Sunday, June 20, 2010

Dub...Dab...Dub...Dab...

Degup jantung ku makin kencang, tido ku tak berape nak lena walau badan letih sesangat, makan ku seperti biase berselera...tapi duk terlalu sebok, kekadang lupa nak makan sampai tenghari, mandi ku makin kerap...rase berlengaih sentiase pasal aku ke hulu ke hilir macam2 nak buat, hari dah semakin dekat...Anak aku nak kawin!!!!
Makin dekat hari nye makin gementar, gugup dan cemas menyelubungi perasaan bukan saje bagi pasangan pengantin tapi mak pengantin pun sama. Mungkin anak aku akan rase gugup dan cemas bila tiba saat indah nak melapazkan "aku terima nikahnya...." Tapi sebagai single mom lagi berat dan cemas rase nye aku nak pikul segala tanggungjawab mengahwinkan anak buat pertama kali nye. Semua nye kita nak buat dari A to Z tambah la aku takde anak pompuan yang boleh dikongsi bersama. Aku la wedding planner, aku la tukang buat nye, aku la tukang jahit, interior decorator, tukang pelamin dan pelbagai lagi...Dari bulan Januari lagi aku dah mula merancang ape nak buat, dah mula bersopping itu dan ini dan mencari bahan, idea dan ilham utk menyerikan majlis kawin yang sederhana tu. Alhamdulillah semua aku dah siapkan dari bunga pahar, door gifts, hantaran, langsir, dekorasi utk pelamin dan bilik pengantin (buat sendiri safe bajet sikit).
Walaupun sekarang proses majlis perkahwinan lebih senang berbanding dolu2 yang aku ingat zaman kanak2 bila di kampung bergotong royong buat bangsal utk kayu api, kawah masak memasak dan tempat tetamu. Pengantin sekarang beruntung termasuk la mak bapak pengantin, majlis perkahwinan dah menjadi industri yang lumayan yang memudahkan proses persiapan majlis. Tak payah nak bergotong royong buat bangsal tapi upah je kontraktor dirikan khemah yang selesa, berhawa dingin dan kalau yang mampu buat di hotel2 dan dewan2 besar dengan pelbagai tema dan dekorasi yang indah2 bak bersanding di kayangan. Yang penting, mak bapak mampu menyediakan bajet yang diperlukan!
Kad jemputan telah di edarkan. Mula2 nak jemput dalam 400 orang je tapi bila dah list down semua tetamu, sedara mara pun dah beratus! Tu pun yang terdekat dan yang selalu berhubung. Tak termasuk lagi para sahabat dan jiran tetangga...mak aiiii ramai nye! Itu pun yang terdekat je....Degup jantung tetap bergoncang kuat bila kenangkan majlis dah semakin dekat. Macam2 aku fikir...ade ke majlis akan berjalan dengan baik dan lancar, cukup makan ke utk tetamu yang datang, cuaca elok ke hari tu nanti...Pasal bende2 macam ni kita tak boleh nak jangka walau macam mane baguih planning nye. Aku berdoa dan berserah pada NYA agar majlis ku akan tip top dari mula sampai akhir insyaAllah....Amin!!!

4 comments:

Anonymous said...

Wah! hajjah nak dpt menantu dah.semuga selamat semua nya.hajjah bila pulak nak mkn nasik minyak? jgn mare gurau je..

p3chandan said...

tima kasih Man. InsyaAllah..

Selalu gak la makan nasik minyak kat Restoran Yassin kat Jln Bonus tu..nak cube try test gi la..hehe

Pengasas said...

Salam P3C,
Kata orang, kalau nak cuaca baik masa kenduri: Pakaian dalam yg. dah tak nak dipakai tu dibalingkan atas bumbung rumah. Masa baling tu ialah tengahmalam, supaya tak ada orang nampak.
Itu orang kata.

p3chandan said...

Ye ker Prof..pengantin punyer ler ye bkn saye punyer kan..hahaha