, dah takde org2 tua... Aku berkhemah kat rumah dia di Seremban 4 hari 3 malam menolong buat persiapan ape yg patut. Tapi tak la sesebok dia anak branak sejak awal tahun ni dah mula membuat persiapan menjelang perkahwinan anak nye minggu lepas. Hantaran, upacara akad nikah, baju pengantin, pelamin, bilik tidur, katering dan macam2 lagi..pening betul aku tengok..belum lagi aku nak menantu aku rase dah tension semacam! Tapi anak aku lelaki, kurang la sikit persiapan nye lagi pun aku nak buat yg simple2 je sekadar yg termampu..Lain la dengan anak sedara aku ni yg buget mak bapak dia stretchable orang kata..Boleh la demand macam2 nak ikut trend sekarang yg ambik wedding planner selibriti yg tengah famous Linda Rahim. Gubahan hantaran je dah beribu tu kira sewa je tu, belum termasuk pelamin, bilik tidur, baju pengantin, kek 3 tingkat dan lain2 lagi...Upacara akad nikah nak buat di Mesjid Wilayah, tak nak kalah tu, macam Datuk Siti Nurhaliza. Nak buat upacara potong kek lepas tu nak lepas burung merpati pulak...Pandai je dia org ni mengatur acara majlis perkahwinan dia org sendiri. Adek aku yg glamer la jugak, ikut je la, maklum la anak pompuan sorg kan...Tapi aku tumpang seronok gak la sebab aku pun takde anak pompuan...
diantara dulang hantaran pihak pompuan yg
ditempah khas

pasangan pengantin setelah di ijab kabulkan
di Mesjid Wilayah
(mudah2an berkekalan sehingga ke akhir hayat..)


pelamin gubahan Linda Rahim
(tilam pun boleh di buat decor...)


konsep garden party di khemah pengantin
(bukan gubahan Linda Rahim tapi dari katerer)



upacara memotong dan menyuap kek di taman





upacara melepaskan burung merpati






3 ekor burung merpati sebelum di bebaskan
(beli di Petaling Street, lepas kan di Seremban...)





sian burung ni..dah dibebaskan pun tak
tau nak pegi mane...
Ni baru kenduri pihak pompuan, pihak lelaki pulak seminggu selepas tu, ia itu malam tadi. Aku tak dapat nak merakamkan upacara yg gilang gemilang tu yg di adakan di dewan Felda Merak Kayangan sebab aku tertinggal kamera di rumah! Ape pun memang banyak belanje la bile mengahwinkan anak ni. Tapi dah tanggungjawab mak bapak kan..kita hanye mampu mendoakan mudah2an perkahwinan mereka akan bahgia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat..kalau tak rugi je duit mak bapak yg telah dicurahkan riban2 utk kenduri yg besar2an tu....
Tahun depan insyaAllah, anak aku pulak nak kahwin setelah bertunang tahun ni. Aku buget nak gubah hantaran dia sendiri. Ye ye je aku ni macam pandai sangat!...tengok buku gubahan hantaran ler...Tapi kalau tak menjadi jugak, aku tolak je kat sepupu2 aku yg dah biase bermenantu. Belum ape2 lagi aku dah pening bile memikirkan persiapan nak kahwin ni...nasib la anak aku semua org yg simple2 je macam mak dia...takde demand2, safe buget sikit!