Tuesday, January 27, 2009

Go round the mulberry bush..

Here we go round the mulberry bush..the mulberry bush..the mulberry bush...here we go round the mulberry bush so early in the morrrrning....
Itu la bunyi nursery rhyme yg penah aku nyanyi bersama budak2 tadika bila buat pratikal di dua buah tadika semasa mengikuti kursus Pra Sekolah selama setahun dulu. Tak terfikir langsung macam mana ke rupe pokok mulberry ni atau pada satu hari nanti aku akan menanam nye. Setelah berkecimpong dalam bidang pokok2 temperate bersama kawanku Prof Abdul Wahab Arba'ain baru aku tau yg pokok ni dulu dia dapat dari dalam hutan di negeri kita yg tumbuh meliar bukan di impot dari negeri temperate. Tapi mungkin asal nye dari negeri temperate jugak yg telah dibawa masuk oleh penjajah zaman dulu tapi aku tak tanye dengan lebih lanjut pasal tu. Pokok nye sekali pandang macam pokok bunga raya sebab daun nye serupa.


mulberry bush yg tumbuh sehat dan tinggi depan rumah

Prof kata yg pokok2 ni boleh tumbuh tinggi melepasi bumbung rumah atau setinggi pokok kelapa dan akan berbuah sekurang2 nye 4 kali setahun. Dia akan berbuah lebih cepat dan rendang jika di cantas dahan2 nye. Aku mula menanam 6 pokok mulberry pada tahun lepas di depan rumah luar pagar dan alhamdulillah telah menikmati buah nye yg manis sebanyak 3 kali. Tapi pada kali ni yg terakhir aku mencantas sebelum hari raya haji tahun lepas, buah nye lebih lebat dan besar2 dari yg dulu. Buahnya sebesar ibu jari dan berwarna merah seperti strawberry tapi bila dah masak ia akan bertukar menjadi hitam atau dark purple macam black currant dan tersangat manis boleh dimakan begitu saje atau di kisar buat jus atau masak jadikan jem.






pokok2 mulberry diluar pagar yg tinggi melepasi bumbung garaj setelah dicantas sebelum
raya haji dan terus mengeluarkan buah yg lebat tiap2 sebiji sebesar ibu jari

Batang2 mulberry yg dicantas akan disemai utk dijadikan benih baru. Banyak yg telah disemai tapi banyak jugak yg telah dibagi pd kawan dan sanak sedara. Ia sungguh senang di tanam, hanye semai dalam pasir dan akan mula bertunas dalam masa seminggu. Pokok2 yg ku tanam hanye dibaja sekali dengan baja tahi ayam semasa aku mengubah dari pasu ke laman rumah dan tidak memerlukan penjagaan yg susah dan rumit. Daun nye tak penah aku tengok kena makan serangga. Mengikut Prof, hanye ulat sutera je yg makan daun nye tu la ia dipanggil pokok sutera. Buah nye dimakan, daun nye (pucuk muda) pulak boleh di buat jerok dan rempeyek seperti rempeyek bayam yg kita tengok dipasar2 tani.










pokok2 yg tengah lebat berbuah belum masak utk dipetik. Masa ni buah
akan merasa masam manis mcm strawberry. Bila masak akan menjadi
hitam/dark purple dan sangat manis



pokok yg baru dicantas mula berbunga dan berputek


buah mulberry yg dah masak dan 3/4 masak setelah dipetik. Kalau tak
petik buahnye akan gugur dan busuk ditanah

Aku bercadang utk menanam lebih banyak pokok2 mulberry di keliling rumah dan di tanah aku di Paya Jaras sebagai pagar dari terbiar kosong. Sekurang2 nye tak la nampak semak samun dan berlanskap sikit...

Monday, January 19, 2009

Ku inginkan ketenangan...


rakan morning walk di Taman TAR..







senja mengundang kesepian tapi nyaman...














picnic bawah pokok ni pun seronok kan..












teringat suasana dikampung..












ketenangan yg ku cari..







