Monday, September 28, 2009

Ramadhan dan Syawal datang dan pergi...

Semenjak last posting dulu selepas anak sedara aku kawin, memang padat betul aktiviti2 aku dari bulan Jun hingga la menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ni kira flashback la..
Bulan Julai, kami sekeluarga berkonvoi ke Manjung dan Sitiawan utk menhadhiri kenduri kawin anak sepupu ku. Bermalam di Teluk Batik semalam, tak lepas peluang bersopping ke Lumut borong ikan masin, ikan bilis dan lain2 utk di bawa balik.
Lepas tu aku sebok turun naik bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak mengesahkan persiapan ke tanah suci Mekah utk menunaikan fardhu haji tahun ni setelah membuat rayuan utk pergi bersama kakak angkat/jiran aku memandangkan dia pun ibu tunggal dan tidak mempunyai mahram seperti aku. Mula2 dia kena reject kerana baru lagi mendaftar, aku dah tunggu 9 tahun, tapi berkat doa kami agaknye, alhamdulillah dia dapat tawaran utk pergi bersama. Kami telah menghadhiri kursus haji semenjak 2 tahun lepas dan akan berkursus haji Perdana (amali) di Putra Jaya hujung minggu ni selama 2 hari. Walau bagaimanapun kami masih menunggu jadual penerbangan ke Mekah, mungkin kami akan berangkat pada bulan November utk melakukan Haji Tamattuk. Mudah2an di permudahkan segala urusan kami disana, di beri kesihatan yg baik dan dapat melakukan ibadah dengan sempurna insyaallah...
Tiba pulak bulan Ramadhan, aku sebok sepanjang hari, pada tahun ni aku nekad nak masak sendiri utk juadah berbuka puasa kecuali kueh2 mueh aku beli di Bazar Ramadhan. Tapi pada tahun ni aku tak berapa sihat, dapat gastrik hingga muntah2 dari hari mula puasa hingga badan nampak susut dan muka pulak pucat lesi. Selera pun kurang, aku lalu makan bubur lambuk je 2, 3 minggu berpuasa. Terawih aku buat 8 rakaat di rumah je. Datang pulak H1N1, lagi haru..anak bongsu aku Alan pun tersuspect jugak, cemas jugak aku di buat nye tambah la aku sendiri tak berape sihat. Tapi alhamdulillah suspect je tak positive H1N1. Apa2 pun sempat jugak meluangkan masa berbuka puasa dengan anak2 dan kakak angkat aku di luar.
berbuka puasa bersama keluarga
Minggu penghabisan pergi berbuka di rumah adek aku yg baru siap di tanah kami di Paya Jaras.Tanah yg di beli arwah bapak aku tahun 80an kami pecah 7 lot dan adek lelaki aku yg belum ade rumah sendiri telah mengupah kawannye utk membina sebuah mahligai iudaman tapi rupa nye kawan makan kawan..kena tipu dek kawan sendiri hingga terover the budget, dari 200k hingga hampir 300k. Habis simpanan utk menampung menyiapkan rumah yg takut terbengkalai hingga bila rumah siap, duit tak cukup nak beli perabot...terpaksa la beransur2.Kesian...tapi alhamdulillah la jugak kerana tu rumah sendiri yg jauh lebih selesa dari rumah dulu. Puas hati jugak walaupun duit simpanan dah kering..Kami 7 beradek berkumpul bersama keluarga masing2 di rumah nye pada bulan puasa dan hari raya pertama pada tahun ni.

Mahligai idaman adek di Paya Jaras
Hari Raya pertama seperti biasa aku sebok dari pagi sorang2 memasak juadah seperti rendang, nasi empit dan kuah kacang sehari sebelum raya lagi. Biasa la aku takde anak pompuan atau maid, anak2 aku pun semua keje tak dapat cuti. Pagi Raya sebok masak nasi tomato pulak berlauk kan ayam masak merah, dalca dan jelatah timun. Selepas pegi berziarah ke kubur, aku pun relax tunggu keluarga adek2 dan tetamu lain berkunjung hingga ke petang, baru kami berkonvoi pulak ke Paya Jaras hingga larut malam. Lepas raya pertama baru la aku tak duduk rumah beraya ke Seremban, Tampin, PJ dan Setiawangsa ke rumah adek2 dan sanak saudara. Badan yg susut pada bulan puasa dah mula nak naik, selera dah terbukak balik...adoii nak kena diet pulak la ni sebelum aku ke Mekah. Morning walk dah terenti masa sebulan puasa, nak mula balik dah liat...

