Sunday, September 5, 2010

Humpty Dumpty had a great fall...



tempat jatuh lagi dikenang...







Tak tau nak cakap la Si Humpty Dumpty jatuh dulu dia rase sakit ke tak, siap retak dan pecah kepala lagi kan...Tapi 3 hari lepas bile aku jatuh tergolek dok kat kebun aku tu...tetibe je aku teringat kat kisah "Humpty Dumpty had a great fall"! Bedebuk aku jatuh macam buah nangka baru masak (bukan busuk), tak sempat nak tahan ngan tangan atau kaki, pasal selipar besar yang aku pakai tersendong kan kayu tepi batas. Berpinau kejap duniaku...tak leh nak bangun, tangan dan bahu kiri aku terase amat la sakitnye, macam nak nanges aku dibuatnye! Adoiii!!!Nak mintak tolong anak2 semua lum balik keje. Aku baru je 'memetik' hasil tanaman aku yang pertama, daun sop dan daun sadri untuk dicampak sebagai bahan terakhir dalam masakan aku yang baru nak mendidih diatas dapo tu...masak ikan tiga rase. Aleh2 tersungkoq jatuh nasib baik tak cium tanah!





Sakit nye lepas tu tak tau nak cakap la...tangan aku tak leh nak angkat keatas, ke tepi boleh sikit2, nak mandi, nak pakai baju susah, nak solat tak leh tunduk, terpaksa la duduk! Sekse nye Allah je la yang tau! Makcik Kelantan yang selalu mengurut aku mase dalam pantang tu pulak dah balik kampung...adohaiiiii sakit nye!!! Esok nye aku ke hospital, Alhamdulillah...takde yang patah riok, terkeluar dari soket ke..hanye muscle n soft tissue injuries je, tu yang lebam semacam, bukan blue black lagi, tapi dah hitam pekat kat tepi tangan bawah ketiak! Bahu pun sakit yak amat, nak tido tak lena, pusing sane tak leh, sini tak leh..makan pain killer je la sampai hilang sakit baru boleh nak try exercise tangan tu balik. Semua aktiviti di rumah terhenti, nak berkemas ke, mop ke, berkebun ke, tambah pulak nak raya ni..rimas aku dibuat nye! Esok pulak adek bradek nak datang berkumpul berbuka dan berterawih dirumah aku...tak boleh nak masak ape, jadi main order je la kat katerer. Anak dan menantu semua tak dapat cuti pasal nak cuti raya, jadi aku terkial2 la sorang2 kat rumah buat mane yang terdaye...





Doakan aku leh sembuh cepat seperti sedia kala..insyaAllah. Amin!




2 comments:

Pengasas said...

Salam P3C,
Ha .. Puasa tak bersahur kut. Tu sebab badan jadi lemah ...
Selamat berhariraya, maaf segala salah silap, halalkan semua yang termakan dan terminum.

p3chandan said...

Salam Prof...iya la agak nye tu..Bangun sahur pun minum je, tak lalu nak makan. Tapi Alhamdulillah Prof..sakit makin berkurangan dah, tangan dah boleh angkat dan buat keje2 ringan, tapi belum boleh drive lagi..

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin jugak utk Prof dan isteri, datang la ke rumah..