Ada hikmah nye bila keta aku tersadai dah 3 minggu di bengkel. Walaupun keta takde aku masih meneruskan aktiviti morning walk aku boleh dikatakan tiap2 hari tanpa Noni bersama. Aku mula berjalan dari rumah dan teruskan perjalanan aku disekitar kawasan2 perumahan yg pesat membangun berdekatan kawasan rumah ku. Banyak tempat2 yg menarik yg ade potensi sebagai jogging track dicelah2 hirok pikok kawasan perumahan bandar seperti Ampang. Dulu aku hanya tau di Taman TAR Ampang Jaya yg sudah terkenal walaupun bukan betul2 jogging track tetapi sekadar kawasan perumahan golongan elit. Morning walk pada ku bukan sekadar untuk beriadah dan aktiviti senaman buatku tapi lebih dari itu. Dulu masa muda2 memang aku aktif dalam macam2 sukan. Tapi dah lama sangat aku tinggalkan semua tu...badan pun mula la mengembang, muka pun mcam bulan mengambang! Yang pasti nye, aku rase tenang (tak bermakna aku banyak masa'alah) bila berjalan sorang2 menikmati udara pagi yg segar bugar, rase bersemangat utk memulakan hari baru pada tiap2 hari.

Selain dari itu, menikmati pemandangan yg pada setengah mata kasar orang, takde aesthetic value langsung tapi pada mata ku every patch of green lungs no matter how small, aku rase tenang dan sejuk mata memandang...Aku dah mula sayang nak tinggalkan aktiviti berjalan ni walaupun bila aku pegi bercuti baru2 ni di Lumut. Lagi seronok berjalan menyusur pantai dengan angin yg meniup dan pemandangan laut biru yg mententeramkan jiwa (memang aku ni jiwang sikit kengkadang). Tapi aku lebih suka suasana kampung... pasal tu la dari zaman aku sekolah lagi memang looking forward nak balek kampung time cuti sekolah espcially kampung mak aku. Seronok nye zaman tu! Kalau la aku dapat pegi balek ke zaman kanak2 ku..
InsyaAllah kalau diberikan kesihatan yg baik, aku akan terus dengan morning walk aku tiap2 pagi bersama Noni atau sorang2. Jangan dapat vitamin M (MALAS!) dah le...
































Thursday, January 15, 2009

Spring Cleaning




Ni bukan di Malaysia..tapi di Turkey masa aku
bercuti tahun lepas bulan March. Walaupun
dah masuk Spring masih sejuk sangat. Setengah
tempat masih ade salji tebal lagi


Kalau di oversea sekarang ni masih musim salji lagi, bulan March baru la muncul musim bunga atau Spring. Selalu nye bila tiba musim bunga ni pokok2 akan mula bertunas balik, meriah menyambut sinaran matahari semula dan mengeluarkan bunga setelah beberapa bulan togil sejuk beku...new season breathes new life!
Kita kat sini takde 4 musim tapi seperti seluruh dunia kita pun menyambut kemunculan tahun baru (Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009). Tahun baru azam pun baru atau bring forward azam lama lagi..