anak teruna aku Rezza dan Alan beraya



adek beraya bersama keluarga uncle di PJ,
muka uncle (adek arwah bapak) sebijik rupa arwah


Seminggu lepas raya aku beraya bersama kawan2 lama masa di kolej dulu. Dah 34 tahun tak jumpa jadi kami buat reunion gathering kat rumah salah sorang di Kemensah Heights. Itu pun tak semua yg dapat hadhir, hanya 11 orang je termasuk aku, yg lain beraya ke overseas maklum la dia orang pun ramai yg berjaya dan berpangkat sekarang. Ade yg datang dari Bukit Mertajam and Singapore utk menghadhiri gathering ni. Pada mula nye aku malu jugak nak pegi ni, al maklum la dulu muda, cun melecun, sekarang dah jadi org lama, ade yg tak dapat teka aku ni sape...isshkk. Rupe nye bukan aku sorg je yg rasa begitu, ade yg sampai tak datang dek malu nak jumpe. Gathering yg lebih besar akan dibuat pada bulan Oktober akan datang insyaallah, dimana salah sorg dari kami ialah seorg menteri di Sabah yg datang menghadhiri Mesyuarat Agong UMNO nanti. Seronok dapat berjumpa setelah berpisah begitu lama masa di kolej dulu semua nye masih belasan tahun, sekarang dah ramai pulak yg jadi datok dan nenek/opah. Yang berpangkat Dato'/Datin pun ramai tapi perangai macam tu gak, giler2 sikit bila dah berjumpa ramai2. Gambar gathering next posting la, tak sempat nak upload lagi. Mudah2an persahabatan kami akan kekal.Amin!

Wednesday, August 19, 2009

H1N1

Menakutkan..bila baca paper hari2 kematian mangsa wabak H1N1 yang sedang membara sekarang ni bertambah lagi! Ini kah dia yang di katakan salah satu tanda2 akhir zaman?
Ya Allah...selamatkan lah semua rakyat Malaysia dari wabak ni dan jangan la ia terus membunuh dan menular luas...Amin!!

Sunday, July 5, 2009

Kawin jangan tak kawin...

Sebok weh! Sebok giler aku semenjak balik dari Langkawi. Adek pompuan aku mengahwinkan anak pompuan tunggal dia yg cun dan comey (anak dia pun sorg lelaki sorg pompuan)..Jadi sebagai kakak yg sulung aku pun sebok jugak la memandangkan kami dah yatim piatu, dah takde org2 tua... Aku berkhemah kat rumah dia di Seremban 4 hari 3 malam menolong buat persiapan ape yg patut. Tapi tak la sesebok dia anak branak sejak awal tahun ni dah mula membuat persiapan menjelang perkahwinan anak nye minggu lepas. Hantaran, upacara akad nikah, baju pengantin, pelamin, bilik tidur, katering dan macam2 lagi..pening betul aku tengok..belum lagi aku nak menantu aku rase dah tension semacam! Tapi anak aku lelaki, kurang la sikit persiapan nye lagi pun aku nak buat yg simple2 je sekadar yg termampu..Lain la dengan anak sedara aku ni yg buget mak bapak dia stretchable orang kata..Boleh la demand macam2 nak ikut trend sekarang yg ambik wedding planner selibriti yg tengah famous Linda Rahim. Gubahan hantaran je dah beribu tu kira sewa je tu, belum termasuk pelamin, bilik tidur, baju pengantin, kek 3 tingkat dan lain2 lagi...Upacara akad nikah nak buat di Mesjid Wilayah, tak nak kalah tu, macam Datuk Siti Nurhaliza. Nak buat upacara potong kek lepas tu nak lepas burung merpati pulak...Pandai je dia org ni mengatur acara majlis perkahwinan dia org sendiri. Adek aku yg glamer la jugak, ikut je la, maklum la anak pompuan sorg kan...Tapi aku tumpang seronok gak la sebab aku pun takde anak pompuan...
diantara dulang hantaran pihak pompuan yg
ditempah khas

pasangan pengantin setelah di ijab kabulkan
di Mesjid Wilayah
(mudah2an berkekalan sehingga ke akhir hayat..)


pelamin gubahan Linda Rahim
(tilam pun boleh di buat decor...)


