Tup tup..dah setahun dah aku pegi ke Mekah menunaikan Haji. Mase berjalan terlalu cepat! Tahun ni kapal pertama dah bertolak pada 3 Okt lepas. Teringat aku time nak berangkat ke sane, debaran dan seronok tak tau nak cakap! Bila mendengar laungan Labaikallah.. hati rase melonjak nak pegi lagi, terase rindukan Ka'abah....ade ke rezeki aku lagi untuk kesane agak nye? Tambahan pula bila pegi kenduri orang pegi haji tahun ni, memang terase sangat...
Kenangan pahit manis di sane tak kan di lupakan terutama bersama kawan2 sebilik. Rindu kan mereka memang sentiasa dihati walau jauh dimata...Kami sebilik di Mekah ade 6 orang. 2 dari Kelantan, 2 dari Pahang dan aku dan Kak Ah kakak angkat aku dari Ampang. Hujung minggu lepas kawan sebilik, Fatima (De) dari Maran, Pahang datang berkunjung bersama suami dan anak2 nye kerumah aku. Memandangkan rumah Kak Ah dekat ngan rumah, aku mengajak nye sekali bertandang berjumpe ngan De. Terubat rindu sikit bila dah bersama walaupun sejenak...kami mengimbau kembali peristiwa2 lucu semase di bilik.
De dan Kak Ah berkunjung ke rumah Sabtu lepas...
De dan Kak Ah semase di Kompleks Haji di Jeddah sebelum berangkat balik
ke tanah air selepas menunaikan Haji
sebelum berangkat keluar dari Kota Mekah..
pada bulan April lepas mase aku pegi Umrah, kedai2 dan hotel
pada bulan April lepas mase aku pegi Umrah, kedai2 dan hotel
sederet di sebelah kiri dah mula dirobohkan utk pembangunan pesat di luar
Masjidil Haram, yang tinggal hanye Mesjid Kuching di belakang sebelah kanan..
De dan suami dah nak mendaftar lagi untuk pegi menunaikan Haji lagi....Aku tak tau la...kalau ade rezeki lebih Allah bagi, aku akan pegi lagi, kalau tak Haji pun, untuk Umrah...kita akan rindu nak ke sane bila tengok Ka'bah macam memanggil2 je kita datang menjadi tetamu Allah...insyaAllah!
No comments:
Post a Comment