Wednesday, August 25, 2010

Jalan jalan...intai intai..

3 hari sebelum puasa aku, menantu dan anak berkonvoi bersama kawann2ya ke Melaka. Dia nak ikut kawannya yang nak pegi jenguk satu projek ikan keli organik di mane ngtah, aku dah lupa name tempat tu....Janji berkumpul di R&R Seremban. Kita orang dah sampai lama, dia orang baru nak pick up orang tu, orang ni, orang sinun...sempat la kita orang breakfast di situ. Pastu sempat pulak aku memborong anak pokok pisang berangan, pisang tanduk dan pokok roselle di pasar tani kat situ. Anak aku dah mula membebel, mama ni mane2 pegi mesti nak membeli pokok...Bukan ape, memang dah lama aku mencarik pokok2 tu, aleh2 kat situ pulak ade dan harga nye pun murah dari Sg Buloh. Pokok pisang ni berguna, daun dia boleh la aku buat bakar ikan atau nak buat lepat ke (ngtah ye ngtah idak!)..konon nye kan...




Pastu berkonvoi la kita orang, tapi duk pusing2 gak la mencarik tempat yang dituju pasal dia orang pun dah lupa...akhir nye sampai dah tengahari rembang.






di tapak projek tu...



di penuhi kolam2 macam ni yang menempatkan
anak2 ikan keli dan yang dah matang






feeding frenzy...ikan yang dah matang










pekerja menarik jala untuk tontonan pengunjung
dimane ikan sebesar peha menggelupor dan melompat
dalam jala...seronok nengok nye







hah tu diaa...







memang licin dan terus melompat kat tepi kita orang...





Aku ni suka gak la makan ikan keli tapi tak penah masak sendiri...tak tau nak menyiang nye pasal dia licin. Kalau makan pun yang kat kedai digoreng garing2, rangup pastu masak cili yang tak berkuah, gulai lemak ke aku tak berape lalu ngtah nape...Lepas mengintai2 kat situ kami pun pegi carik makan tengahari pulak di bandar Melaka, anak aku kata dia penah makan satu kedai asam pedas yang famous kat situ. Hujung minggu...punye la ramai orang, sampai kene queue up nak dapat tempat duduk dan yang nak bungkus pun ramai gak. Sedap sangat kot...tapi memang sedap pun asam pedas dia sampai aku bawak balik bungkus lagi! Tapi mak aiii...mahal nak mampuih! Mungkin pasal kedai ni terkenal kot...Lepas makan kami pun jalan2 ke tempat2 bersejarah yang selalu dikunjung di situ seperti muzium dan Kota Melaka. Petang baru kami beredar balik KL...ape lagi, di tol Ayer Keroh dah mula jem!





Tuesday, August 17, 2010

Seminggu Berpuasa


Tup tup...dah seminggu kita berpuasa. Cepat je mase tu berjalan dari hari ke hari kan? Tapi aku rase dalam bulan puasa ni masa tu lebih panjang atau banyak masa dalam sehari. Eh orang paham ke ape yang aku cakap ni? Maksud aku....dari pagi sampai waktu berbuka masa tu rase macam panjang dalam bulan Ramadhan ni berbanding ngan bulan2 yang lain.






Mane tak nye...aku selalu bangun sahur kul 4.30 pagi. Hai semenjak dah bermenantu ni kena bangun le...Kalau tak, kadang2 sahur, kadang2 tak..tapi lebih banyak yang tak bangun! Kejut kan menantu ngan anak2 dalam kul 5, pastu terus ke suboh, bertadarus jap, pastu tido kejap sampai kul 7.30 atau 8 pagi. Dah selesai sidai kain dan mengesahkan kucing2 aku, dalam kul 8.30, aku pun terus berkebun, (baru nak cuba tanam sayur2an), siram pokok bunga, sapu sampah kat laman, cabut rumput, sampai la kul 10.30 pagi. Kalau hari tak puasa, aku rase aku tak boleh nak spend banyak masa kat laman berkebun, dan lain2 keje, pasal nak ke dapo pulak tuk menyediakan makan tengahari terutama bila anak aku shift petang! Dalam bulan puasa, selalu nye aku ke dapo selepas asar. Jadi masa tu banyak untuk berehat setelah penat berkebun (memang melepek aku kepenatan!). Bila dah cukup rehat pada waktu siang, malam ade la tenaga nak berterawih, kalau tak memang lepas isyak mata tak boleh bukak dah...







Aku pun heran, dalam bulan puasa boleh pulak bertadarus 2, 3 kali sehari...masa tu banyak je leh buat semua tu, tapi bila bulan tak puasa, macam tak cukup masa je, macam tak cukup satu hari nak buat banyak bende! Agak nye tu la dia fadhilat dan hikmah bulan Ramadhan ni kan.....