konsep garden party di khemah pengantin
(bukan gubahan Linda Rahim tapi dari katerer)



upacara memotong dan menyuap kek di taman





upacara melepaskan burung merpati






3 ekor burung merpati sebelum di bebaskan
(beli di Petaling Street, lepas kan di Seremban...)





sian burung ni..dah dibebaskan pun tak
tau nak pegi mane...
Ni baru kenduri pihak pompuan, pihak lelaki pulak seminggu selepas tu, ia itu malam tadi. Aku tak dapat nak merakamkan upacara yg gilang gemilang tu yg di adakan di dewan Felda Merak Kayangan sebab aku tertinggal kamera di rumah! Ape pun memang banyak belanje la bile mengahwinkan anak ni. Tapi dah tanggungjawab mak bapak kan..kita hanye mampu mendoakan mudah2an perkahwinan mereka akan bahgia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat..kalau tak rugi je duit mak bapak yg telah dicurahkan riban2 utk kenduri yg besar2an tu....
Tahun depan insyaAllah, anak aku pulak nak kahwin setelah bertunang tahun ni. Aku buget nak gubah hantaran dia sendiri. Ye ye je aku ni macam pandai sangat!...tengok buku gubahan hantaran ler...Tapi kalau tak menjadi jugak, aku tolak je kat sepupu2 aku yg dah biase bermenantu. Belum ape2 lagi aku dah pening bile memikirkan persiapan nak kahwin ni...nasib la anak aku semua org yg simple2 je macam mak dia...takde demand2, safe buget sikit!







Tuesday, June 30, 2009

Panggilan Pulau....

Pegi la aku menyendirikan diri, menenangkan jiwa yg tengah gelisah, resah, aaaaaahhhhhh...ke Pulau Langkawi sambil santai dan bersopping!
Sebenor nye memang tak plan pun nak ke Langkawi, secara kebetulan je Noni sms aku petang Khamis tu kalau aku nak ikut dia. Aku ni pantang di ajak olih Noni kemana pun mesti aku tak menolak. Tu la yang best nye bila dah sorang ni, at short notice, can just pack your bag n leave...tambah2 bila jiwa tengah gundah gulana..bagai pucuk dicita ulam mendatang!
Esok nye sebelum jam 7 pagi kami bertolak ke Langkawi tapi tak lupa singgah ke Rawang R&R utk bersarapan dulu. Kami berenam...aku, Noni, anaknye Nici dan 3 lagi kawan2 nye, Astee, Linda dan Cik Jan. Dia orang berempat ni memang best frens semenjak dari Kolej T.Kursiah lagi, kemana2 pun akan berempat sampai ke Jepun mereka melancong. Kali ni mereka mempelawa aku dan Noni bersama. Kereta MPV Unser kepunyaan Astee dipandu bergilir2 oleh dia org ni, sementara aku dan Noni relax kat belakang..maklum la kami ni senior citizen hehehhe..kena la banyak berehat kan...Ape2 pun perjalanan yang sebegitu jauh langsung tak terase bosan atau mengantuk dengan gelagat 4 dara ni yg sentiasa ceria, rioh rendah, ngan pot pet dia org, tak kering gusi dibuat nye! Tup..tup..dah sampai ke Kuala Perlis! Sampai di Langkawi kami menyewa jenis kereta yang sama dan terus menuju ke chalet di Pantai Chenang yang happening!
chalet di Pantai Chenang




depan chalet..Linda, Nici, Astee, Cik Jan
Chalet tu ialah kepunyaan sebuah bank tempat Cik Jan bekerja seperti di Terengganu dulu..memang first class dengan pantai yg cantek dan bersih, swimming pool yg melambai2 kami utk merendamkan badan setiba kami disana. Sementara si puteri 4 merendamkan badan, aku dan Noni merebahkan badan utk berehat sebelum keluar makan malam...Kami disitu selama 4 hari 3 malam berjalan keliling pulau ke tempat2 yg menarik seperti Pekan Kuah utk bersopping, Cable Car, Beras Terbakar utk bersopping lagi, dan mencari tempat makan di merata tempat..memang seronok, lupa segala masaalah! Di Langkawi cuaca memang lebih panas sehingga aku demam selsema dan dapat souvenir sakit tekak kerana asyik meneguk air sejuk siang dan malam!



