Macam tak percaya bila aku dapat sms dari bekas rakan sekerja di bank dulu, Ramli mengenai pemergian tetiba seorang rakan kami Fauziah Khalid 2 hari lepas. Innalillah....Bila aku sampaikan pada Noni dia bagaikan menjerit terkejut tak percaya..mungkin u salah dengar ni emak dia yang sakit so it must be the mother not her! Noni kata dia selalu jumpa Fauziah (yang tak pernah berkahwin, berumur 50 tahun) membawak emak nya utk morning ride sebelum pergi kerja. Dan semenjak dia berenti kerja dari bank selalu jugak morning walk dengan Noni. Tapi 2, 3 bulan lepas dia dah tak jumpa arwah mungkin dia sebok ngan kerja baru nya, fikir Noni. Aku pun menalipon si Ramli untuk memastikan sms tu. Tapi memang berita tu betul, Fauziah yg pergi dulu bukan emak nya secara mengejut setelah mengalami serangan jantung dan sesak nafas di rumah nya. Aku terima sms tu pun dah lambat sebab line maxis aku rosak.
Jadi, pagi Khamis aku dan Noni pergi menziarah ke rumah arwah menemui emak nya yg dah 82 tahun dan kakak nya. Kami rasa terkilan tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir kerana terlambat 2 hari menerima berita tu. Noni lagi la...sebab selalu bersembang ngan arwah dan rumah mereka berhampiran sangat. Arwah ada menceritakan pada Noni yang dia berenti kerja dari bank kerana terlalu stress ngan kerja nya sebagai Credit Manager (Corporate). Arwah ni dulu naik dari bawah sebagai kerani hingga la ke Manager level. Seorang yang dedikasi dalam kerja dan mesra ngan rakan2 tak kira yang bawah hingga bos2 yang atas. Jadi tak heran la pada hari pengebumian nya emak arwah yg kekadang hilang ingatan dan tak berapa nak bercakap, boleh bersuara betapa ramai kawan2 nya yg menziarah..."she must be a good person..."
Memang pun dia seorang yg baik, soft spoken dan mesra...SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT....AMIN AMIN YA RABIL'ALAMIN!
No comments:
Post a Comment