isnin lepas 9 pagi aku naik bas menuju ke muar.kul 11.30 pagi dah tercegat depan kedai kopi 434 depan stesen bas muar menunggu kawan baik aku yang asyik on the way jer tapi tak jugak nampak muncung wira dia...alih2 yang sampai satu orang tua gemok (mcm kuman si pelawak tu) pakai kemeja lengan pendek bersongkok tinggi (songkok org johor) pin..pin kat aku yang duk terpinga2 menjenguk sape kah dia gerangan jejaka yang nak ngorat aku ker? tak kan la ade orang yang teringin kat aku (perasan tul!) yang dah tak berape jelita nii...rupe2 nye uncle kawan aku yang memang tujuan utama aku ke muar tu nak jumpe dia! alhamdulillah...
sejam kemudian baru kawan aku muncul. lepas settle kan hal kami ngan uncle dia kami pun jalan2 cari makan tengahari. wah dengar uncle dia nak belanje..kawan aku ni pakai ambik je lauk pauk sampai penuh meja kau!....kepala ikan jenahak masak asam pedas, kepala ikan sembilang, rojak buah, gado2, kerang rebus, siput sedut masak lemak cili api, urap daun beremi (first time aku makan), pegedil, botok2 (ni aku minat sangat sampai beli bawak balik), kelapa muda...pastu tersadai kekenyangan macam ular sawa! terkejut berok kita orang bila bil nye hanya 56 hengget jer! murah betul...kalau tempat lain mau seratus lebih ngan kepala ikan 2 ketul macam tu!
dah kenyang. kita orang pun beredar dan terus ke melaka pulak konon2 nak makan angin dan tidur sana..satu bandar kita orang round. nak makan cucur udang sg udang takde rezki sebab dah pindah ngtah ke mane...nak makan asam pedas dah makan kat muar tadi...jadi kami pun pegi la ke tempat2 bersejarah. nasib baik kawan aku ni penah duk melaka jadi tak la sesat barat. tak lama pusing2 dah habih satu bandar dan luar bandar kami tengok. aku sempat beli belacan melaka, cencalok, kuih cakar ayam dan lempok doyan sebagai ole2. tak jadi tidur situ....balik ke kolumpo tidur rumah aku sudah nye...
lawatan ke bandar melaka
bangunan peninggalan belanda masih kukuh dan menarik pelancong
dalam dan luar negeri
No comments:
Post a Comment