hari mendung gelap nak hujan di Dataran Helang



Noni atas floating jetty di pantai Berjaya Resort



kawasan santai di tepi swimming pool Berjaya Resort




Rebak Marina





puteri 4 di swimming pool chalet
sebelum berendam..Cik Jan, Astee, Linda, Nici





Langkawi Cable Car..Astee, Cik Jan, Linda, Nici dan Noni

Sopping punye sopping..lupa yg boot kereta MPV kami sempit dengan muatan yg bertambah dan masing2 membeli barang2 duty free seperti coklat, minyak wangi, rokok dan pinggan mangkuk! Terpaksa la duduk bertiga satu row sementara seat belakang hanya boleh duduk sorang je memandangkan beg kami telah beranak pinak dan bercucu cicit! Walau bagaimanapun, sebelum balik ke KL Astee bawak kami singgah Alor Setar (dia org sana) utk menikmati rojak dan mee rebus istimewa di sana dan ke pasar Rabu utk membeli belah lagi!


Thursday, June 18, 2009

Menyendiri kan diri...

Kenape? mengape? emmm takpe la...aku nak merapu jap.
Sepi, sunyi, biar la ku menyepi, menyendiri, mengundur diri jauhhh2 kalau boleh..tak mau jumpe lagi walau di pujuk rayu..Tanye ape pun tak jawab.Macam la susah sangat nak jawab. Cakap sayang..tapi macam ni ke sayang? Aku pun ade hati dan perasaan, tak kan nak mengalah je bila kau tunjuk ego.Huh ego lelaki! Bosan aku la...
Mula la aku rase nak pegi jauh2 dok sorg2 membawa hati yg lara..kat cerok ngtah mane..dok kat pulau ke...
Trit..trit..trit..trit..weh jom pegi jalan2 cari makan kat pulau?
Yeayy! pucuk di cita ulam mendatang akhir nye! Aku dan Noni nak ke Pulau Langkawi esok..yeayy..yeayy!
Emmm..tinggal la kau. Aku pun nak menyendiri, kau ingat kau sorg je leh buat...Lain kali kau tanye pun aku malas nak jawab. Balas balik beb!
Ikuti kisah selanjut nye bila aku balik minggu depan....

Sunday, April 5, 2009

Le Tour de Pilah...

Jom ikut pegi kebun di Kuala Pilah esok, breakfast in Seremban.I pick u around 8am!

Sebelum jam 8 pg aku dah sedia menunggu depan rumah dengan bagpack yg comel berisi sepersalinan, tuala dan telekong, topi kebun dan air mineral sebotol. Yeye je macam aku yg nak pegi menebas di kebun tu. Aku, Noni dan suami nye Mat Nor terus ke Seremban, singgah di Rasah makan mee kari ayam goreng tepi jalan..sedap! Kemudian terus ke rumah Mat Nor, sebuah taman utk mengambil pokok2 yg nak dibawa ke kebun.Terpegun aku tengok rumah dia yg penuh dengan pokok2 bunga pelbagai jenis subur tumbuh di taman dan yg menjalar di pegola depan rumah. Semua nye di tanam oleh Mat Nor bukan Noni. Dia bukan saja rajin mencangkul di padang golf sekurang2nye 3 kali seminggu tapi rajin berkebun di laman rumah dan di kebun nya di Kuala Pilah.
Sampai di pekan Kuala Pilah aku dan Noni terus ke pasar utk membeli cendol, rojak dan mee rebus yg terkenal disitu utk bekal ke kebun. Bile lalu disitu aku mengimbas kembali zaman kanak2 ku semasa arwah bapak yg seorg anggota polis bertukar kesana dan aku bersekolah dalam darjah 2 ketika tu..seronok betul masa tu! Bila cuti sekolah berkunjung ke kampung jiran di Tanjong Ipoh dan mandi di sungai tepi sawah. Mungkin disitu lah mula nya minat aku dengan suasana kampung yg aman dan damai...