Dua minggu masuk tahun baru aku buat spring cleaning dalam dan luar rumah. Macam tau2 je rumah yg aku duk ni (rumah pusaka) kite dah masuk tahun baru, dividen pun dah dapat kan...alih2 siling rumah di ruang tamu roboh. Rupa2 nye kayu dah reput setelah 37 tahun dibena. Nasib baik tak roboh sampai kebawah tapi hanging dan slanting dekat2 nak 45 darjah. Terpaksa la kena repair. Dah terlanjur repair yg dalam, aku repair pulak simen bawah garage yg dah robek dan rebak ke longkang luar hanye setelah beberape bulan je dibena (banyak pasir dari simen)! Dah terlanjur repair itu ini, aku teruskan pulak menebang pokok mangga kat luar pagar yg dah reput sebelum ia menghempap rumah, lagi bahaya! Rumput keliling rumah biase nye aku suruh orang potong 2 bulan sekali..nak safe sikit dari potong tiap2 bulan..tapi pasti nye rumah aku dah macam rumah tepi hutan! Kali ni aku suruh org mesin sekali rumput gajah (rase2 nye rumput zirafah yg lebih tinggi kan) yg dah betul macam hutan belantara kat belakang rumah luar pagar tepi Sg Ampang tu. Aku terkejut bila Mat Bangla yg mesin rumput tu cerita ade 2 ekor ular besar (tedung) kat luar tu masa dia buang dahan2 mangga semalam. Aku pun dok perati dia buat keje pasal nak pastikan dia buat betul2 bersih kerana upahnye dia nak lebih. Tiba2 dia cemas lari kata ade ular besar kat lubang tepi longkang! Ishk aku pun jadi cemas jugak...hitam kata nye! Aku suruh dia pegi sua mesin rumput yg bunyi bising tu kot2 ular tu boleh lari. Dia pun pegi sambil bawak kayu panjang dan menjolok2 tepi lubang tu. Kejap lagi dia kata ular tu dah lari..aku tak perasan pulak ular tu keluar mungkin pasal rumput2 tebal yg dah dimesin menutupi longkang tu. Mane? aku tanye..dia pun tunjuk kat dalam air sungai tu. Betul la si Mat ni...bukan nye ular...biawak! Dia tak tau nama binatang tu, dia ingat ular! Rupe nye yg semalam dia nampak lagi 2 ekor tu pun ialah biawak! Maklum la dia tak berape fasih bahasa Melayu lagi. Cemas betul aku, takot kalau ular tu boleh masuk rumah satu hari nanti. Pastu aku pastikan dia mesin dan bersihkan sekeliling luar dan dalam pagar, bayar lebih takpe. Hari ni aku mula meracun rumput rampai yg membelit tepi2 pagar agar tak berserabut lagi..takot kalau terselit bende2 yg tak di ingini!

With the new year brings new hope for the better! SELAMAT TAHUN BARU 2009...







Monday, January 12, 2009

Patah Kaki lorr...




keta belakang dia..merc tu...






keta belakang aku..lagi sian...




Keta comey aku..sian dia...




Adoii...rimas dan lemas aku dah 2 minggu patah kaki terperuk kat rumah. Nak pegi mana2 nak tunggu anak kedua aku cuti. Kesian kat dia, bila cuti tak boleh nak tido sampai kepetang kena angkut aku ke mana aku nak pegi..ke bank bayar bill ke, ke Tesco utk sopping, klinik ke..morning walk pun tak boleh nak pick Noni dah. Aku yang dulu very mobile dah duk terkedu kat rumah, tak boleh nak lepak mana aku suka ngan Noni.








Memang patah kaki di buat nye! Apa kan tidak...aku eksiden masa balik dari Jeram 2 minggu lepas. Remok bontot keta aku yg comey mungil tu! Tak tau nape bila sampai depan Zoo Negara turun dari MRR2 Melawati, tetiba je keta aku yg masa tu tengah laju on the way nak balik ke Ampang, terus rasa berat semacam dan jam..Aku jeling kat gear aku masih gear 5 (keta manual) , hand break tak tarik pun, kaki kanan tengah menekan minyak..alih2 dia terus slow down terus berenti tengah jalan betoi2 depan stop bas Zoo. Aku try start balik tak boleh..seminit dua lepas tu, berdeggang bontot keta aku kena hentam 2 kali! Adoiii! aku dah agak mesti 2 keta belakang tak sempat nak break...aku blank kejap tak tau nak buat ape tapi masih cool lagi tu! Keta tak mau gerak bila masuk gear 1. Ibu jari kaki kiri mula terase sakit bila aku keluar dari keta dan tengok bontot keta..ermmm remok ke dalam! Sian keta aku...Aku tengok keta belakang aku lagi teruk..kena hentam depan belakang. Ishk sian pulak..Tengok belakang dia keta lagi satu pun tersadai...3 keta bumper to bumper eksiden! Jalan yg dah memang jem bila time tu lagi la jem pasal eksiden ni...












