Monday, December 20, 2010

Bersantai di Pantai..

Pagi Sabtu kemarin tetiba je anak dan menantu mengajak pegi ke Port Dickson untuk bersantai, kalau dapat bilik, kami tido la semalam, kalau tak, kami balik le petang nanti. Kebetulan hari tu aku masak cepat, ingatkan dia orang keje tengahari. Jadi berangkut le semua lauk pauk untuk pegi picnic di PD! Sampai sana, terus pegi ke Seri Malaysia tanyakan bilik,....full house! Kami menghala ke Telok Kemang, ramai sungguh maanusia membanjiri pantai, hotel pun nampak nye penuh hingga parking melempah ke tepi jalan. Maklum la tengah cuti sekolah...Setelah dapat bilik dekat2 ngan Hotel Lido, kami pun terus ke pantai untuk berkelah dan mandi manda sebelum cek in petang nanti. Nasib baik hari tak berapa panas, jadi ramai yang tak lepas peluang berendam di laut...Tapi air tak biru kehijau2an macam dulu2, sekarang air nye keruh kehitaman! Anak aku bile tengok air keruh rase macam tak nak mandi, tapi dah sampai sana, ngdak tak ngdak, mandi jugak laa...Aku dok tepi, relax le...ape lagi! Mood nak mandi laut dah hilang bila dah tua2 ni..kalau dulu, pantang tengok air, mesti nak terjun!
sempena cuti sekolah ni, ramai yang bawak famili pegi bersantai


hari mendung macam nak hujan..




anak dan menantu lepas mandi..




bekal lauk pauk, sambal belacan dan ulam tak tinggal..lagi berselera makan tepi laut ngan angin yang meniup sepoi2 bahasa...





petang baru cek in kat hotel dekat ngan pantai..




pemandangan dari balconi tingkat 3 bilik kami, anak dan menantu tak naik tapi terus ke swimming pool sambung mandi manda lagi...




pemandangan terus ke pantai

Malam minggu kami keluar cari makan pulak sambil menyusur pantai dengan kereta tengok2 di kawasan Port Dickson di malam hari. Pasar malam ade, tempat makan pun banyak, kereta tak putus, maanusia pun penuh sesak. Perut masih kenyang lagi, jadi kami singgah ke Fun Fair saje tengok2. Dah berpuloh tahun aku tak ke Fun Fair ni. Macam2 adaaa...!!

Ferris wheel...tak penah aku naik bende ni..takut gayat!




permainan tangkap anak itik..



permainan dart




rumah hantu..takde orang masuk pun!



kereta langgar

Bila tengok permainan2 yang ade kat sini, mengimbau kembali kenangan mase kecik2 dulu bila mak ayah bawak kami ke Fun Fair macam ni. Tak banyak yang berubah, cuma kugiran live takde pulak! Dulu2 rockers banyak yang nyanyi kat Fun Fair macam ni. Kuda pusing ade, kereta langgar ade, Ferris wheel semesti nye ade, pastu permainan tikam2 pun banyak, ramai jugak yang berkunjung, pasal kalau di bandar seperti KL dah takde Fun Fair macam ni. Budak2 sekarang suke melepak di shopping2 kompleks je, jadi Fun Fair dah tak laku kot!






4 comments:

Lady of Leisure said...

meriah pd time cuti sekolah ni kan.. baru in ada lalu pd masa nak balik kampung(melaka) ramai betul orang.. meriah.

p3chandan said...

Memang meriah Lady, nak duduk pun takde tempat kat tepi pantai tu...terpaksa sewa kerusi meja bawah payung 20 hengget!

cikmanggis said...

salam p3chandan.Terima kasih kerana jadi follower blog cm yg ke 400 .Terima kasih.Cm suka sangat baca n3 kebun p3chandan.Ceria ceria selalu:)

p3chandan said...

Salam cikmanggis, tima kasih jugak kerana sudi jadi follower saya.Saya seronok mengikuti resipi2 cikmanggis yang sedap2 tu!