Noni duk berehat dipondok




Wah cantek sungguh pondok di kebun Noni siap dengan api air, dapor, bilik air dan anjung yg comel.Teringin aku nak buat macam ni di tanah aku di Paya Jaras nanti. Tapi bile aku tanye anggaran kos pembinaan pada Yusof kawan Mat Nor, dalam RM32 ribu! Fuuh! mahal nye macam nak buat rumah setinggan tapi kalau buat dengan batu blok murah sikit kata nye..Emmmm tengok la dulu kalau ade bajet boleh la buat...Aku boleh duk sorg2 kat situ walaupun anak2 aku tak mau ikut, dia org ni anak2 bandar city born and bred! Aku memang suka suasana kampung yg tenang dan dikelilingi oleh pokok2. Prof pun ade cadangan nak buat calet atau pondok macam ni jugak di Jeram nanti...




salah satu dari 3 kolam ikan di kebun yg di diami oleh lampam, talapia dan haruan



Noni dan Mat Nor di anjung beristirehat




makan time! mangga, rojak dan mee rebus....
Mat Nor mengupah Yusof org kampung disitu untuk menebas dan menengok2 kebun nya dan Mat Nor akan ke
kebun bila tak menebas di padang golf sebulan 2 kali. Pelbagai jenis pokok buah2an, herba dan bunga yg di tanam nya. Mane2 pokok yg Noni tak mau di rumah nya di Ampang Jaya, Mat Nor akan tanam di rumah Seremban nya atau di kebun. Kebanyakan pokok buah2an spti durian, dokong, langsat, rambutan, nangka dan cempedak sedang berbunga atau berputek dengan lebat nya. Tapi Noni kata susah nak dapat merasa buah2an bila tiba musim buah..kalau tak dicuri org, akan ditebok monyet. Kalau nak merasa pun durian hanya sisa2 monyet je...




pokok petai depan pondok






banyak pokok durian yg tengah lebat berputek

Di kebun ada 3 kolam ikan yg dulu di penuhi ikan lampam, talapia dan haruan. Tapi sekarang dah tinggal cucu cicit nya saja kerana Mat Nor sebok di padang golf semenjak dah pencen. Dulu dia keja di balai polis Kuala Pilah sementara Noni keja di KL, jadi banyak masa nya dihabiskan di kebun. Memang Mat Nor asal dari Kuala Pilah. Bila dia dah pencen duk di rumah Noni beli di Ampang dan banyak masa nya dihabiskan di padang golf...tu yg Noni selalu merungut, ingatkan dah pencen boleh la together2 pegi melancong ke. Jadi aku la yg jadi teman melancong Noni selalu nya...


kolam terbesar disini




Noni tengah bagi makan ikan




memetik daun pokok asam gelugor (jawa)


Sementara Mat Nor dan Yusof menebas semak samun, menyapu, membakar sampah dan menanam pokok di kebun, aku dan Noni duk bersantai di anjung dengan deruan angin kipas (kalau tak memang panas berpeloh2!) sambil menikmati air cendol yg sejuk dan buah mangga yg manis sambil membelek2 surat kabar..emmm indah nya hidup! Dah bosan duduk, aku pun memetik kamera ku di keliling kebun utk kenangan. Noni ajak aku bagi makan ikan kemudian memetik daun pokok asam jawa (gelugor) utk dibuat masak lemak ikan..first time aku dengar masakan macam ni. Sebelum balik, kami mandi manda dan solat. On the way back singgah di kampung utk membeli telur ayam kampung, pastu Mat Nor mengutip taik lembu kering utk dibuat baja pokok2 bunga nya (memang rajin sungguh dia) dan ketika hujan lebat kami beredar dari situ dengan berjanji akan kembali bersama mengutip hasil buah2an pada bulan Jun nanti, insyaAllah....


telur ayam kampung


Kami singgah di Istana Seri Menanti utk melawat tapi dah tutup. Pastu singgah makan Sate Kajang di Senawang. Teruskan perjalanan ke KL dengan Mat Nor memecut laju macam Grand Prix F1 takut jem bila tiba di tol Sg Besi nanti..kecut perut aku! Tepat jam 8 kami sampai di Ampang setelah sehari berjalan di Kuala Pilah membawa balik kenangan yg manis...







Tuesday, March 3, 2009

EGO!!

