Wednesday, August 25, 2010

Jalan jalan...intai intai..

3 hari sebelum puasa aku, menantu dan anak berkonvoi bersama kawann2ya ke Melaka. Dia nak ikut kawannya yang nak pegi jenguk satu projek ikan keli organik di mane ngtah, aku dah lupa name tempat tu....Janji berkumpul di R&R Seremban. Kita orang dah sampai lama, dia orang baru nak pick up orang tu, orang ni, orang sinun...sempat la kita orang breakfast di situ. Pastu sempat pulak aku memborong anak pokok pisang berangan, pisang tanduk dan pokok roselle di pasar tani kat situ. Anak aku dah mula membebel, mama ni mane2 pegi mesti nak membeli pokok...Bukan ape, memang dah lama aku mencarik pokok2 tu, aleh2 kat situ pulak ade dan harga nye pun murah dari Sg Buloh. Pokok pisang ni berguna, daun dia boleh la aku buat bakar ikan atau nak buat lepat ke (ngtah ye ngtah idak!)..konon nye kan...




Pastu berkonvoi la kita orang, tapi duk pusing2 gak la mencarik tempat yang dituju pasal dia orang pun dah lupa...akhir nye sampai dah tengahari rembang.






di tapak projek tu...



di penuhi kolam2 macam ni yang menempatkan
anak2 ikan keli dan yang dah matang






feeding frenzy...ikan yang dah matang










pekerja menarik jala untuk tontonan pengunjung
dimane ikan sebesar peha menggelupor dan melompat
dalam jala...seronok nengok nye







hah tu diaa...







memang licin dan terus melompat kat tepi kita orang...





Aku ni suka gak la makan ikan keli tapi tak penah masak sendiri...tak tau nak menyiang nye pasal dia licin. Kalau makan pun yang kat kedai digoreng garing2, rangup pastu masak cili yang tak berkuah, gulai lemak ke aku tak berape lalu ngtah nape...Lepas mengintai2 kat situ kami pun pegi carik makan tengahari pulak di bandar Melaka, anak aku kata dia penah makan satu kedai asam pedas yang famous kat situ. Hujung minggu...punye la ramai orang, sampai kene queue up nak dapat tempat duduk dan yang nak bungkus pun ramai gak. Sedap sangat kot...tapi memang sedap pun asam pedas dia sampai aku bawak balik bungkus lagi! Tapi mak aiii...mahal nak mampuih! Mungkin pasal kedai ni terkenal kot...Lepas makan kami pun jalan2 ke tempat2 bersejarah yang selalu dikunjung di situ seperti muzium dan Kota Melaka. Petang baru kami beredar balik KL...ape lagi, di tol Ayer Keroh dah mula jem!





3 comments:

~♥ iella ♥~ said...

banyknya ikan keli..gemok2 la tue.. goreng pun sodap...

p3chandan said...

tu la Iella, tu baru satu kolam je..yg matang umo dia 4 bulan, dipasarkan sebagai ikan keli salai, frozen dan ikan keli pekasam.

~♥ iella ♥~ said...

ikan keli pekasam...suka2..kasi gatal hidung..hehe