Thursday, March 18, 2010

Buzy as a bee..

dari semalam pc aku tak boleh on sebab soket dia kat luar bilik anak aku tu dah terkulai terjelir keluar isi perut!...arini baru dapat idea cari extension wire dan cucuk tempat lain pulak..lembab tul idea tu datang! al maklum la barang antikkk....
semalam balik dari morning walk seperti biase singgah di ampang jaya beli breakfast dan surat khabar. aku tengok tersangat la ramai orang duk kerumun kat gerai situ tapi bukan pekena breakfast macam selalu tapi rupe nye sederet gerai kat situ hangus di baham api pada pagi tu. termasuk la gerai kak leha nasik lemak tempat aku selalu lepak ngan noni. kak leha ni aku kenal masa pegi turkey dia satu rombongan dengan aku dan noni. tapi noni dah kenal dia semenjak dia mula menapak menjual nasik lemak disitu. dari kecil2an hingga sekarang dah jadi tokeh besar dan mempunyai ramai pekerja indon. gerai dia la yang paling ramai tiap2 pagi. tapi mahal sikit la aku dan noni rase kalau tuk breakfast jer.. semangkok lontong atau meehun sup 4 hengget! belum lauk pauk nasik lemak lagi tu...macam makan lunch pulak. anyway kat situ mostly cater for mak datins dan datoks jadi pada dia org tak jadi hal harga macam tu. walaupun gitu gerai dia kul 9 kadang dah tutup. pada aritu gerai lain habis rentung tinggal 2 kedai je tak terjejas. tapi kak leha dan pekerje nya bisness as usual. lagi la untung banyak pasal yg lain takde tinggal kedai mamak roti canai depan tu je. tak menang tangan kak leha dan pekerja nye melayan customer. mamak tu pun full house bila aku singgah nak beli tosei for breakfast.
arini aku tak morning walk..terlambat sudaa! so duk sebok prepare breakfast masak ikan sadin nak makan ngan roti. lama tak makan sadin..aku memang minat dari kecik2 lagi. 2 ari lepas memang bz giler dari lepas morning walk aku dah keluar pegi bank, cari money changer sampai ke jalan TAR tukar duit arab (kat sini takde small denominations), sopping groceries, bayar bil. arini pulak kena tunggu rumah pasal anak aku dah suruh orang repair dan cat bilik dia yang nak kawin bulan july ni. berkecah rumah aku sampai ke petang! beg pun tak pack lagi ni...nasib baik dah 2 kali aku ke tanah suci so dah tau ape yang patut dan tak patut di bawak. esok lagi satu hari dia orang nak cat pulak...ari ahad nak ke muar pulak! adoihaiii... lum pegi mane2 lagi dah penat rase nye.
baru jap ni dapat berita yg agak menggemparkan kat sini..kawan anak bongsu aku gantung diri kat rumah dia semalam! Innalillah...anak aku baru je melepak ngan arwah minggu lepas. ape yg dah jadi ni aku tanya..whats the problem sampai jadi gitu? it seems that arwah ni memang dah murung (depressed) dah lama sampai famili dia panggil hospital bahgia ambik dia kat rumah pasal risau tentang arwah ni. tapi sebulan je duk sana. dia ni ade la meluahkan kesedihan dan kekesalan nye atas tindak tanduk famili dia tu kat anak aku sampai dia nangis. anak aku kata arwah dah lama tak keje jadi duk melepak kat rumah so famili pun stress tengok dia camtu, berleter la kot tak habis2..walllahualam..arwah ni tak reti nak meluahkan ape2 yg tak puas hati, problem dia ngan famili, pendam je sampai dia jadi depressed sangat2. dia selalu menyindirikan diri. 4 ari sebelum kejadian semalam dia menghilangkan diri ngtah kemane..alih2 dia balik pagi semalam pegi berborak sakan ngan jiran2 dia sampai dia org pun heran. tup tup.....petang semalam famili jumpe dia tergantung dalam bilik...issyhh sian nye aku dengo. aku pesan kat anak2 aku kalau ade ape2 problem baik diluahkan atau talk it out ngan aku jangan nak simpan ke nak ambik hati ke sampai leh jadi depressed camtu...there's always a way out of your problems. kalau tak boleh nak solve sendiri berbincang la ngan sape2 yg rapat.

2 comments:

Pengasas said...

Salam,
Ini betul sebok bukan menyebok..

~♥ iella ♥~ said...

takutnya..org yang stress nie boleh wt macam2 yang tak tercapai dek akal kan??minta dilindungi dari semua yang tak baik... Doakan saya tak stress smpai cmtue yerr...