Tuesday, February 17, 2009

Ganu kito..

Ni kali kedua aku ke Terengganu. Pada tahun 2008 aku kesana menaiki bas sorg2 dan bertemu dengan kawan di Kuala Terengganu. Kali ni bersama Noni dan Nici (anak Noni) dan Ijan (kawan Nici) dengan keta Kelisa Noni yg dipandu olih Nici. Lepas breakfast di NZ di Wangsa Maju (first time aku dn Noni kesitu), kami terus ke Lebuhraya Utara-Selatan singgah di Kuala Kangsar mencari kerepek pisang yg budak2 ni kata sedap yak amat2..tapi malang sekali gerai nye takde hari tu (kecur air liur!). Bebudak ni memang dah plan nak lalu jalan Lenggong, Grik ke Jeli, dan terus ke Setiu utk bermalam. Aku pun tak penah lalu jalan ni. Penah aku dengar macam2 cerite pasal lebuhraya Timur-Barat ni..menyeramkan..tapi tu mungkin pd mula2 bukak la agaknye bukan sekarang. Walau bagaimanapun jalan ni patut ditempuhi waktu siang hari...banyak lori balak dan melalui hutan belantara tebal dikiri kanan. Kami singgah makan tengahari di Lenggong. Paling indah bila kami melintasi jambatan disebuah tasik (tak ingat name nye)...sungguh menakjubkan! Tapi aku rase jalan ni lagi jauh dari jalan ke Kuantan.
aksi nakal Ijan dan Nici di Hutan Belum Resort


di atas jambatan kiri kanan tasik

jalan menuju ke Jeli dari Grik lepas jambatan di tengah
tasik dibawah ni


di Jeti nak ke Pulau Banding di tengah tasik dekat Grik



kawasan chalet di Penarik Inn





chalet batu sebelah kami yg ade aircon dn Astro utk 4 org



chalet yg agak besar yg ade anjung di Penarik Inn..



Kira2 pukul 6.30 ptg kami sampai di Penarik Inn Setiu kawasan pantai yg dimiliki oleh kawan suami Noni PakChu dn Kak Ana. Mereka membeli tanah ni pd tahun 1986 dan mendirikan rumah mereka dan beberapa buah chalet kecik dan besar disitu. Pantai nye private, masih bersih dan cantik. Kami berempat diberi satu rumah yg besar memuatkan bilik air dan 2 buah double bed yg selesa walaupun takde aircon.Lepas mandi kami duk ditepi pantai yg nyaman menikamati suasana yg indah bile matahari turun. Sayang sekali esok nye kami nak bertolak ke Kota Bharu utk shopping dan terus pulak ke Kuala Terengganu kalau tak, mesti kami akan mandi manda di pantai dulu. Noni kata mesti nak datang lagi tuk duk seminggu baru boleh puas menikmati keindahan pantai..just to laze around n read novels then eat n sleep! Wah tentu seronok sekali kan....



duk tepi pantai sambil menikmati keindahan matahari turun dikawasan pantai Penarik Inn




makan bawah pokok yg rendang dgn latar balakang kan pantai yg cantek, bersih, air laut
yg biru hijau dgn tiupan angin yg menyegarkan..sungguh nyaman



makan tengahari di tepi pantai Penarik, Setiu satu makanan istimewa iaitu sotong goreng,
ikan goreng yg fresh dan panas tentunye menyelerakan...dalam 15 mins semua selesai!


Pasar Kepayang macam2 adaaa, rambang mata nak pilih..


Setiba di Kuala Terengganu kami terus menuju ke Pasar Kepayang utk bershopping lagi. Org kata batek Terengganu lagi halus dan cantik dari batek Kelantan tapi dah tentu harga nye lebih mahal pulak..Batek ni aku tak berape minat nak beli sebab kat rumah pun ade beli 3 helai batek Terengganu masih duk dalam beg tak hantar tailor lagi. Aku beli buah2 utk dimakan di chalet nanti dan 5 biji telur penyu (mak aiii..RM20 tuk 5 biji!)yg memang aku teringin nak makan macam org tengah mengidam..utk bawak balik KL.

chalet di Batu Burok tepi pantai..



Setelah bershopping di Pasar Kepayang hingga larut petang kami terus ke chalet yg telah ditempah olih Ijan (dia keja di salah satu bank di KL) di Batu Burok..free of charge lagi! Tapi kat sini lebih selesa ngan aircon dan Astro. Selesai mandi manda, malam kami keluar pulak utk dinner tapi tak payah pegi jauh2 sebab kawasan tu memang byk tempat makan.




keropok Losong kalau tak beli tak sah...




Esok pagi nye, kami mencari keropok Losong utk bawak balik. Kami menyusur jalan pantai menuju ke Kuantan terus ke Kuala Lumpur selepas menikmati breakfast nasi dagang. Di Cukai Kemaman kami singgah minum lagi makan roti bakar dan kopi ais pulak. Dalam pukul 3 ptg kami tiba di Mentakab utk makan tengahari. Satu pekan kami pusing nak cari kedai makan Melayu..susah betul tapi bila jumpa lauk pauk semua dah habis maklum la tu je aku rase satu2 nye kedai Melayu kat situ. Pusing lagi jumpa kedai mamak...ramai betul org dari berbagai bangsa menikmati makanan istimewa disitu iaitu cendol dan mee goreng. Lepas makan kami teruskan perjalanan balik mengikut jalan lama kemudian masuk balik Karak Highway dan tiba di rumah pd 6.30 ptg. Letih tapi seronok berjalan kali ni bersama Noni, Nici dan Ijan. Tapi budak2 tu memang selalu together2 ngan kawan2 dia org jalan2 cari makan. Aku dengar dia org dan kawan2 yg lain akan ke Jepun pd bulan April nanti. Bila pulak aku dan Noni nak buat trip macam ni lagi..insyaAllah kalau ade rezeki, panjang umor dan diberi kesihatan yg baik kami akan berjalan2 cari makan lagi! Jauh jugak kami berjalan dari Selangor ke Perak, ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan ke Selangor balik!


2 comments:

p3chandan said...

MAAF LA ADE TYPO ERROR KAT BLOG..PASAR PAYANG BUKAN PASAR KEPAYANG..NANTI MARAH ORG GANU PULAK

dayah rahman said...

chalet di pantai batu burok tuh apa nama dia ye?