Monday, January 19, 2009

Ku inginkan ketenangan...


rakan morning walk di Taman TAR..







senja mengundang kesepian tapi nyaman...














picnic bawah pokok ni pun seronok kan..












teringat suasana dikampung..












ketenangan yg ku cari..







Ada hikmah nye bila keta aku tersadai dah 3 minggu di bengkel. Walaupun keta takde aku masih meneruskan aktiviti morning walk aku boleh dikatakan tiap2 hari tanpa Noni bersama. Aku mula berjalan dari rumah dan teruskan perjalanan aku disekitar kawasan2 perumahan yg pesat membangun berdekatan kawasan rumah ku. Banyak tempat2 yg menarik yg ade potensi sebagai jogging track dicelah2 hirok pikok kawasan perumahan bandar seperti Ampang. Dulu aku hanya tau di Taman TAR Ampang Jaya yg sudah terkenal walaupun bukan betul2 jogging track tetapi sekadar kawasan perumahan golongan elit. Morning walk pada ku bukan sekadar untuk beriadah dan aktiviti senaman buatku tapi lebih dari itu. Dulu masa muda2 memang aku aktif dalam macam2 sukan. Tapi dah lama sangat aku tinggalkan semua tu...badan pun mula la mengembang, muka pun mcam bulan mengambang! Yang pasti nye, aku rase tenang (tak bermakna aku banyak masa'alah) bila berjalan sorang2 menikmati udara pagi yg segar bugar, rase bersemangat utk memulakan hari baru pada tiap2 hari.

Selain dari itu, menikmati pemandangan yg pada setengah mata kasar orang, takde aesthetic value langsung tapi pada mata ku every patch of green lungs no matter how small, aku rase tenang dan sejuk mata memandang...Aku dah mula sayang nak tinggalkan aktiviti berjalan ni walaupun bila aku pegi bercuti baru2 ni di Lumut. Lagi seronok berjalan menyusur pantai dengan angin yg meniup dan pemandangan laut biru yg mententeramkan jiwa (memang aku ni jiwang sikit kengkadang). Tapi aku lebih suka suasana kampung... pasal tu la dari zaman aku sekolah lagi memang looking forward nak balek kampung time cuti sekolah espcially kampung mak aku. Seronok nye zaman tu! Kalau la aku dapat pegi balek ke zaman kanak2 ku..
InsyaAllah kalau diberikan kesihatan yg baik, aku akan terus dengan morning walk aku tiap2 pagi bersama Noni atau sorang2. Jangan dapat vitamin M (MALAS!) dah le...
































2 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam,
Sabarlah tunggu kereta tu dibaikpulih.

p3chandan said...

Alhamdulillah..dah boleh ambik esok tp kena bawak ke Puspakom utk inspection