Wednesday, June 29, 2011

Potong Jambul nya!

Sabtu lepas sempena habis pantang menantuku dan cukup umur cucuku 2 bulan, aku buat kenduri kesyukuran berserta potong jambul. Sebenor nya aku nak buat pulut kuning je, pastu hantor ke mesjid pada malam Jemaat seperti arwah mak aku buat dulu bila aku habis pantang. Tak nak la aku nak ikut sangat trend orang sekarang ni...Tapi anak dan menantu dah berhajat nak buat acara potong jambul baby dia orang, maklum la anak sulong...Aku ikutkan aje dan menjemput kumpulan Merhaban dikawasan situ untuk membaca doa tahlil dan berselawat mendodoikan cucu sulong aku.







buai yang dihias bidan terjun oleh adek aku...


Perkakas dan bahan2 yang diperlukan dalam acara potong jambul - semangkuk bedak sejuk direndam dalam air untuk renjisan, semangkuk bunga rampai, semangkuk yang berisi gula, garam dan buah kurma (untuk 'membelah' mulut katanya), semangkuk air kosong untuk mengisi rambut cucu yang akan dipotong, dan sebilah gunting kecik dihias cantek dengan reben



Acara dimulakan dengan bacaan doa tahlil oleh kumpulan Merhaban yang terdiri dari kaum ibu iaitu jiran tetangga aku. Aku baru bercadang nak join sama tapi dah dapat cucu ni, nampaknya kena jadi babysitter la pulak sementara dia nak membesar...pastu mungkin mak bapak dia nak hantar ke day care kot...




buaian yang dihias diletak ditengah2




upacara mendodoi baby dengan diiringi lagu dan selawat Nabi


upacara memotong jambul nak dimulakan dengan mak dan baby berjalan mengelilingi kumpulan Merhaban yang tengah berlagu dan berselawat

Bermula lah acara potong jambul cucuku....menjilat2 dia bila disapukan garam dan gula dibibir nya sebagai syarat 'membelah' mulut (aku pun tak berapa tau benda ni!) tapi ditunjuk ajar oleh kakak angkat aku yang dulu menjadi babysitter kepada 2 dari anak2 aku



Elok pulak cucu aku ni tak mengangis langsung dan tak kelip2 mata dia merenung mak dia, selama upacara Merhaban yang memakan masa 2 jam lebih tu dijalankan! Dah selesai semua nya, baru la di mengobak nak susu dan tido...






Selepas acara potong jambul, aku sediakan sikit jamuan petang (high-tea) untuk meraikan kesemua tetamu yang datang, terdiri dari jiran2 terdekat, kumpulan Merhaban, adek beradek aku, keluarga besan serta sanak saudara yang paling rapat.
Mudah2an cucu aku akan membesar dengan baik, sentiasa sehat, jadi anak yang soleh, bijak bistari, berbudi pekerti yang tinggi dan akan menjadi kebanggaan mak, bapak, bangsa dan negara nya....insyaAllah! Amin!!!

11 comments:

Kak Pau said...

Salam p3chandan, lama tak jengok dah bercucu awak yek..alhamdulillah mudah2an tak kesunyian ler sekarang dah ade suare budak menangis kan!Dah ade cucu ni nak ngeteh pun dah tak sempat...

p3chandan said...

Salam Kakpau, bukan setakat ngeteh tak sempat, nak siram pokok pun dah miss! Kalau mood dia baik, dia tido sampai petang, boleh la cepat2buat keje, kalau tak, nak mandi pun lebih kurang je...

Unknown said...

Tahniah dpt cucu! Mudah2an bahgia selalu.

p3chandan said...

Tima kasih Man, insyaAllah!

Pengasas said...

Salam P3Chandan,
Ada hukamak kata: Tangisan bayi membawa rahmat.

p3chandan said...

Salam Prof, ye ker...alhamdulillah!

Anonymous said...

Precious Baby!

p3chandan said...

Thank you Theanne!

Al-Manar said...

Pakcik tak berapa arif tentang ini. Anak anak pakcik tak pernah buat dan juga cucu cucu semua. Kalau tak silap do sebelah Terengganu istiadat ini diada dikalangan orang lelaki sahaja, tidak terbabit kaum wanita sebagaimana yang nampak dalam gambar. Kalau itu kahandak meteka, biarlah puas hati mereka. Lagipun bukan perkara yang salah.

p3chandan said...

Memang pun Pakcik, dolu2 saya tak pernah dengar orang buat macam ni dan tak pernah pun buat utk anak2 sendiri. Saya hantar pulut kuning je kat masjid..Ni trend orang2 sekarang, nak tak ngdak ikut je pasal mak bapak cucu dah berhajat nak buat..Kat sini kumpulan Merhaban terdiri dari kaum ibu, boleh baca tahlil, berzanji dan sebagai nya. Ada jugak kumpulan lelaki tapi tak popular macam kumpulan kaum ibu ni!

Gardening with Juanita said...

He is very handsome. I have 21 grand children and 23 great grand children from 6 children. A beautiful way to perform first hair cut.