Monday, December 20, 2010

Bersantai di Pantai..

Pagi Sabtu kemarin tetiba je anak dan menantu mengajak pegi ke Port Dickson untuk bersantai, kalau dapat bilik, kami tido la semalam, kalau tak, kami balik le petang nanti. Kebetulan hari tu aku masak cepat, ingatkan dia orang keje tengahari. Jadi berangkut le semua lauk pauk untuk pegi picnic di PD! Sampai sana, terus pegi ke Seri Malaysia tanyakan bilik,....full house! Kami menghala ke Telok Kemang, ramai sungguh maanusia membanjiri pantai, hotel pun nampak nye penuh hingga parking melempah ke tepi jalan. Maklum la tengah cuti sekolah...Setelah dapat bilik dekat2 ngan Hotel Lido, kami pun terus ke pantai untuk berkelah dan mandi manda sebelum cek in petang nanti. Nasib baik hari tak berapa panas, jadi ramai yang tak lepas peluang berendam di laut...Tapi air tak biru kehijau2an macam dulu2, sekarang air nye keruh kehitaman! Anak aku bile tengok air keruh rase macam tak nak mandi, tapi dah sampai sana, ngdak tak ngdak, mandi jugak laa...Aku dok tepi, relax le...ape lagi! Mood nak mandi laut dah hilang bila dah tua2 ni..kalau dulu, pantang tengok air, mesti nak terjun!
sempena cuti sekolah ni, ramai yang bawak famili pegi bersantai


hari mendung macam nak hujan..




anak dan menantu lepas mandi..




bekal lauk pauk, sambal belacan dan ulam tak tinggal..lagi berselera makan tepi laut ngan angin yang meniup sepoi2 bahasa...





petang baru cek in kat hotel dekat ngan pantai..




pemandangan dari balconi tingkat 3 bilik kami, anak dan menantu tak naik tapi terus ke swimming pool sambung mandi manda lagi...




pemandangan terus ke pantai

Malam minggu kami keluar cari makan pulak sambil menyusur pantai dengan kereta tengok2 di kawasan Port Dickson di malam hari. Pasar malam ade, tempat makan pun banyak, kereta tak putus, maanusia pun penuh sesak. Perut masih kenyang lagi, jadi kami singgah ke Fun Fair saje tengok2. Dah berpuloh tahun aku tak ke Fun Fair ni. Macam2 adaaa...!!

Ferris wheel...tak penah aku naik bende ni..takut gayat!




permainan tangkap anak itik..



permainan dart




rumah hantu..takde orang masuk pun!



kereta langgar

Bila tengok permainan2 yang ade kat sini, mengimbau kembali kenangan mase kecik2 dulu bila mak ayah bawak kami ke Fun Fair macam ni. Tak banyak yang berubah, cuma kugiran live takde pulak! Dulu2 rockers banyak yang nyanyi kat Fun Fair macam ni. Kuda pusing ade, kereta langgar ade, Ferris wheel semesti nye ade, pastu permainan tikam2 pun banyak, ramai jugak yang berkunjung, pasal kalau di bandar seperti KL dah takde Fun Fair macam ni. Budak2 sekarang suke melepak di shopping2 kompleks je, jadi Fun Fair dah tak laku kot!






Friday, December 10, 2010

Simple tapi sedap...

2, 3 hari ni tekak rase nak makan lauk yang simple2. Muak dah makan daging, ayam, sotong, udang. Masak kicap, gulai, lemak, tom yam... Semalam dah turunkan betik muda 2 biji ingat nak culik ngan kuah rojak Mak Bee dan satu lagi nak masak sayur air je. Aku nak campur ngan lobak putih my faverit, lobak ni memang bagus untuk cuci buah pinggang orang kata. Kalau dapat penyakit kencing kotor selalu la makan lobak ni, direbus buat sayur atau blender dan minum air nye. Penyakit ni kalau tak cepat di cegah lama2 boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

ni lauk pauk aku hari ni....simple but nice!





betik muda dan lobak putih untuk sayur masak air
Dah potong2 betik muda dan lobak tadi, masuk dalam periuk, bubuh air untuk dibuat kuah nye, campak sikit ikan bilis, belah memanjang cili masak, bawang besar dihiris, sesiat daun kunyit, garam dan gula secukup rase....dah siap!




hah ni dia sayur kegemaran aku...no calories!





