Friday, December 10, 2010

Simple tapi sedap...

2, 3 hari ni tekak rase nak makan lauk yang simple2. Muak dah makan daging, ayam, sotong, udang. Masak kicap, gulai, lemak, tom yam... Semalam dah turunkan betik muda 2 biji ingat nak culik ngan kuah rojak Mak Bee dan satu lagi nak masak sayur air je. Aku nak campur ngan lobak putih my faverit, lobak ni memang bagus untuk cuci buah pinggang orang kata. Kalau dapat penyakit kencing kotor selalu la makan lobak ni, direbus buat sayur atau blender dan minum air nye. Penyakit ni kalau tak cepat di cegah lama2 boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

ni lauk pauk aku hari ni....simple but nice!





betik muda dan lobak putih untuk sayur masak air
Dah potong2 betik muda dan lobak tadi, masuk dalam periuk, bubuh air untuk dibuat kuah nye, campak sikit ikan bilis, belah memanjang cili masak, bawang besar dihiris, sesiat daun kunyit, garam dan gula secukup rase....dah siap!




hah ni dia sayur kegemaran aku...no calories!





Ni pun faverit aku...masak orang nogori sembilan. Tak tau name dia tapi aku tau masak je, belajar kat kawan dari sana. Pucuk ubi, pucuk labu, petai, daun kunyit, serai, cili api, kunyit hidup, ikan bilis, santan kelapa dan yang penting sekali....tempoyak! Masak sampai tinggal kuah sikit je. Kalau aku masak ni, aku akan masak sekali sekuali, pastu masuk dalam tuperware kecik2 dan simpan dalam freezer, bila nak makan aku keluarkan satu2 dan perangatkan. Ade gak bagi kat jiran sebelah atau Noni, anak2 aku pun suke. Kalau aku takde selera makan, aku mesti nak cari masakan ni..bau tempoyak dia je pun dah membukak selera!


ini ade lah kemestian kat rumah...sambal belacan limau kasturi!



hari ni nak makan simple..ikan kembong goreng!

Okay...aku dah nak makan ni...bau tempoyak dan sambal belacan dah menusuk hidung memanggil2 untuk memulakan acara makan tengahari sorang2! Anak2 semua pegi makan kenduri kawan dia orang kawin...Selamat berhujung minggu semua!




8 comments:

Pengasas said...

Aik, ikan goreng tu ...? Ekor ada, mana kepala ...? Kepala tu kan rapuh ...?

p3chandan said...

Kepala dah habaih dulu la Prof..!

milka said...

Sambal belacan and ikan kembung memang my favourite, can eat one whole week pun tak rasa bosan! Love to go malay stall for dinner, always ask for more sambal and timun, sedaaaaap!!

p3chandan said...

Wah! Milka you pun suke sambal belacan eh? I pun kalau takde sambal, tak brape selera nak makan...kalau ade mesti nak
tambah2!

Lady of Leisure said...

sambal tempoyak yang ada pucuk ubi, petai ikan bilis etc tu sedapnyaaa... hehe

p3chandan said...

Memang sodap Lady, I kalau takde selera nak mkn, tu la jadi pembuka selera...kadang meratah camtu je..suke sgt!

gardenwalkgardentalk.com said...

Is your site new. Something looks so different from my other visits. I like the banner, very colorful.

p3chandan said...

GTGW, this is my other blog, my life besides gardening!..my garden blog is http://gorightinmygarden.blogspot.com