Wednesday, February 23, 2011

Kambing oo kambing!

Adek lelaki no. 4 buat rumah di tanah kami di Paya Jaras 3 tahun lepas. Yang lain dah beli rumah masing2 walaupun tanah dah dipecah lot. Bila dia bagitau jiran sebelah, yang dia akan buat rumah disitu, tiba2 je anak jiran sebelah dirikan kandang kambing. Adek pun cakap kat jiran macam mana boleh buat kandang kambing dikawasan perumahan, mesti akan kotor, berbau dan akan mengganggu jiran2 disitu. Dia jawab balik...'Tanah aku, suke hati aku la nak buat ape pun, orang lain takde hak! Kandang aku tak kan berbau atau kotor sebab buat secara kaedah baru yang sangat hygenic'. Jadi adek pun mula la dirikan rumah idaman nye disitu.

kandang kambing dari celah2 pokok ditanah aku...


kandang kambing tersergam indah dalam peroses pembinaan







Dipendek kan cerite, setelah rumah siap dibina, kandang kambing jiran pun dah mula dirasmikan. Beratus ekor kambing local dan import dibela dengan 2 orang pekerja Bangla. Bermula la titik2 manis keluarga adek dengan bau2an yang menusuk hidung dan kalbu. Bila dia buat 'house warming' dengan jamuan doa selamat, kami sekeluarga pun datang bertandang kerumah idaman dia....Bila turun dari keta, dengan tiupan angin sepoi2 bahasa, kami pun di sambut dengan bau2an yang kurang menyenangkan.....ape lagi bau kambing dan taik kambing jiran sebelah la! Tu kat luar...kalau kat dalam, tak bukak tingkap tak bau. Adek aku yang konon2 buat balkoni kat atas untuk bersantai dimalam hari bersama keluarga.....terus tak bukak pintu balkoni! Ape tak nye bila malam, bau nye lagi ketara di bawa angin! Nak sedut udara nyaman, bau kambing yang menusuk lubang hidung! Dah berbueh mulut komplain kat orang sebelah, dulu kata tak kan berbau, sekarang ape dah jadi? Tapi dia buat dek je..sampai dia pulak tak menegur adek aku. Tahun sudah, jiran tu buat reban ayam pulak untuk ternak beratus ekor anak ayam depan rumah adek. Belakang rumah bau taik kambing, depan pulak bau taik ayam! Memang cukup ramuan bau2an nye! Komplain adek fell on deaf ears je..Nak buat aduan, dia jiran, adek tak nak bermusuhan pasal dia nak duduk lama disitu. Jadi ngdak tak ngdak, terpaksa la menahan nafas dan tak bukak tingkap...
Product susu kambing yang berkhasiat tinggi

Tapi sekarang lain pulak cerite. Adek suami isteri pulak dah jadi stokis untuk product susu kambing! Hahaha...tapi bukan kambing jiran..ni kambing orang lain. Kandang kambing jiran dah macam takde kambing, tinggal dalam 15 ekor je kot. Reban anak ayam ngtah kemana. Bau kambing masih menebal lagi pasal pekerja dah tinggal sorang je, jadi tak terbuat dek budak tu sorang, nak kaut taik kambing jual baja, nak carik dan potong rumput bagi makan kambing, nak mandikan kambing lagi (kambing mandi tapi bau tak hilang jugak!). Itu la cerite adek dan kambing2 jiran sebelah nye....

6 comments:

cikmanggis said...

susah jugak tu..kena sabar je lah dan berdoa agar kambing kambing tu makin kurang dan bisnis kambingnya lingkup hehe...eh ramai kwn2 Cm yg dah jadi dealer susu kambing ni:)

p3chandan said...

Tu la dia cikmanggis, memang banyak kena bersabar kalau dapat jiran yang banyak kerenah macam ni. Saye pun baru nak try tu kata boleh menghilangkan sakit sendi..almaklum la...hehehe

Pak Abas said...

Salam..apa kabar p3chandan, lama tak jengok sini, dah takde mud nk masuk blog ni, ni kan nk menulis. Pak Abas ni tak suka mkn susu kambing, tapi daging kambing memang suka. Tu yg pegi carik di kedai mamak selalu!

p3chandan said...

Salam Pak Abas, knape takde mood ni..saye pun kadang2 memang takde mood nak menulis, malas pun ade! Jangan makan kambing selalu sangat, sesekali takpe, nanti darah tinggi naik nelambung, bahaye tu...

Jay said...

Lovely space you have..happy to follow u..
do drop by mine sometime...
Tasty appetite

p3chandan said...

Thanks Jay for dropping in. Love your recipes. Do drop in my garden blog http://gorightinmygarden.blogspot.com