Batu Kikir bolimbing bosiiii...haah! Jemaat lepas den balik kampong menantu den di Kg Peladang, Batu Kikir, Nogori Sombilan. Tak la jauh sangat semenjak dah ade highway baru LEKAS terus sampai ke Kuala Pilah...memang lekas sampai! Tak tempuh dah jalan di Bukit Putus yang berpusing2 tu yang boleh buat aku muntah mase aku dok Kuala Pilah kecik2 dulu. Aku di pelawa bersama anak dan menantu oleh besan untuk bermalam disane. Adek2 beradek menantu yang lain akan balik pada Sabtu lepas keja. Kebetulan aku ade disane, kami jugak dijemput meraikan adek besan nak pegi menunaikan Haji minggu depan. Pagi Sabtu kami pun bertandang dirumah mereka dekat ngan kawasan Felda Alias, Serting (Jempol) menolong ape yang patut untuk kenduri malam nya selepas isyak. Wah! aku pun belajar la sikit2 orang nogori masak gulai lemak cili api ikan salai keli dicampur belimbing besi dan terung pipit; gulai kari telor campur terung panjang; masak lemak kuning labu dan ayam goreng berempah....mmm semua nye sodap!
rumah besan yang baru tahun lepas siap dibina semula
ngan 2 biji buah rumah batu sebelah menyebelah, satu rumah besan
dan satu lagi rumah adek nye
jalan kampong depan rumah...
yang dibeli oleh orang luar ngan harga yang murah hanye
RM130,000....
kawasan sebelah rumah besan yang luas
sampai nun luar pagar yang dipenuhi pokok2
buah2an
kawasan kolam ikan dan pondok belakang rumah
bersantai sambil menekmati sarapan pagi
Seronok nye suasana kampong yang damai takde hirok pikok ngan kawasan rumah yang luas boleh bercucuk tanam. Pagi Ahad aku dan akak menantu aku pegi ke pasar tani di Batu Kikir untuk membeli belah breakfast dan makan tengahari. Sempat jugak aku memborong petai, tempoyak, ikan bilis yang jauh lebih murah disane tuk dibawak balik. Menu makan tengahari kami ia lah udang masak sambal petai, burung puyuh salai masak lemak cili api, ikan cencaru bakar sumbat sambal kelape dan goreng kacang buncis...syiok nye makan ramai2 bawah pokok manggis belakang rumah! Besan sempat lagi memesan dari abangnye ikan keli salai dalam 20 ekor untuk aku bawak balik...terung, pucuk ubi dan puyuh segar yang siap berempah jugak dibekalkan untuk aku! Petang baru kami berkonvoi balik ke KL ngtah bila nak bertandang lagi di sane...
2 comments:
Sekali balik kampung, kampung berubah-ubah. Sedar-sedar semakin ramai orang yang tidak dikenali.
Anak-anak kecil dahulu sudah besar dan kita semakin berusia serta menjadi pelupa.
Betul tu Madisyak, kampung saye sendiri dah takde orang tua2, anak2mereka semua dah berhijrah ke bandar2 besar spti KL..semakin sunyi dan sepi..jadi kena la pegi menjenguk kampung orang lain!
Post a Comment