Ni pun faverit aku...masak orang nogori sembilan. Tak tau name dia tapi aku tau masak je, belajar kat kawan dari sana. Pucuk ubi, pucuk labu, petai, daun kunyit, serai, cili api, kunyit hidup, ikan bilis, santan kelapa dan yang penting sekali....tempoyak! Masak sampai tinggal kuah sikit je. Kalau aku masak ni, aku akan masak sekali sekuali, pastu masuk dalam tuperware kecik2 dan simpan dalam freezer, bila nak makan aku keluarkan satu2 dan perangatkan. Ade gak bagi kat jiran sebelah atau Noni, anak2 aku pun suke. Kalau aku takde selera makan, aku mesti nak cari masakan ni..bau tempoyak dia je pun dah membukak selera!


ini ade lah kemestian kat rumah...sambal belacan limau kasturi!



hari ni nak makan simple..ikan kembong goreng!

Okay...aku dah nak makan ni...bau tempoyak dan sambal belacan dah menusuk hidung memanggil2 untuk memulakan acara makan tengahari sorang2! Anak2 semua pegi makan kenduri kawan dia orang kawin...Selamat berhujung minggu semua!




Saturday, December 4, 2010

Musim hujan, musim demam..

Boleh di katakan hari2 pun hujan, tak siang, hujan malam...Kain basuh pun tak kering, lembab, sejuk, pastu masam..nak kena basuh balik! Tapi malam tido sedap sikit, nyaman, tak payah pasang ekon, kipas pun selow je..
Musim hujan, sejuk sampai ke tulang, yang tak tahan boleh sempot. Bukan orang je yang sakit demam, tapi pokok2 pun habaih hancus, reput kena hujan. Tapi tak payah la siram pokok bila dah hujan tiap2 hari. Kucing2 aku pun kena demam selsema, sian dia orang, moyok je, tak mau makan, bukan tak mau, tak selera nak makan...2 ekor kena selsema, batuk, sakit tekak, berhinguih...panggil pun tak nyaot! Letak la ape bende lauk depan mulut dia orang, bau pun tak..ni kan nak makan. Sian nye aku tengok..
Kalau bawak ke klinik mesti kena kurang2 80 hengget sekor! Tapi tak kan aku nak biar kan je dia orang camtu kan, tak sanggup aku. Aku bela dia orang dari kecik lagi, dah 3 generation. Dah macam sayang anak2 aku jugak. Dari emak, anak dan dah bercucu pulak. Ni opah dan anak nye yang sakit, si Comei dan si Hitam. Dah demam ni, si Comei yang paling manje ngan aku akan tido sekatil. Sot..sot..dia sedut hinguih, nak tarik nafas, adoiii sian nye dia. Aku pun try le sapu Vicks kat hidung dan leher dia, macam aku buat mase aku selsema le, supaya senang nak bernafas dan boleh le tido..Vicks tu kan berangin, terbatok2 dia. Kena bawak le jugak esok, buat nye melarat...aku jugak yang menangih nanti..

Monday, November 1, 2010

Bersantai di tepi pantai

Bersantai di bilik tidor...


bilik tidor yang selesa dan nyaman untuk kami berehat...







Balik dari Batu Kikir, berehat 2,3 hari, pada hari Rabu aku berjalan pulak ngan Noni menuju ke Pulau Pangkor naik bas. Jam 1.30 tengahari kami sampai di Lumut, terus mencarik makan dan kemudian naik feri ke Pangkor. Dari Jeti Pangkor kami naik bas mini (van) menuju ke Pangkor Island Beach Resort (dulu di panggil Pan Pacific). Wah best nye dapat bersantai di tepi pantai! Sebenor nye aku dapat discount voucher untuk 3 hari 2 malam termasuk sarapan pagi 2 hari. Kalau tak, memang la tak mampu nak bercuti2 di situ, maklum la hotel 4 bintang!...sekurang2nye dapat la discount 1/4 dari harga asal...jadi la, sape nak bagi kan? Aku dapat 4 voucher, satu aku bagi kat anak dan menantu untuk dia orang gi honeymoon...hehehe..




Malam Rabu ade lah Malaysian Night kat hotel tu. Hidangan buffet di sediakan di tepi kolam renang, Western dan local food ade lah menu nye. Rata2 pekerja mereka terdiri dari orang Melayu dan Filipino yang fasih berbahasa Melayu. Sambil menikmati hidangan makan malam, kami dihidang kan jugak hiburan tarian kebudayaan Melayu disudahi dengan joget lambak bersama pelancong2 luar negeri yang terdiri dari orang Sweden, Jepun, India dan Hong Kong. Kami dua orang je orang Melayu...