NYAMPAHHHH! Ego nak mampuih! Nyesal aku jumpe si mamat ni. Cakap dia je yg betul! Konon dia la yg terer, dia la yg hensem, dia la yg di gilai pompuan. Huh..kalau camtu la ego org yg desperate je la yg tergila2...meluat tul aku!
Oops..im sorry! Terkutok la pulok. Nape la lelaki skrg ni ego semacam. Ingat dia org ni best sangat ke? Cakap tak nak kalah, tapi nak mintak pendapat aku. Bila di beri pendapat, cakap pulak aku ni counselor yg tak baguih! Aku tak apply pun nak jadi counselor dia, aleh2 je dia nak cerite hal konon anak dara 28 tahun tergile2 kan dia, melamar dia kawin..sanggup bermadu! Cisss! Pastu cerita isteri dia dah berubah perangai semenjak dia mintak izin nak kawin lagi satu. Pompuan mane la yg tak terluka bila laki dah nak kawin lain! Walaupun ade yg setuju nak dapat payung mas, in reality, hati mesti terguris, hancur berkecai, bertahun2 susah senang, aleh2 bila dah senang nak kongsi ngan yg lebih muda...ishk! Terima madu pun kerana dah takde choice, no way out!
Aku ni cakap straight forward je...nasihat kan jer supaya dia beringat yg madu ni manis nye sekejap je. Lepas tu penin kapla la hang! Dari mula lagi isteri dah memberontak, walau bagi duit byk mane pun hati tu masih terbuku..esok2 mane nak layan kerenah isteri muda lagi, kerenah isteri tua lagi..lama2 hang stress, mane stress ngan keje lagi, rumah tangga lagi, muda2 dah gol kena sakit jantung! Mampuih hang tergolek dok! Padan muke..
Kalau nak dengar pendapat yg menyokong kata aku setuju sangat ko kawin lagi satu..mesti la kena tanye pendapat org lelaki! Pasti setuju ngan sebulat suara, siap angkat tangan dan kaki lagi kan! Buat pe tanya kat aku yg dah jadi ibu tunggal semenjak azali lagi...Ke dia nak cerita kat aku tu nak menunjuk kan dia tu tersangat lah hemsem dan macho nye hingga ramai anak2 dara yg tergile2, yg dia berkawan ngan aku ni setakat nak jadi kan tempat mengadu domba la konon! Cara dia bermegah2 pun aku dah tau ego nye melangit tinggi...well im not impressed with yr smart uniform k!
Eh apesal pulak aku marah2 ni..tapi memang bengang betul bile dengar dia bercerite dengan megah nye! Dalam hati bile dia dah kata aku counselor tak baguih..ermmm lantak ngko la Labu woii, ngko yg cari pasal!
Im sorrryyyyyy.....

Tuesday, February 17, 2009

Ganu kito..

Ni kali kedua aku ke Terengganu. Pada tahun 2008 aku kesana menaiki bas sorg2 dan bertemu dengan kawan di Kuala Terengganu. Kali ni bersama Noni dan Nici (anak Noni) dan Ijan (kawan Nici) dengan keta Kelisa Noni yg dipandu olih Nici. Lepas breakfast di NZ di Wangsa Maju (first time aku dn Noni kesitu), kami terus ke Lebuhraya Utara-Selatan singgah di Kuala Kangsar mencari kerepek pisang yg budak2 ni kata sedap yak amat2..tapi malang sekali gerai nye takde hari tu (kecur air liur!). Bebudak ni memang dah plan nak lalu jalan Lenggong, Grik ke Jeli, dan terus ke Setiu utk bermalam. Aku pun tak penah lalu jalan ni. Penah aku dengar macam2 cerite pasal lebuhraya Timur-Barat ni..menyeramkan..tapi tu mungkin pd mula2 bukak la agaknye bukan sekarang. Walau bagaimanapun jalan ni patut ditempuhi waktu siang hari...banyak lori balak dan melalui hutan belantara tebal dikiri kanan. Kami singgah makan tengahari di Lenggong. Paling indah bila kami melintasi jambatan disebuah tasik (tak ingat name nye)...sungguh menakjubkan! Tapi aku rase jalan ni lagi jauh dari jalan ke Kuantan.
aksi nakal Ijan dan Nici di Hutan Belum Resort


di atas jambatan kiri kanan tasik

jalan menuju ke Jeli dari Grik lepas jambatan di tengah
tasik dibawah ni


di Jeti nak ke Pulau Banding di tengah tasik dekat Grik



kawasan chalet di Penarik Inn





chalet batu sebelah kami yg ade aircon dn Astro utk 4 org



chalet yg agak besar yg ade anjung di Penarik Inn..



