Today is the day...the flea market/garage sale! Jam 8 pagi aku dan menantu dah tercongok di Dataran UMNO Wangsa Maju depan Carefour dan mula menyiapkan meja dengan barang2 jualan bersama dengan penjual2 yang lain. Ade 24 gerai yang kebanyakan nye menjual tudung, baju2, T-shirt, melainkan 2 gerai..gerai aku dan gerai yg menjual minyak dan herba.
menantu sibok menyiapkan tandaharga
kerepek bawang gunting, acar buah, cornflakes
pokok2 hiasan yang aku tanam dalam pasu2
comel sesuai utk meja dalam taman dan
bunga2 rose dan lavender berbagai warna
diperbuat dari kain
room diffuser (minyak wangi penyaman bilik)
dengan 8 jenis bauan
gerai sebelah aku yg menjual baju2 kebaya lace dan
batek dari Indonesia
Seronok aku tengok ramai penjual2 disitu rata2 adalah terdiri dari anak2 muda yang aku rase dah lama menceburi bidang perniagaan dan menjadikan nye family business. Yang menjual kebanyakan nye datang ngan kereta mewah jadi dah lama la agaknye berkecimpung dalam business ni tapi semua nye menjual bende yang sama, tudung, baju, T-shirt, beg tangan dan aksesori wanita seperti gelang, kerongsang manik dan kristal.
Tapi satu je yang tak seronok hari ni...ramai penjual dari pembeli! Jadi ramai yang dok melangut dari pagi sampai ke petang. Aku sempat pulak lari sekejap pegi kenduri kawin anak sepupu sementara gerai ditunggu menantu! Ape pun barang2 aku laku gak la terutama pokok2 tu (5 pokok), kerepek dan cornflakes. Hmmm...walaupun sikit tapi better than everyone else! Tak tau la kenapa tak ramai pengunjung, berbanding dengan pertama kali dia orang buat event ni. Mungkin banyak orang kenduri sebab dah dekat nak bulan puasa ke atau ade sale tempat lain ke...di tambah pulak dengan hujan pada petang nye. Patut nye esok ade sehari lagi untuk menjual tapi petang tadi penganjur dah umumkan yang esok dah kansel disebabkan ade masaalah dengan bekalan letrik di situ pulak! Event tu yang sepatut nye sampai 10 malam ni juga tak dapat di teruskan. Jadi semua gerai pun mula pack up dan balik dalam hujan yang renyai2...