Monday, June 6, 2011

Orang baru...

Betoi2 cukup sebulan hari ni muncul nya orang baru dalam hidup kami sekeluarga....cucu pertama aku! Berat dah naik sekilo, pipi dah tembam, susu tak cukup 3 ounce! Melalak pun dah kuat bila lambat sikit dapat susu. Alhamdulillah setakat ni setelah menjadi Opah (Grandma loghat Perak!) aku dah rase sikit selesa dengan jawatan dan tugasan baru yang aku sandang bila menantu berpantang 3 minggu dirumah aku. Mula2 dulu memang kekok banyak...al maklum la dah lama tak jaga baby (26 tahun yang lepas)! Risau jugak...boleh ke aku? Larat ke aku? Pandai ke aku? Sempat ke nak bermorning walk dan berkebun lagi? Emmm...memang tak sempat dah nak morning walk. Morning walk dalam rumah je la dari bangun subuh hingga la ke petang! Berkebun? Sempat la jugak sikit2 sementara cucu tak bangun lagi. Lepas tu sebok, nak bakar tungku, nak mandikan baby, siapkan dia sebelum dia tido balik...pastu sebok pulak nak berkemas, basuh baju, sidai baju, bagi makan kucing2 aku, ke dapo pulak nak masak untuk menantu dalam pantang....Tak payah morning walk dan diet dah...semenjak dapat cucu ni, body weight turun dengan mendadak! Wah seronok Opah!








amboi cucu Opah ni...baru satu hari dah celik mata dia!




nak tido balik la Opah...


cucu lelaki pertama.....teringin nak cucu pompuan tak dapat, dah la anak tiga2 lelaki..tapi takpe aku bersyukur dia sehat...


one happy Daddy!




Bila menantu dan cucu balik ke rumah mak dia untuk berpantang disana pulak, aku rase rindu amat sangat kat cucu...terdengar2 je suara dia mengobak (menangis)! Bila dia orang datang balik untuk duduk seminggu (nenek sana balik kampung), sebok balik la aku dari pagi sampai petang. Satu malam tu aku tak rase ngantok langsung, kesian kat Mommy O and Daddy O tak cukup tido...aku pun volunteer jaga cucu sampai ke pagi! Baby ni bila siang dia orang tido sakan, tapi bila malam...kejap2 jaga, kejap2 nak susu, kejap2 yak pulak! Ape2 pun seronok dapat dukung baby balik, cium bau baby, dan paling seronok bila time mandi, bukan main ceria dia! Hari ni cucu dah kena first month immunisation. Menjerit sakan dia kena cucuk jarum! Sian cucu Opah...

9 comments:

cikmanggis said...

salam p3chandan.mata Cm dah jadi mata panda sb tak cukup tido..cucu Cm ni tido siang tak tido malam ..kesian kat maknya sb baru 2 hari masih blom kuat lagi...hensem cucu opah:)kebetulan kita sama-sama dapat cucu pertama hehe....

Pengasas said...

Salam P3Chandan,
Tahniah, tahniah, tahniah ...
Betapa seronok bila dah ada cucu ...
Itu baru sorang ...
Semoga bertambah bahagia hendaknya.

Al-Manar said...

Kami dah ada sepuluh! Barulah tahu macam macam ragam. Such is life. Bila dah tua keluar yang baru. Enjoy this special gift from Him.

p3chandan said...

Salam cikmanggis.Ingat dulu mula2 dapat anak pertama, emak la yg bersengkang mata dan betungkuih lumuih jaga kita dalam pantang. Sekarang giliran kita pulak menjaga cucu dan menantu!

p3chandan said...

Salam Prof dan tima kasih..Memang seronok dapat cucu ni tambah pulak cucu pertama kan..

p3chandan said...

Syukur Alhamdulillah Pakcik Hassan. Im enjoying every moment with my new grandson!

Anonymous said...

Beautiful baby!

p3chandan said...

Thank you Theanne!

p3chandan said...

Thank you Clipped Wings, my very first grandson!