Tuesday, April 13, 2010

Bengang dan fenin...



Aku dapat surat dari Bukit Aman suruh aku cek website tertentu diantara nya www.rilek.com.my. Mak aii! terkejut berok aku tengok ade la dalam 10 saman berjumlah 590 hengget! banyak nye...!!! cek betui2...hmmm..patut la ade 3 keta nama aku.




Satu keta aku pakai sendiri..yg cumil lotei tu..ade satu saman jek. Ni kena masa aku parking tepi jalan kat Ampang Point sementara aku pegi bank kat situ. Tak sampai 20 minit dah kena saman! Malang betui...2 bulan aku simpan baru hari ni aku pegi bayar 30 hengget. Selesai satu!





Lagi satu keta, anak kedua aku take over sambung bayar so dah jadi hak dia la tapi loan dan keta nama aku. 8 saman!!! Isshhh..budak2 sekarang ni main redah jer mane dia orang suka. Langgar lampu merah la, parking ikut suka hati dia jek...hah ambik kau 360 hengget! Dia kata nak bayar cukup bulan. Aku kata mesti bayar kalau tak nama aku kena blacklist dalam senarai PDRM. Lagi pun nanti dia nak renew road tax pun tak boleh selagi tak bayar. Ok tu kira selesai la dah...





Keta lagi satu ni pulak memang masaalah! Aku dapat surat saman dari Balai Polis Kuala Kerai Kelantan tahun lepas. Aku diam jer pasal keta tu aku dah jual pada 2008. Not my problem bukan keta aku dah! Bulan Januari aku dapat surat saman satu lagi..nama aku sebagai owner. Ni tak boleh jadik! Keta ni memang bawak masaalah semenjak dia dibeli oleh anak bongsu aku. Dia ni senang termakan pujuk rayu kawan2 suruh beli keta antik ni..memang antik pun plate no. BBL, dah la cc pulak besar minyak mesti macam tuang air jer...dia pulak takde lesen lagi masa tu dok tengah belajar, tak sempat2 nak jadi car owner la konon. Aku yang jadi mangsa suruh daftar nama aku. Beli cash konon..tapi dapat merasa bawak 2, 3 kali jek. Tak sampai seminggu dah tak boleh start..gearbox jam ke pecah ke ngtah aku pun kurang paham. Dah la dia tersadai depan rumah! Nak masuk bengkel memang belanja banyak. Aku suruh dia panggil budak yg jual tu ambik balik duit dan tarik keta antik tu balik bengkel dia! Mau tak mengamuk aku mase tu...Nasib baik dapat balik duit tu. Aku pun sign transfer form suruh dia tukar nama balik. Ingatkan that was the last time I heard about that stupid car! Rupe nye dia orang tak tukar nama pun, road tax pun tak renew (aku dapat surat reminder JPJ) sampai laa ni! Aleh2 dapat surat saman dari Kuala Kerai keta tu speeding kemain tak hingat diri! Hampeh tul la nama aku jadi mangsa. Aku pun buat la police report takut jugak la kalau keta tu involve dalam jenayah ke, kes seludup ke atau ade orang mati dalam keta tu atau langgar orang ke...isshhhh memang masaalah tul la keta tu bagi aku! Aku pun ape lagi pot pet pot pet la kat anak bongsu aku tu...bernanah telinge dia!
Tadi dengan berbekal kan laporan polis tu aku pun pegi ke JPJ Wangsa Maju utk buat aduan dan rayuan tak mau bayar 300 henggat saman tu dan suruh dia orang cancel nama aku dari keta tu....tak tau la approve ke tak pasal butir2 si pembeli pun aku takde. Budak yang menjual/membeli keta tu pun tak dapat di kesan ngtah kemana hilang nya. Mesti la di Kuala Kerai kot. So tungguuuuu la lebih kurang 3 minggu...

2 comments:

~♥ iella ♥~ said...

dah nasib..hehe....melayang ja duit..banyak plak tue...kesiannn...

p3chandan said...

kesian kan...ape nak buat..bayo je laa...