Dah seminggu kita orang planning nak nengok pementasan Cuci 2 The Musical. Cuci yang mula2 tak sempak nak nengok, masing2 banyak hal. Semalam se awal 6 ptg aku mengambik Noni dirumah menuju ke Istana Budaya, walaupun ia nye bermula jam 8.30 malam. Kami pegi awal bukan ape, memang dah tau, selepas kul 6 jalan ke situ akan sesak. Kalau keluar lepas magrib, lagi la. Jadi kami pegi awal sikit, sempat makan2 di kafe Istana Budaya, dan lepas tu menunaikan solat magrib di sana. Rupe nye ramai yang berfikiran macam kami, pasal surau pun sesak jugak.
pintu masuk di Upper Circle Seat di tingkat 3 yang paling murah,
33 hengget je...tapi nampak jelas
Cuci The Movie, aku tak nengok. So aku tak tau ape bende cite dia. Tau la cite dia pasal pencuci bangunan...yang mana watak utama di terajui oleh Afdlin Shauki, Hans Isaac, Awie dan Nabil (yang mengganti tempat AC Rizal). Di bantu oleh Harith Iskandar, Vee (Vanidah Imran) dan Jacklyn Victor. Nabil Raja Lawak, berjaya mencuit hati penonton dengan gelagat kelako nye yang bersahaje. Kami sangka kalau pegi nengok masa week day, tak la ramai. Tapi memang full house malam tadi dan ia nye diserikan jugak dengan kehadiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah. Cite ni menceritekan kisah suka duka 4 beradik angkat yang duduk sebumbung dari kecik yang bekerja sebagai pencuci bangunan. Drama komedi bermuzikal ni dari mula sampai akhir memang seronok, kami ketawa sampai sakit tekak! Ade la moments yang sedih dan romantik tapi overall, 4 watak ni memang berjaya membuat penonton ketawa dan bersedih bersama. Aku suka lagu2 yang dinyanyikan sepanjang pementasan (penata muzik nye Acis) di ikuti gerak tari yang kreatif oleh pereka tari Pat Ibrahim yang aku minat.
taking the final bow dari semua watak Cuci dengan tepukan
gemuruh dari penonton
Panjang jugak cite dia, ditambah pulak 15 minit Intermission...kul 12.30 baru habih. Ni la pementasan yang aku tengok selepas 3 tahun tak pegi, last aku nengok sebelum ni ialah Puteri Gunung Ledang 2.
No comments:
Post a Comment