Wednesday, August 4, 2010

CUCI


Dah seminggu kita orang planning nak nengok pementasan Cuci 2 The Musical. Cuci yang mula2 tak sempak nak nengok, masing2 banyak hal. Semalam se awal 6 ptg aku mengambik Noni dirumah menuju ke Istana Budaya, walaupun ia nye bermula jam 8.30 malam. Kami pegi awal bukan ape, memang dah tau, selepas kul 6 jalan ke situ akan sesak. Kalau keluar lepas magrib, lagi la. Jadi kami pegi awal sikit, sempat makan2 di kafe Istana Budaya, dan lepas tu menunaikan solat magrib di sana. Rupe nye ramai yang berfikiran macam kami, pasal surau pun sesak jugak.













pintu masuk di Upper Circle Seat di tingkat 3 yang paling murah,

33 hengget je...tapi nampak jelas






Cuci The Movie, aku tak nengok. So aku tak tau ape bende cite dia. Tau la cite dia pasal pencuci bangunan...yang mana watak utama di terajui oleh Afdlin Shauki, Hans Isaac, Awie dan Nabil (yang mengganti tempat AC Rizal). Di bantu oleh Harith Iskandar, Vee (Vanidah Imran) dan Jacklyn Victor. Nabil Raja Lawak, berjaya mencuit hati penonton dengan gelagat kelako nye yang bersahaje. Kami sangka kalau pegi nengok masa week day, tak la ramai. Tapi memang full house malam tadi dan ia nye diserikan jugak dengan kehadiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah. Cite ni menceritekan kisah suka duka 4 beradik angkat yang duduk sebumbung dari kecik yang bekerja sebagai pencuci bangunan. Drama komedi bermuzikal ni dari mula sampai akhir memang seronok, kami ketawa sampai sakit tekak! Ade la moments yang sedih dan romantik tapi overall, 4 watak ni memang berjaya membuat penonton ketawa dan bersedih bersama. Aku suka lagu2 yang dinyanyikan sepanjang pementasan (penata muzik nye Acis) di ikuti gerak tari yang kreatif oleh pereka tari Pat Ibrahim yang aku minat.














taking the final bow dari semua watak Cuci dengan tepukan

gemuruh dari penonton





Panjang jugak cite dia, ditambah pulak 15 minit Intermission...kul 12.30 baru habih. Ni la pementasan yang aku tengok selepas 3 tahun tak pegi, last aku nengok sebelum ni ialah Puteri Gunung Ledang 2.






Monday, August 2, 2010

Ramadhan datang lagi...



Minggu depan dah nak puasa. Masing2 dah buat persediaan ke nak menyambut puasa ni. Mesti la ramai yang menjawab...Eh dah la, dah beli stok lauk pauk. Dah buat kenduri menyambut puasa. Kat rumah aku ade je tiap2 malam jiran2 yang mengadakan kenduri tahlil, kadang2 satu malam 2 buah rumah sekali! Tu bab kenduri.




Ni bab makan pulak. Dolu2 mase mude, aku dan kawan2 office akan hari2 pegi 'melantak' aneka bende nak puaskan nafsu makan sebelum puasa! Isshh..buruk nye perangai. Ye la tu zaman jahiliah aku, memang suka keluar makan ngan kawan2. Sebelum program JALAN2 CARI MAKAN di adakan, kami la yang mula2 mempelopori nye sebelum TV3! Ngdak2..kari kepala ikan...2 minggu sebelum puasa bergilir2 belanje. Fuuuuhhh!





Bab bazar Ramadhan pulak..huh lagi hebat! Yang paling seronok mase keje ditengah2 pusat bandar Kuala Lumpur. Bile time makan je, berduyun2 orang pegi menziarahi bazar Ramadhan di Jalan Masjid India bersopping, atau look n see dulu sebelum dapat gaji. Bersesak2 la kat situ terutama hari Jumaat, bila orang lelaki pegi ke Masjid, yang pompuan2 nye pakat serbu Jalan Masjid India bersopping sakan! Macam mane aku tau?....sebab aku pun dolu macam tu gak laaa..Bila petang berduyun pulak mencarik pasar juadah, nak tapau lauk pauk, kueh mueh dan sebagainye untuk habuan berbuka mane yang tak sempat nak masak balik nanti.





Bab puasa ganti macam mane??!! Hah kan ramai yang terkedu bile tanye puasa ganti...tak kan la nak bagi alasan yang macam2. Dari bulan Shawal tahun lepas hingga nak masuk Ramadhan tahun ni, satu hari pun tak dapat ganti? Isshhh3...takpe masing2 jawab la esok ye, kubo masing2 kan...Well, who am I to judge other people, Im not perfect myself!





Ape2 pun, aku nak ucapkan selamat menyambut puasa kepada semua kawan2 blogger yang berugama Islam, semuga kita diberi kesihatan yang baik supaya dapat melaksanakan puasa sebulan di bulan Ramadhan dan dapat menunaikan solat terawih serta mendapat keberkatan dalam amalan kita. InsyaAllah..Amin!