Tuesday, March 3, 2009

EGO!!

NYAMPAHHHH! Ego nak mampuih! Nyesal aku jumpe si mamat ni. Cakap dia je yg betul! Konon dia la yg terer, dia la yg hensem, dia la yg di gilai pompuan. Huh..kalau camtu la ego org yg desperate je la yg tergila2...meluat tul aku!
Oops..im sorry! Terkutok la pulok. Nape la lelaki skrg ni ego semacam. Ingat dia org ni best sangat ke? Cakap tak nak kalah, tapi nak mintak pendapat aku. Bila di beri pendapat, cakap pulak aku ni counselor yg tak baguih! Aku tak apply pun nak jadi counselor dia, aleh2 je dia nak cerite hal konon anak dara 28 tahun tergile2 kan dia, melamar dia kawin..sanggup bermadu! Cisss! Pastu cerita isteri dia dah berubah perangai semenjak dia mintak izin nak kawin lagi satu. Pompuan mane la yg tak terluka bila laki dah nak kawin lain! Walaupun ade yg setuju nak dapat payung mas, in reality, hati mesti terguris, hancur berkecai, bertahun2 susah senang, aleh2 bila dah senang nak kongsi ngan yg lebih muda...ishk! Terima madu pun kerana dah takde choice, no way out!
Aku ni cakap straight forward je...nasihat kan jer supaya dia beringat yg madu ni manis nye sekejap je. Lepas tu penin kapla la hang! Dari mula lagi isteri dah memberontak, walau bagi duit byk mane pun hati tu masih terbuku..esok2 mane nak layan kerenah isteri muda lagi, kerenah isteri tua lagi..lama2 hang stress, mane stress ngan keje lagi, rumah tangga lagi, muda2 dah gol kena sakit jantung! Mampuih hang tergolek dok! Padan muke..
Kalau nak dengar pendapat yg menyokong kata aku setuju sangat ko kawin lagi satu..mesti la kena tanye pendapat org lelaki! Pasti setuju ngan sebulat suara, siap angkat tangan dan kaki lagi kan! Buat pe tanya kat aku yg dah jadi ibu tunggal semenjak azali lagi...Ke dia nak cerita kat aku tu nak menunjuk kan dia tu tersangat lah hemsem dan macho nye hingga ramai anak2 dara yg tergile2, yg dia berkawan ngan aku ni setakat nak jadi kan tempat mengadu domba la konon! Cara dia bermegah2 pun aku dah tau ego nye melangit tinggi...well im not impressed with yr smart uniform k!
Eh apesal pulak aku marah2 ni..tapi memang bengang betul bile dengar dia bercerite dengan megah nye! Dalam hati bile dia dah kata aku counselor tak baguih..ermmm lantak ngko la Labu woii, ngko yg cari pasal!
Im sorrryyyyyy.....

2 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam,
Nape marah-marah ni.
Sekeh aje dia tu.

Anonymous said...

tu la Prof..kalau boleh memang nak sekeh pung