Keesokan hari nye kami ke pekan Pangkor untuk nengok2 dan membeli belah ape yang patut seperti ikan bilis, ikan masin, udang kering dan sebagai nye. Kami juga nengok2 ikan dan hasil laut segar di situ yang jauh amat murah. Kami terkejut bile sekilo ketam bunga yang sedang, hanye la 5 hengget je! Best nye kalau dapat bawak balik atau dapat masak kat hotel ke...






ni bahgian pekan Pangkor yang lama...di sini banyak kedai2 Melayu dan sebuah mesjid.
Lepas menapau kueh cucoq udang kuah kacang dan goreng pisang, kami balik ke hotel, nak makan tenghari masih kenyang makan breakfast pagi tadi, jadi kueh tu kami buat
minum petang dalam bilik...sambil duk bersantai di balkoni mengadap ke laut...




dah petang kami pun bersantai di tepi pantai menikmati keindahan
matahari turun...tu Noni tengah renung ape ngtah!




cantek...




Tiap2 petang ade sesi Feed the Hornbills dimane burung2 ni dan jugak burung merak di beri makan buah2an...sangatlah jinak, walaupun kami datang dekat dia orang tak terbang pun.



haah..ni la pokok tempat dia orang bertenggek sambil menikmati
hidangan buah2an di petang hari...






ni permandangan dari balkoni ke bawah dari bilik kami di tingkat 2..




di tepi kolam renang




Noni berehat di tepi kolam sebelum menikamati hidangan buffet di
tepi kolam




permandangan dari kolam ke bilik kami yang sebelah kiri..




Monkey Bar sebelah kiri jembatan...nape panggil monkey bar pun
aku tak tau, tapi memang banyak monyet pun bile pagi, kami
dinasihatkan kunci pintu bilik tepi balkoni pasal dia orang pandai bukak
pintu dan masuk mencari makanan...


Kalau nak jimat duk situ, Noni kata, baik la bawak magi atau biskut ke, sebab makanan ala carte di restoran sangat la mahal nye! Buffet dia pun dah 65 hengget +++.Jadi kami pulun habih la bile time breakfast..kan free...hehehe...Transport pun mahal gak kalau nak berjalan2, naik mini bas tu 20 hengget sorang pegi dan balik!..pada hal tak sampai 10 minit dah sampai tempat yang kite nak pegi, kan pulau nye kecik je...Kalau nak sewa keta, 80 hengget ke atas sehari, mahal gak tu. Tapi perkhidmatan feri pihak hotel sedia kan pegi dan balik terus je ke jeti tepi hotel. Tapi tempat nye memang klasss gituuu! Untuk orang gi honeymoon ok le...

Tuesday, October 26, 2010

Den balik kampong..

Batu Kikir bolimbing bosiiii...haah! Jemaat lepas den balik kampong menantu den di Kg Peladang, Batu Kikir, Nogori Sombilan. Tak la jauh sangat semenjak dah ade highway baru LEKAS terus sampai ke Kuala Pilah...memang lekas sampai! Tak tempuh dah jalan di Bukit Putus yang berpusing2 tu yang boleh buat aku muntah mase aku dok Kuala Pilah kecik2 dulu. Aku di pelawa bersama anak dan menantu oleh besan untuk bermalam disane. Adek2 beradek menantu yang lain akan balik pada Sabtu lepas keja. Kebetulan aku ade disane, kami jugak dijemput meraikan adek besan nak pegi menunaikan Haji minggu depan. Pagi Sabtu kami pun bertandang dirumah mereka dekat ngan kawasan Felda Alias, Serting (Jempol) menolong ape yang patut untuk kenduri malam nya selepas isyak. Wah! aku pun belajar la sikit2 orang nogori masak gulai lemak cili api ikan salai keli dicampur belimbing besi dan terung pipit; gulai kari telor campur terung panjang; masak lemak kuning labu dan ayam goreng berempah....mmm semua nye sodap!

rumah besan yang baru tahun lepas siap dibina semula



rumah pesaka yang dah usang, diroboh dan diganti
ngan 2 biji buah rumah batu sebelah menyebelah, satu rumah besan
dan satu lagi rumah adek nye


jalan kampong depan rumah...




rumah jiran depan rumah yang luas boleh bina 3 biji lagi rumah yang serupa
yang dibeli oleh orang luar ngan harga yang murah hanye
RM130,000....