Kira2 pukul 6.30 ptg kami sampai di Penarik Inn Setiu kawasan pantai yg dimiliki oleh kawan suami Noni PakChu dn Kak Ana. Mereka membeli tanah ni pd tahun 1986 dan mendirikan rumah mereka dan beberapa buah chalet kecik dan besar disitu. Pantai nye private, masih bersih dan cantik. Kami berempat diberi satu rumah yg besar memuatkan bilik air dan 2 buah double bed yg selesa walaupun takde aircon.Lepas mandi kami duk ditepi pantai yg nyaman menikamati suasana yg indah bile matahari turun. Sayang sekali esok nye kami nak bertolak ke Kota Bharu utk shopping dan terus pulak ke Kuala Terengganu kalau tak, mesti kami akan mandi manda di pantai dulu. Noni kata mesti nak datang lagi tuk duk seminggu baru boleh puas menikmati keindahan pantai..just to laze around n read novels then eat n sleep! Wah tentu seronok sekali kan....



duk tepi pantai sambil menikmati keindahan matahari turun dikawasan pantai Penarik Inn




makan bawah pokok yg rendang dgn latar balakang kan pantai yg cantek, bersih, air laut
yg biru hijau dgn tiupan angin yg menyegarkan..sungguh nyaman



makan tengahari di tepi pantai Penarik, Setiu satu makanan istimewa iaitu sotong goreng,
ikan goreng yg fresh dan panas tentunye menyelerakan...dalam 15 mins semua selesai!


Pasar Kepayang macam2 adaaa, rambang mata nak pilih..


Setiba di Kuala Terengganu kami terus menuju ke Pasar Kepayang utk bershopping lagi. Org kata batek Terengganu lagi halus dan cantik dari batek Kelantan tapi dah tentu harga nye lebih mahal pulak..Batek ni aku tak berape minat nak beli sebab kat rumah pun ade beli 3 helai batek Terengganu masih duk dalam beg tak hantar tailor lagi. Aku beli buah2 utk dimakan di chalet nanti dan 5 biji telur penyu (mak aiii..RM20 tuk 5 biji!)yg memang aku teringin nak makan macam org tengah mengidam..utk bawak balik KL.

chalet di Batu Burok tepi pantai..



Setelah bershopping di Pasar Kepayang hingga larut petang kami terus ke chalet yg telah ditempah olih Ijan (dia keja di salah satu bank di KL) di Batu Burok..free of charge lagi! Tapi kat sini lebih selesa ngan aircon dan Astro. Selesai mandi manda, malam kami keluar pulak utk dinner tapi tak payah pegi jauh2 sebab kawasan tu memang byk tempat makan.




keropok Losong kalau tak beli tak sah...




Esok pagi nye, kami mencari keropok Losong utk bawak balik. Kami menyusur jalan pantai menuju ke Kuantan terus ke Kuala Lumpur selepas menikmati breakfast nasi dagang. Di Cukai Kemaman kami singgah minum lagi makan roti bakar dan kopi ais pulak. Dalam pukul 3 ptg kami tiba di Mentakab utk makan tengahari. Satu pekan kami pusing nak cari kedai makan Melayu..susah betul tapi bila jumpa lauk pauk semua dah habis maklum la tu je aku rase satu2 nye kedai Melayu kat situ. Pusing lagi jumpa kedai mamak...ramai betul org dari berbagai bangsa menikmati makanan istimewa disitu iaitu cendol dan mee goreng. Lepas makan kami teruskan perjalanan balik mengikut jalan lama kemudian masuk balik Karak Highway dan tiba di rumah pd 6.30 ptg. Letih tapi seronok berjalan kali ni bersama Noni, Nici dan Ijan. Tapi budak2 tu memang selalu together2 ngan kawan2 dia org jalan2 cari makan. Aku dengar dia org dan kawan2 yg lain akan ke Jepun pd bulan April nanti. Bila pulak aku dan Noni nak buat trip macam ni lagi..insyaAllah kalau ade rezeki, panjang umor dan diberi kesihatan yg baik kami akan berjalan2 cari makan lagi! Jauh jugak kami berjalan dari Selangor ke Perak, ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan ke Selangor balik!


Saturday, February 7, 2009

Bertunang kite weh..



adat org Perak..tepak sireh jadi kepala hantaran masa merisek/meminang






3 bentok cincin..cincin adat, merisek/meminang dn cincin tunang
bakal menantu org nogori..


