bercuti tahun lepas bulan March. Walaupun
dah masuk Spring masih sejuk sangat. Setengah
tempat masih ade salji tebal lagi
Kalau di oversea sekarang ni masih musim salji lagi, bulan March baru la muncul musim bunga atau Spring. Selalu nye bila tiba musim bunga ni pokok2 akan mula bertunas balik, meriah menyambut sinaran matahari semula dan mengeluarkan bunga setelah beberapa bulan togil sejuk beku...new season breathes new life!
Kita kat sini takde 4 musim tapi seperti seluruh dunia kita pun menyambut kemunculan tahun baru (Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009). Tahun baru azam pun baru atau bring forward azam lama lagi..
Kita kat sini takde 4 musim tapi seperti seluruh dunia kita pun menyambut kemunculan tahun baru (Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009). Tahun baru azam pun baru atau bring forward azam lama lagi..
Dua minggu masuk tahun baru aku buat spring cleaning dalam dan luar rumah. Macam tau2 je rumah yg aku duk ni (rumah pusaka) kite dah masuk tahun baru, dividen pun dah dapat kan...alih2 siling rumah di ruang tamu roboh. Rupa2 nye kayu dah reput setelah 37 tahun dibena. Nasib baik tak roboh sampai kebawah tapi hanging dan slanting dekat2 nak 45 darjah. Terpaksa la kena repair. Dah terlanjur repair yg dalam, aku repair pulak simen bawah garage yg dah robek dan rebak ke longkang luar hanye setelah beberape bulan je dibena (banyak pasir dari simen)! Dah terlanjur repair itu ini, aku teruskan pulak menebang pokok mangga kat luar pagar yg dah reput sebelum ia menghempap rumah, lagi bahaya! Rumput keliling rumah biase nye aku suruh orang potong 2 bulan sekali..nak safe sikit dari potong tiap2 bulan..tapi pasti nye rumah aku dah macam rumah tepi hutan! Kali ni aku suruh org mesin sekali rumput gajah (rase2 nye rumput zirafah yg lebih tinggi kan) yg dah betul macam hutan belantara kat belakang rumah luar pagar tepi Sg Ampang tu. Aku terkejut bila Mat Bangla yg mesin rumput tu cerita ade 2 ekor ular besar (tedung) kat luar tu masa dia buang dahan2 mangga semalam. Aku pun dok perati dia buat keje pasal nak pastikan dia buat betul2 bersih kerana upahnye dia nak lebih. Tiba2 dia cemas lari kata ade ular besar kat lubang tepi longkang! Ishk aku pun jadi cemas jugak...hitam kata nye! Aku suruh dia pegi sua mesin rumput yg bunyi bising tu kot2 ular tu boleh lari. Dia pun pegi sambil bawak kayu panjang dan menjolok2 tepi lubang tu. Kejap lagi dia kata ular tu dah lari..aku tak perasan pulak ular tu keluar mungkin pasal rumput2 tebal yg dah dimesin menutupi longkang tu. Mane? aku tanye..dia pun tunjuk kat dalam air sungai tu. Betul la si Mat ni...bukan nye ular...biawak! Dia tak tau nama binatang tu, dia ingat ular! Rupe nye yg semalam dia nampak lagi 2 ekor tu pun ialah biawak! Maklum la dia tak berape fasih bahasa Melayu lagi. Cemas betul aku, takot kalau ular tu boleh masuk rumah satu hari nanti. Pastu aku pastikan dia mesin dan bersihkan sekeliling luar dan dalam pagar, bayar lebih takpe. Hari ni aku mula meracun rumput rampai yg membelit tepi2 pagar agar tak berserabut lagi..takot kalau terselit bende2 yg tak di ingini!
With the new year brings new hope for the better! SELAMAT TAHUN BARU 2009...
No comments:
Post a Comment