kawasan sebelah rumah besan yang luas




kawasan belakang rumah yang panjang dan luas
sampai nun luar pagar yang dipenuhi pokok2
buah2an



kawasan kolam ikan dan pondok belakang rumah






belakang dapor rumah, anak, menantu dan ipar duai nye
bersantai sambil menekmati sarapan pagi




bersantai bawah pokok manggis..
Seronok nye suasana kampong yang damai takde hirok pikok ngan kawasan rumah yang luas boleh bercucuk tanam. Pagi Ahad aku dan akak menantu aku pegi ke pasar tani di Batu Kikir untuk membeli belah breakfast dan makan tengahari. Sempat jugak aku memborong petai, tempoyak, ikan bilis yang jauh lebih murah disane tuk dibawak balik. Menu makan tengahari kami ia lah udang masak sambal petai, burung puyuh salai masak lemak cili api, ikan cencaru bakar sumbat sambal kelape dan goreng kacang buncis...syiok nye makan ramai2 bawah pokok manggis belakang rumah! Besan sempat lagi memesan dari abangnye ikan keli salai dalam 20 ekor untuk aku bawak balik...terung, pucuk ubi dan puyuh segar yang siap berempah jugak dibekalkan untuk aku! Petang baru kami berkonvoi balik ke KL ngtah bila nak bertandang lagi di sane...



Thursday, October 21, 2010

Dah setahun berlalu...

Tup tup..dah setahun dah aku pegi ke Mekah menunaikan Haji. Mase berjalan terlalu cepat! Tahun ni kapal pertama dah bertolak pada 3 Okt lepas. Teringat aku time nak berangkat ke sane, debaran dan seronok tak tau nak cakap! Bila mendengar laungan Labaikallah.. hati rase melonjak nak pegi lagi, terase rindukan Ka'abah....ade ke rezeki aku lagi untuk kesane agak nye? Tambahan pula bila pegi kenduri orang pegi haji tahun ni, memang terase sangat...
Kenangan pahit manis di sane tak kan di lupakan terutama bersama kawan2 sebilik. Rindu kan mereka memang sentiasa dihati walau jauh dimata...Kami sebilik di Mekah ade 6 orang. 2 dari Kelantan, 2 dari Pahang dan aku dan Kak Ah kakak angkat aku dari Ampang. Hujung minggu lepas kawan sebilik, Fatima (De) dari Maran, Pahang datang berkunjung bersama suami dan anak2 nye kerumah aku. Memandangkan rumah Kak Ah dekat ngan rumah, aku mengajak nye sekali bertandang berjumpe ngan De. Terubat rindu sikit bila dah bersama walaupun sejenak...kami mengimbau kembali peristiwa2 lucu semase di bilik.

De dan Kak Ah berkunjung ke rumah Sabtu lepas...



De dan Kak Ah semase di Kompleks Haji di Jeddah sebelum berangkat balik
ke tanah air selepas menunaikan Haji



De keluar last minute shopping ngan aku pada hari
sebelum berangkat keluar dari Kota Mekah..
pada bulan April lepas mase aku pegi Umrah, kedai2 dan hotel
sederet di sebelah kiri dah mula dirobohkan utk pembangunan pesat di luar
Masjidil Haram, yang tinggal hanye Mesjid Kuching di belakang sebelah kanan..

De dan suami dah nak mendaftar lagi untuk pegi menunaikan Haji lagi....Aku tak tau la...kalau ade rezeki lebih Allah bagi, aku akan pegi lagi, kalau tak Haji pun, untuk Umrah...kita akan rindu nak ke sane bila tengok Ka'bah macam memanggil2 je kita datang menjadi tetamu Allah...insyaAllah!

Tuesday, October 12, 2010

Makan lagii...

Habih la sudah raye sakan hujung minggu lepas...Sabtu dan Ahad masih beraye last kopek orang kate...Sabtu di rumah aku, dibukak untuk sanak sedara terdekat, adek beradek, besan, ipar duai, kawan rapat dan kawan2 anak2 aku yang datang hingga larut malam, menjamu selera yang aku kater pasal tangan masih tak kuat nak masak memasak ni.
Esok nye pulak aku berkunjung ke rumah kakak ipar aku (bekas) di Pandan Perdana menyambut hari jadi cucu kembo nye Adam dan Ariff yang ke 9 tahun pada 10/10/10. Walaupun dah jadi ex, pertalian kekeluargaan kami ngan ipar duai masih rapat seperti dulu. Kami masih kunjung mengunjungi di kenduri kendara, majlis2 dan kadang2 saje datang lepak2, makan2, borak2...
Si kembo..Adam dan Ariff dan si celek sepupu mereka Amanda yang
pitah menyanyi lagu omputeh..


haah..makanan dah terhidang, nasik lemak, spagetti meat balls, macaroni goreng,
coleslaw, bubor labu kuning...emmmm sedappp nyeee!

rajin betui dia orang ni menolong BBQ hotdot..



tu diaaa...bapak si kembo yang tengah mengipas arang, sebelah
tu bapak si Amanda





BBQ ayam pun adaaa...



