Monday, December 20, 2010

Bersantai di Pantai..

Pagi Sabtu kemarin tetiba je anak dan menantu mengajak pegi ke Port Dickson untuk bersantai, kalau dapat bilik, kami tido la semalam, kalau tak, kami balik le petang nanti. Kebetulan hari tu aku masak cepat, ingatkan dia orang keje tengahari. Jadi berangkut le semua lauk pauk untuk pegi picnic di PD! Sampai sana, terus pegi ke Seri Malaysia tanyakan bilik,....full house! Kami menghala ke Telok Kemang, ramai sungguh maanusia membanjiri pantai, hotel pun nampak nye penuh hingga parking melempah ke tepi jalan. Maklum la tengah cuti sekolah...Setelah dapat bilik dekat2 ngan Hotel Lido, kami pun terus ke pantai untuk berkelah dan mandi manda sebelum cek in petang nanti. Nasib baik hari tak berapa panas, jadi ramai yang tak lepas peluang berendam di laut...Tapi air tak biru kehijau2an macam dulu2, sekarang air nye keruh kehitaman! Anak aku bile tengok air keruh rase macam tak nak mandi, tapi dah sampai sana, ngdak tak ngdak, mandi jugak laa...Aku dok tepi, relax le...ape lagi! Mood nak mandi laut dah hilang bila dah tua2 ni..kalau dulu, pantang tengok air, mesti nak terjun!
sempena cuti sekolah ni, ramai yang bawak famili pegi bersantai


hari mendung macam nak hujan..




anak dan menantu lepas mandi..




bekal lauk pauk, sambal belacan dan ulam tak tinggal..lagi berselera makan tepi laut ngan angin yang meniup sepoi2 bahasa...





petang baru cek in kat hotel dekat ngan pantai..




pemandangan dari balconi tingkat 3 bilik kami, anak dan menantu tak naik tapi terus ke swimming pool sambung mandi manda lagi...




pemandangan terus ke pantai

Malam minggu kami keluar cari makan pulak sambil menyusur pantai dengan kereta tengok2 di kawasan Port Dickson di malam hari. Pasar malam ade, tempat makan pun banyak, kereta tak putus, maanusia pun penuh sesak. Perut masih kenyang lagi, jadi kami singgah ke Fun Fair saje tengok2. Dah berpuloh tahun aku tak ke Fun Fair ni. Macam2 adaaa...!!

Ferris wheel...tak penah aku naik bende ni..takut gayat!




permainan tangkap anak itik..



permainan dart




rumah hantu..takde orang masuk pun!



kereta langgar

Bila tengok permainan2 yang ade kat sini, mengimbau kembali kenangan mase kecik2 dulu bila mak ayah bawak kami ke Fun Fair macam ni. Tak banyak yang berubah, cuma kugiran live takde pulak! Dulu2 rockers banyak yang nyanyi kat Fun Fair macam ni. Kuda pusing ade, kereta langgar ade, Ferris wheel semesti nye ade, pastu permainan tikam2 pun banyak, ramai jugak yang berkunjung, pasal kalau di bandar seperti KL dah takde Fun Fair macam ni. Budak2 sekarang suke melepak di shopping2 kompleks je, jadi Fun Fair dah tak laku kot!






Friday, December 10, 2010

Simple tapi sedap...

2, 3 hari ni tekak rase nak makan lauk yang simple2. Muak dah makan daging, ayam, sotong, udang. Masak kicap, gulai, lemak, tom yam... Semalam dah turunkan betik muda 2 biji ingat nak culik ngan kuah rojak Mak Bee dan satu lagi nak masak sayur air je. Aku nak campur ngan lobak putih my faverit, lobak ni memang bagus untuk cuci buah pinggang orang kata. Kalau dapat penyakit kencing kotor selalu la makan lobak ni, direbus buat sayur atau blender dan minum air nye. Penyakit ni kalau tak cepat di cegah lama2 boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

ni lauk pauk aku hari ni....simple but nice!





betik muda dan lobak putih untuk sayur masak air
Dah potong2 betik muda dan lobak tadi, masuk dalam periuk, bubuh air untuk dibuat kuah nye, campak sikit ikan bilis, belah memanjang cili masak, bawang besar dihiris, sesiat daun kunyit, garam dan gula secukup rase....dah siap!




hah ni dia sayur kegemaran aku...no calories!





Ni pun faverit aku...masak orang nogori sembilan. Tak tau name dia tapi aku tau masak je, belajar kat kawan dari sana. Pucuk ubi, pucuk labu, petai, daun kunyit, serai, cili api, kunyit hidup, ikan bilis, santan kelapa dan yang penting sekali....tempoyak! Masak sampai tinggal kuah sikit je. Kalau aku masak ni, aku akan masak sekali sekuali, pastu masuk dalam tuperware kecik2 dan simpan dalam freezer, bila nak makan aku keluarkan satu2 dan perangatkan. Ade gak bagi kat jiran sebelah atau Noni, anak2 aku pun suke. Kalau aku takde selera makan, aku mesti nak cari masakan ni..bau tempoyak dia je pun dah membukak selera!


ini ade lah kemestian kat rumah...sambal belacan limau kasturi!



hari ni nak makan simple..ikan kembong goreng!

Okay...aku dah nak makan ni...bau tempoyak dan sambal belacan dah menusuk hidung memanggil2 untuk memulakan acara makan tengahari sorang2! Anak2 semua pegi makan kenduri kawan dia orang kawin...Selamat berhujung minggu semua!




Saturday, December 4, 2010

Musim hujan, musim demam..

Boleh di katakan hari2 pun hujan, tak siang, hujan malam...Kain basuh pun tak kering, lembab, sejuk, pastu masam..nak kena basuh balik! Tapi malam tido sedap sikit, nyaman, tak payah pasang ekon, kipas pun selow je..
Musim hujan, sejuk sampai ke tulang, yang tak tahan boleh sempot. Bukan orang je yang sakit demam, tapi pokok2 pun habaih hancus, reput kena hujan. Tapi tak payah la siram pokok bila dah hujan tiap2 hari. Kucing2 aku pun kena demam selsema, sian dia orang, moyok je, tak mau makan, bukan tak mau, tak selera nak makan...2 ekor kena selsema, batuk, sakit tekak, berhinguih...panggil pun tak nyaot! Letak la ape bende lauk depan mulut dia orang, bau pun tak..ni kan nak makan. Sian nye aku tengok..
Kalau bawak ke klinik mesti kena kurang2 80 hengget sekor! Tapi tak kan aku nak biar kan je dia orang camtu kan, tak sanggup aku. Aku bela dia orang dari kecik lagi, dah 3 generation. Dah macam sayang anak2 aku jugak. Dari emak, anak dan dah bercucu pulak. Ni opah dan anak nye yang sakit, si Comei dan si Hitam. Dah demam ni, si Comei yang paling manje ngan aku akan tido sekatil. Sot..sot..dia sedut hinguih, nak tarik nafas, adoiii sian nye dia. Aku pun try le sapu Vicks kat hidung dan leher dia, macam aku buat mase aku selsema le, supaya senang nak bernafas dan boleh le tido..Vicks tu kan berangin, terbatok2 dia. Kena bawak le jugak esok, buat nye melarat...aku jugak yang menangih nanti..