Pegi la aku menyendirikan diri, menenangkan jiwa yg tengah gelisah, resah, aaaaaahhhhhh...ke Pulau Langkawi sambil santai dan bersopping!
Sebenor nye memang tak plan pun nak ke Langkawi, secara kebetulan je Noni sms aku petang Khamis tu kalau aku nak ikut dia. Aku ni pantang di ajak olih Noni kemana pun mesti aku tak menolak. Tu la yang best nye bila dah sorang ni, at short notice, can just pack your bag n leave...tambah2 bila jiwa tengah gundah gulana..bagai pucuk dicita ulam mendatang!
Esok nye sebelum jam 7 pagi kami bertolak ke Langkawi tapi tak lupa singgah ke Rawang R&R utk bersarapan dulu. Kami berenam...aku, Noni, anaknye Nici dan 3 lagi kawan2 nye, Astee, Linda dan Cik Jan. Dia orang berempat ni memang best frens semenjak dari Kolej T.Kursiah lagi, kemana2 pun akan berempat sampai ke Jepun mereka melancong. Kali ni mereka mempelawa aku dan Noni bersama. Kereta MPV Unser kepunyaan Astee dipandu bergilir2 oleh dia org ni, sementara aku dan Noni relax kat belakang..maklum la kami ni senior citizen hehehhe..kena la banyak berehat kan...Ape2 pun perjalanan yang sebegitu jauh langsung tak terase bosan atau mengantuk dengan gelagat 4 dara ni yg sentiasa ceria, rioh rendah, ngan pot pet dia org, tak kering gusi dibuat nye! Tup..tup..dah sampai ke Kuala Perlis! Sampai di Langkawi kami menyewa jenis kereta yang sama dan terus menuju ke chalet di Pantai Chenang yang happening!
chalet di Pantai Chenang
depan chalet..Linda, Nici, Astee, Cik Jan
Chalet tu ialah kepunyaan sebuah bank tempat Cik Jan bekerja seperti di Terengganu dulu..memang first class dengan pantai yg cantek dan bersih, swimming pool yg melambai2 kami utk merendamkan badan setiba kami disana. Sementara si puteri 4 merendamkan badan, aku dan Noni merebahkan badan utk berehat sebelum keluar makan malam...Kami disitu selama 4 hari 3 malam berjalan keliling pulau ke tempat2 yg menarik seperti Pekan Kuah utk bersopping, Cable Car, Beras Terbakar utk bersopping lagi, dan mencari tempat makan di merata tempat..memang seronok, lupa segala masaalah! Di Langkawi cuaca memang lebih panas sehingga aku demam selsema dan dapat souvenir sakit tekak kerana asyik meneguk air sejuk siang dan malam!
Noni atas floating jetty di pantai Berjaya Resort
kawasan santai di tepi swimming pool Berjaya Resort
Rebak Marina
sebelum berendam..Cik Jan, Astee, Linda, Nici
Langkawi Cable Car..Astee, Cik Jan, Linda, Nici dan Noni
Sopping punye sopping..lupa yg boot kereta MPV kami sempit dengan muatan yg bertambah dan masing2 membeli barang2 duty free seperti coklat, minyak wangi, rokok dan pinggan mangkuk! Terpaksa la duduk bertiga satu row sementara seat belakang hanya boleh duduk sorang je memandangkan beg kami telah beranak pinak dan bercucu cicit! Walau bagaimanapun, sebelum balik ke KL Astee bawak kami singgah Alor Setar (dia org sana) utk menikmati rojak dan mee rebus istimewa di sana dan ke pasar Rabu utk membeli belah lagi!
2 comments:
Salam,
Waahh, syoping sakan. Berehat dan mandi manda kat laut memang menyeronokkan.
AWR.
Alhamdulillah Prof..sambil2 tu mengiratkan lagi silaturrahim antara sahabat..
Post a Comment