Begitu la acara melantak bagai nak rak...lepas ni kena diet balik ler aku, badan dan mula nak tambun balik!


Friday, October 1, 2010

Beraye sakan

Beraye tetap beraye...tangan sakit lain kira! Minggu lepas aku dan Noni pegi beraye ke Muar ngan geng Umrah. Walaupun tak boleh drive lagi, aku dan Noni naik bas dalam 2 jam dah sampai. Sampai pun dah tengahari, jadi aku ajak tuan rumah..Hjh Siah terus makan asam pedas di Jalan Jonid yang terkenal sedap nye. Emmm...memang sedap, di tambah pulak ngan ikan pari bakar cicah sambal asam..menjilat jari dibuat nye! Cuma aku terkilan tak dapat makan botok2 ikan yang penah aku rase pada pertama kali aku ke situ...



rumah Hjh Siah di Parit Sakai Darat

Petang tu Siah bawak aku dan Noni ronda2 di merata pinggir Muar, beraye ke rumah jiran2 lama dia. Hjh Siah pun ibu tunggal yang kematian suami sejak 8 tahun dulu, tinggal di sini bersama anak lelaki bongsu nye yang baru je tamat belajar. Anak2 dia yang lain duk di Shah Alam, dah bercucu 7 orang. Ni kali kedua aku datang bercuti dan bermalam dirumah nye. Kawan2 dia pun ramai yang duk jauh dari kampung tempat dia tinggal, jadi dia kesaorangan nak pegi beraye, anak2 dan cucu pun semua dah balik bila sekolah dah bermula. Lepas pegi beraye, Siah bawak kami pegi berurut di Parit Gambir rumah Mak Timah. Aku urut tangan aku yang terkehel, Noni pulak sakit pinggang, sampai le ke Maghrib baru sudah. Rengan sikit tapi masih sakit. Malam kami tak keluar makan, pasal Siah nak goreng nasik yang dimasak siang tadi, takut terbuang pulak. Wah lepas pose ni selera aku terbukak balik dah...tambahan pulak nasik goreng Siah memang special!
Esok nye kami terus pegi beraye lagi dan pegi berurut sekali lagi tuk aku je...Mak Timah menungku tangan aku ngan garam bukit. Wah lepas tu aku rase ringan sikit bahu dan tangan aku yang sakit tu! Malam nye Siah masak meehoon sup pulak tuk dinner...best nye, banyak sayur dan udang besar! Berselera betul aku dan Noni makan...


open-house di rumah emak Siah bersama adek bradek nye


Esok nye kami dah nak balik tapi sebelum tu, Siah ajak beraye rumah emak nye yang buat open house aritu untuk kawan2, jiran2 dan keluarga mereka. Memang really open air pun, pasal duk makan kat luar, ngan angin yang meniup nyaman, ngan suasana kampung yang dah lama aku dan Noni tak rase bile duk di KL! Sambil menikmati makanan yang lazat...nasi minyak, dalcha, jelatah, ayam kampung masak madu, masakan adek Siah. Kami siap di bekalkan lauk pauk dan nasik bila nak balik, nasib baik kita orang balik ikut Siah yang nak ke Shah Alam rumah anak nye tuk hujung minggu tu, kalau tak susah gak la nak bawak bekal lagi, beg baju lagi, ngan tangan aku camni, tak boleh nak strain kan sangat nanti lagi lambat baik.



Siah dan kawan nye Som




nasik minyak yang sedap sangat...




Noni, Siah, Som dan kaum keluarga Siah menikmati
hidangan di perkarangan rumah


Seronok jugak jalan2 cari makan ngan kawan2 yang kita boleh click, kunjung mengunjung mengeratkan persahabatan kami. Siah pun penah kerumah aku semase kenduri kawin anak aku 3 bulan lepas. Tak sangka penempatan kami sebilik di Mekah semase Umrah bulan April dulu, mencetuskan persahabatan yang makin erat, mudah2an di kekalkan sehingga bila2 insyaAllah!