Alhamdulillah...! Aku balik dari tanah suci menunaikan fardu yg ke 5 dah nak masuk 2 bulan tapi masih takde feel nak memblog, dah naik malas..fikiran macam buntu je...jet lag ke? Isshhk... tak kan begitu lama masih jet lag kan! Pastu aku demam pulak dan tak berape sihat 2, 3 hari, batuk2 dalam sebulan baru hilang setelah pergi klinik 3 kali. Malam aku tak boleh tido sampai subuh baru rase ngantok..tido siang malam berjaga. Mungkin pasal aku lama di tanah suci 45 hari - 9 hari di Madinnah dan selebih nye di Mekah jadi sistem badan belum nak berapa adjust balik.
Balik dulu aku masih batuk2 buah tangan dari Mekah yg panas tapi kering berdebu walaupun hujan 2, 3 kali di sana. Mula2 hujan lebat pada hari semua jemaah bersiap2 nak berangkat ke Arafah. Sepanjang perjalanan hingga sampai ke Arafah hujan lebat hingga banjir di beberapa tempat dan karpet dalam khemah tempat tinggal kami basah kuyup tapi nasib baik masing2 bawak tikar plastik yg diberi pihak Tabung Haji. Aku dapat tau hujan dah 5 tahun tak turun disana..haaa sekali turun banjir kau!
Alhamdulillah aku bersyukur sangat2 aku dapat sempurnakan ibadah haji ku tanpa sebarang musibah dan dugaan yg berat. Kecik2 tu biase la..aku dan kakak angkat ku sama2 hilang selipar sorang sebelah kat Mina. Puas aku cari, sampai balik tak jumpa! Nasib baik masing2 bawak kasut spare. Menunggu giliran ke tandas biase la di Arafah, Muzalifah dan Mina kena queue memanjang. Di Masjidil Haram aku terpisah dari kakak angkat yg membawak selipar aku. Tunggu punya tunggu tak jumpa jugak aku pun balik berkaki ayam dan terus ke kedai berdekatan mesjid beli selipar lain dan balik ke hotel. Rupa2 nya kakak angkat aku masih mencari aku di mesjid, dah setengah jam aku balik baru dia sampai! Aku bersyukur dapat ke mesjid hari2 utk bersolat pada waktu subuh, maghrib dan isyak walaupun kakak angkat ku tak dapat bersama kerana dia tak larat nak berjalan 600 meter pegi dan balik ke mesjid dan hotel. Dengan berjalan begitu jauh hari2 dan selera yg tak tau kenapa aleh2 rasa macam takde, dapat la aku kurangkan berat badan sehingga 4 kg. Tapi dah balik ni nampak nye kena maintain morning walk aku supaya berat tak naik mendadak kerana selera makan aku dah kembali normal! Semua nak makan...mee kari, tom yam, mee mamak, nasik lemak, lontong, roti canai, murtabak, McD, KFC, Pizza Hut..rase macam kebuloq pulak pada hal kat sana cukup makan dan tepat pada waktu makan nye..breakfast, lunch n dinner makan nasik! Mungkin penat berjalan ke mesjid, tapi aku banyak tido kat sana. Balik subuh lepas bfast, tido, lepas zohor, tido, lepas isyak kul 10 dah tido pasal takde aktiviti2 lain nak buat selain dari solat dan membuat ibadah2 lain. Tv pun takde...Tapi semacam punya seronok kat sana esp bersolat di Masjidil Haram. Ni kali kedua aku pergi, mula2 2 tahun lepas aku pegi Umrah. Aku berdoa mudah2an akan datang dan datang lagi ke sana membuat ibadah. Tup tup...bila aku balik aritu ade kawan pulak nak sponsor aku buat Umrah bersamanye bulan March ni...InsyaAllah...tu la rezeki terpijak dan doa ku dimakbulkan Allah ...Wallahualam!
Bukan senang nak dapat gelaran Haji/Hajah ni...its not only kita kena spiritually ready tapi physically fit jugak pasal ibadah ni memang menggunakan tenaga kita. Semasa bertawaf (7 pusingan) , bersaie (7 pusingan), di Mina pegi melontar tempat nye sangat jauh, 4 hari berturut2. Jadi lagi elok kalau mase kita sehat dan kuat pegi menunaikan Haji supaya tak mnyusahkan diri dan orang lain. Dulu bila aku tengok dalam tv berjuta2 orang bertawaf mengelilingi Ka'abah, dalam hati aku berkata macam mana la nak bergerak dalam berjuta2 orang tu...! Tapi bila aku dah berada di sana baru aku faham, setiap orang yg berada di sana, telah diseru namanye utk menjadi tetamu Allah dan telah ade ruang utk nye walau dalam berjuta2 orang sekali pun...! Banyak kan solat taubat dan berdoa sentiasa dikurangkan musibah dan dugaan bila di sana InsyaAllah segala nye akan berjalan lancar dan sempurna....
Di Mekah dapat la aku berjumpa adek aku yg pegi bersama suami dan kakak ipar nye. Tau2 dia org duk sebelah hotel Tabung Haji so dapatlah kami ziarah menziarahi dan berjemaah bersama di Masjidil Haram. Tapi tak dapat nak upload gambar kat sini kamera aku yg dah memang ade rosak sikit buat hal pulak...
Ape2 pun aku dah berdoa di depan Ka'abah utk adek beradek, sahabat handai dan sedara mara esp yg mana dah pesan doa2 yg khusus tuk diri masing2...aku seru nama2 dia org agar dapat menjadi tetamu Allah satu hari nanti.....InsyaAllah! Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment