Friday, June 11, 2010

Makan Bola Tidor Bola...

DEMAM BOLA DAH BERMULA!!!!






Semalam bermula la 2010 FIFA World Cup di Johannesburg, Afrika Selatan and life for football fans around the world will never be the same again....!!
Bersenkang mata la kaum adam beramai2 di kedai mamak 24 jam terutama nye di hujung minggu menghadap tv 42 inci bersorak riuh sekampung. Tersenyum lebar sampai ke telinga riang ria tokey kedai mamak seluruh Malaysia, poket penuh melempah ruah sepanjang musim bola. Muncung panjang sedepa la kaum hawa yang tak berape nak minat bola bila perhatian buah hati mereka dah beraleh ke sebiji bola di padang. Takde cerite lain dimeja makan, dalam keta, atas katil...cerite pasal bola! Menguap panjang la esok nye di pejabat bila dah bersenkang mata mengadap tv sampai ke pagi...alahai musim bola datang lagi!!!
Aku tak minat bola. Dolu2 ade la nengok sebab dah tak boleh nak nengok ape dah bila tv dah dikuasai oleh kaum adam di rumah ku. Bila dah melekat mata terjojol depan tv, donia dia orang la yang punye. Aku jadi tukang buat air, goreng kopok, kentang goreng, goreng cekodok bawang ke pisang ke, buang kulit kacang dan koci...Laa ni anak2 aku pakat pi kedai mamak ngan kawan2 seperti orang lain. Sesekali ada gak la aku nengok kalau team2 yang dolu aku minat macam Argentina, Brazil, England berentap di padang...tapi setakat teruja bila dengar beribu penonton bersorak bila gol dijaringkan. Dolu2 Maradona dan Beckham la aku minat.
Sekarang rancangan sukan dari cerok donia mane pun boleh ditontoni di tv terutama di ASTRO. Dolu2 siaran terus menerus akan hanya dapat ditonton kalau ade sponsor. Punye la susah hati kaum adam seluruh Malaysia pada tahun 1982 kalau tak silap, macam rase nak kiamat gak nye mase tu bila dengar World Cup tak dapat siaran langsung kerana terlampau mahal untuk ditaja. Hingga la ade sorang ni dia menulis di surat kabar menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyumbang sikit sorang agar dapat live telecast World Cup ni! Wah! tak sangka sungguh seluruh rakyat Malaysia dari berbagai kaum dan bangsa terutama dari golongan individu dan bisnes tampil membuat sumbangan hingga la dapat siaran langsung disiarkan pada tahun tu! Sungguh terharu bila kita dengar kan....Siaran Langsung World Cup ditaja oleh rakyat Malaysia, begitu kuat nye semangat 1Malaysia mase dolu!
Jadi kaum hawa terpaksa la cari aktiviti lain kalau dah tak minat bola. Perhatian buah hati masing2 dah beralih sementara waktu hingga habih musim bola ni. Buat2 la minat kalau tak, kena tinggal la bila pakwe nak pegi berlonggok di kedai mamak. Tapi dia orang ni lebih suke pegi ngan kaum sejenis bila nengok bola ni....so kaum hawa..chill out la dulu!

8 comments:

Unknown said...

bola..bola..bola...

p3chandan said...

Hi iella..ape kabar? lama tak nampak hehehe...biase la dah musim bola kan jadi bola, bola, dan bola jer la..

Bangchik and Kakdah said...

a frank view by a mother and a wife at the same time.... But men are fairly considerate too, out of world cup season... haha. ~bangchik

p3chandan said...

well..Bangchik, you can never tell with men nowadays, football season or otherwise

Unknown said...

Akak : sy sihat jer..lama tak nmpk sbb lama bercuti..cuti kawen..hehe..nasib baik husband tak minat bola...

p3chandan said...

ooo cuti kawin patut ler.akak nak komen blog iella mcm susah bebeno nak email bagai..hehe

ye ker che abe iella tak minat bola..no problem la gituu!

Unknown said...

p3chandan : akak,sy tak tau la plak nk komen kat blog sy nie susah rupanya.Patutla tak ramai yg komen... Nnt sya selidik cmna nk atasi masalah nie. Segala kesulitan amat dikesali..hehehe..

Agaknya cik abe nie tak reti main bola kot...coz tak pernah tngk dia main bola...tak tau la..nnt nak test dia tengok..

p3chandan said...

tu la mungkin iella punyer blog setting kot..nak tapis org yg komen ker..hhehe