Aku heran sungguh, dengan sekelip mata je punye la ramai wakil2 workshop sekitar tu datang bagi kad dan menawarkan service dia orang...meremut macam ade pesta pulak mengerumun kami bertiga macam peminat! Atau dia orang dah memang standby kat situ tiap2 hari masa tu..












Di pendek kan cerite, kami bertiga ngan keta2 sekali pegi buat repot polis di balai Ampang. Tu la sampai la ni aku patah kaki tak boleh bergerak ke mana. Aku pegi jenguk keta aku sebab rindu bangat kat dia 2, 3 hari lepas pun masih tersadai belum terusik sikit pun...mungkin lagi 3 minggu! Adoii..letih! Pelan aku nak berkonvoi ke Lumut ngan anak aku bersama keta adek aku besok nye langsung leboh! Terpaksa bersempit satu keta, anak aku tak jadi pegi sama..takde rezeki dia! Tapi bersyukur Alhamdulillah takde diantara kami bertiga yg cedera parah..hanya aku luka sikit kat jari kaki sampai la ni belum baik (xray takde yg patah atau retak) dan sakit belakang sikit..aku bayangkan kalau la yang hentam belakang keta aku tu sebuah lori berat..eeiii ngeri aku!
























Friday, January 9, 2009

Berita yang mengejutkan...

Macam tak percaya bila aku dapat sms dari bekas rakan sekerja di bank dulu, Ramli mengenai pemergian tetiba seorang rakan kami Fauziah Khalid 2 hari lepas. Innalillah....Bila aku sampaikan pada Noni dia bagaikan menjerit terkejut tak percaya..mungkin u salah dengar ni emak dia yang sakit so it must be the mother not her! Noni kata dia selalu jumpa Fauziah (yang tak pernah berkahwin, berumur 50 tahun) membawak emak nya utk morning ride sebelum pergi kerja. Dan semenjak dia berenti kerja dari bank selalu jugak morning walk dengan Noni. Tapi 2, 3 bulan lepas dia dah tak jumpa arwah mungkin dia sebok ngan kerja baru nya, fikir Noni. Aku pun menalipon si Ramli untuk memastikan sms tu. Tapi memang berita tu betul, Fauziah yg pergi dulu bukan emak nya secara mengejut setelah mengalami serangan jantung dan sesak nafas di rumah nya. Aku terima sms tu pun dah lambat sebab line maxis aku rosak.
Jadi, pagi Khamis aku dan Noni pergi menziarah ke rumah arwah menemui emak nya yg dah 82 tahun dan kakak nya. Kami rasa terkilan tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir kerana terlambat 2 hari menerima berita tu. Noni lagi la...sebab selalu bersembang ngan arwah dan rumah mereka berhampiran sangat. Arwah ada menceritakan pada Noni yang dia berenti kerja dari bank kerana terlalu stress ngan kerja nya sebagai Credit Manager (Corporate). Arwah ni dulu naik dari bawah sebagai kerani hingga la ke Manager level. Seorang yang dedikasi dalam kerja dan mesra ngan rakan2 tak kira yang bawah hingga bos2 yang atas. Jadi tak heran la pada hari pengebumian nya emak arwah yg kekadang hilang ingatan dan tak berapa nak bercakap, boleh bersuara betapa ramai kawan2 nya yg menziarah..."she must be a good person..."
Memang pun dia seorang yg baik, soft spoken dan mesra...SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT....AMIN AMIN YA RABIL'ALAMIN!