Friday, September 12, 2008

Penghuni tetap

Emmm...tengok tu ramai peminat aku duk perati aku buat keje di kebun Selasa lalu, tak sangka pulak. Ape2 pun bila sorang2 di kebun ade jugak la teman2 yang menemani aku berkeje ngan hirok pikok dan gelagat lucu dia orang. Ni la penghuni tetap kebun. Dah banyak kali aku tanya pada Prof kalau berbuah pokok2 anggur, epal, kiwi, pear, peach dan lain2 nanti berebut kita ngan depa ni, ape nak buat? Seperti biase Prof ni relaks dan cool je...takpe la dia orang pun makhluk Allah gak masing2 ade rezeki masing2...Tu yang aku tabik spring kat Prof ni. Aku lagi risau bila pokok kiwi dah berbunga dan mungkin akan berbuah dalam masa terdekat ni. Anyway ari tu ramai sungguh kaum kerabat dia orang duk perati aku...tak la sunyi sangat. Tak pun aku bukak MP3 kat henfone full volume untuk menghiburkan aku di kebun yang sunyi sepi...Aku bukan tak suka datang kebun selalu tapi memandangkan jauh perjalanan kira2 sejam 45 min tu pun kalau aku drive pelan2 la..kalau dekat memang nak datang tiap2 ari. Aku suka berkebun dari zaman sekolah lagi.



sebahgian peminat setia aku...ramai wooooo




dua pokok kiwi yg sedang berbunga...

Di kebun pun kita orang nak buat macam taman landskap yang akan di penuhi ngan pokok buah2an temperate bunga2 dan lain2, mungkin 2, 3 buah chalet ke...hah tu la idea dari Prof! Aku setuju je...insyaallah muga2 berjaya ape yang kami rancang. Ari tu aku ade la menanam sikit2 pokok yang aku bawak dari laman dirumah utk memulakan idea yang telah disebut oleh Prof tu.


dah lupa nama pokok yg macam halia ni yg boleh dibuat ubat..


menanam pegaga dan pudina di keliling pokok










timbunan batu yg ditanam pokok misai kucing, balong ayam
oleh isteri Prof...cantek kan?
Anyway, kat rumah pun aku dah mula aktif balik mengemaskini laman di luar dan dalam pagar especially raya pun dah dekat ni. Nak try buat landskap di tepi kolam dan menanam pokok2 baru di luar pagar jugak. Aku tak kisah kan nak baju baru ke kasut baru ke, dah tak penting lagi semua tu bagi aku sekarang ni. I guess our priorities change as we grow older...aku lebih suka adek2 aku bila berkumpul sekali sekala sama2 menikmati suasana kemesraan kekeluargaan di luar dan dalam rumah...makan2, minum2, borak2 sambil bersantai dengan suasana rumah dan laman yang tenang dan indah...

2 comments:

Anonymous said...

sikap yg amat baik dan bersesuaian dengan Islam. itu sebab Allah menyebut syurga (taman) di merata tempat dalam al-Quran.
teruskan dan tahniah.
awr48.

p3chandan said...

InsyaAllah mudah2an berjaya ape yang di rancang..