Sunday, May 22, 2011

Banjir kilat!

Dah 2 kali air Sungai Ampang belakang rumah aku yang duk tebi tebing sungai, naik melempah ruah ke kawasan rumah aku dan jiran2 sepanjang sungai tu. Last sekali Jumaat lepas bila hujan yang lebat tak berenti2 dengan kilat petir sabung menyabung, turun petang tu. Dalam setengah jam air sungai dah melebehi tebing dan masuk kawasan rumah! Nasib baik anak bongsu ade dirumah, menolong berkemas barang2 dalam rumah naik ketempat tinggi. Air naik dengan deras nye, memang tak sempat nak angkat kalau tak bersedia awal2. Penah sekali tahun 2007, aku terlelap kejap lepas maghrib masa tengah hujan lebat, sedar2 satu rumah dah ditenggelami air sampai buku lali! Kapet semua dah jadi floating carpet! Kali ni bila hujan lebat je dah mula gulung kapet!




air sungai yang berlumpur dah melepasi tebing sungai, arus yang deras sungguh menggerunkan...kalau terjatuh memang tak boleh diselamatkan!




pada hari biasa, sungai yang mengalir dengan tenang...



rumah sewa jiran sebelah dah dimasukki air sungai...motor pun dah setengah tenggelam, jenuh nak membasuh lumpur!

kawasan rumah aku dan rumah jiran - air naik dengan cepat sekali hampir sampai ke paras lutut beberapa minit sejurus gambar ni diambik




Tapi nasib baik la rumah aku tak masuk air aritu, hanya setakat satu anak tangga je, lebih kurang setengah inci lagi nak masuk ke rumah! Walau bagaimana pun, kawasan keliling rumah dah di tenggelami air hampir paras lutut. Rumah sewa jiran sebelah tak benasib baik! Tapi air naik sekejap je, tetiba je air sungai dah mula surut. Mungkin air naik disebabkan air dilepaskan dari takungan air besar di Bukit Belacan. Atau pun mungkin Smart Tunnel telah digunakan masa hujan lebat untuk mengalirkan limpahan air dari sungai2 dari sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Ape2 pun, aku rase banyak rumah di tebing Sungai Ampang ni yang rendah, telah dibanjiri air. Memang jenuh jugak lepas tu nak membasuh lumpur dari kawasan rumah, kalau dalam rumah lagi jenuh...boleh patah pinggang dibuat nye!

4 comments:

cikmanggis said...

salam p3chandan.wah rumah tepi sungai ya..kena hati hati bila hari hujan terutama jika ada anak anak kecik.

p3chandan said...

Salam cikmanggis.Sg Ampang tu mase kita org kecik2 dulu, memang sungai tu pun kecik, jernih, besih jadi selalu la pegi cari ikan dan udang. Tapi telah diperbesar dan diperdalamkan kerana selalu banjir.Bukan anak2 je yang kena jaga bila dah air naik macam tu, org dewasa pun kalau jatuh memang hanyut dengan arus air yg deras!

Al-Manar said...

Banjir kilat? Kami disini kemarau yaiap yang amat sangat. Lansung tak ada hujan sudah berminggu minggu. Yang teruknya terpaksalah tiap petang menyiram pokok.

p3chandan said...

Pakcik Hassan, sini pun panas terik jugak berhari2 rase berkuap2 lepas tu hujan selebat2nye hingga banjir pulak.