Tepak sireh menjadi kepala hantaran di iringi cincin 3 bentok. Kite bagi 5 dulang dia balas 7 dulang..begitu la acara pertunangan anak teman yg kedua Rezza pada Ahad lepas bersama gadis pilihan hati nye. Upacara ni dihadiri oleh adek bradek dan sahabat handai yg rapat saje termasuk Noni. Di rumah ku diadakan sedikit makan2 selepas sembahyang zohor berjemaah, dibaca doa selamat semoga segalanye urusan berjalan lancar dan selamat. Alhamdulillah majlis selamat semua nye walaupun hujan yg lebat setiba kami di rumah bakal menantu. Majlis rengkas ni merangkumi acara merisek, meminang dan sekali gus bertunang. InsyaAllah tahun depan akan dilangsungkan kenduri kawin nye...



bakal menantu kite weh...selepas upacara menyarungkan cincin



Tuesday, January 27, 2009

Go round the mulberry bush..

Here we go round the mulberry bush..the mulberry bush..the mulberry bush...here we go round the mulberry bush so early in the morrrrning....
Itu la bunyi nursery rhyme yg penah aku nyanyi bersama budak2 tadika bila buat pratikal di dua buah tadika semasa mengikuti kursus Pra Sekolah selama setahun dulu. Tak terfikir langsung macam mana ke rupe pokok mulberry ni atau pada satu hari nanti aku akan menanam nye. Setelah berkecimpong dalam bidang pokok2 temperate bersama kawanku Prof Abdul Wahab Arba'ain baru aku tau yg pokok ni dulu dia dapat dari dalam hutan di negeri kita yg tumbuh meliar bukan di impot dari negeri temperate. Tapi mungkin asal nye dari negeri temperate jugak yg telah dibawa masuk oleh penjajah zaman dulu tapi aku tak tanye dengan lebih lanjut pasal tu. Pokok nye sekali pandang macam pokok bunga raya sebab daun nye serupa.


mulberry bush yg tumbuh sehat dan tinggi depan rumah

Prof kata yg pokok2 ni boleh tumbuh tinggi melepasi bumbung rumah atau setinggi pokok kelapa dan akan berbuah sekurang2 nye 4 kali setahun. Dia akan berbuah lebih cepat dan rendang jika di cantas dahan2 nye. Aku mula menanam 6 pokok mulberry pada tahun lepas di depan rumah luar pagar dan alhamdulillah telah menikmati buah nye yg manis sebanyak 3 kali. Tapi pada kali ni yg terakhir aku mencantas sebelum hari raya haji tahun lepas, buah nye lebih lebat dan besar2 dari yg dulu. Buahnya sebesar ibu jari dan berwarna merah seperti strawberry tapi bila dah masak ia akan bertukar menjadi hitam atau dark purple macam black currant dan tersangat manis boleh dimakan begitu saje atau di kisar buat jus atau masak jadikan jem.






pokok2 mulberry diluar pagar yg tinggi melepasi bumbung garaj setelah dicantas sebelum
raya haji dan terus mengeluarkan buah yg lebat tiap2 sebiji sebesar ibu jari

Batang2 mulberry yg dicantas akan disemai utk dijadikan benih baru. Banyak yg telah disemai tapi banyak jugak yg telah dibagi pd kawan dan sanak sedara. Ia sungguh senang di tanam, hanye semai dalam pasir dan akan mula bertunas dalam masa seminggu. Pokok2 yg ku tanam hanye dibaja sekali dengan baja tahi ayam semasa aku mengubah dari pasu ke laman rumah dan tidak memerlukan penjagaan yg susah dan rumit. Daun nye tak penah aku tengok kena makan serangga. Mengikut Prof, hanye ulat sutera je yg makan daun nye tu la ia dipanggil pokok sutera. Buah nye dimakan, daun nye (pucuk muda) pulak boleh di buat jerok dan rempeyek seperti rempeyek bayam yg kita tengok dipasar2 tani.










pokok2 yg tengah lebat berbuah belum masak utk dipetik. Masa ni buah
akan merasa masam manis mcm strawberry. Bila masak akan menjadi
hitam/dark purple dan sangat manis



pokok yg baru dicantas mula berbunga dan berputek


buah mulberry yg dah masak dan 3/4 masak setelah dipetik. Kalau tak
petik buahnye akan gugur dan busuk ditanah

Aku bercadang utk menanam lebih banyak pokok2 mulberry di keliling rumah dan di tanah aku di Paya Jaras sebagai pagar dari terbiar kosong. Sekurang2 nye tak la nampak semak samun dan berlanskap sikit...