buai yang dihias bidan terjun oleh adek aku...
Acara dimulakan dengan bacaan doa tahlil oleh kumpulan Merhaban yang terdiri dari kaum ibu iaitu jiran tetangga aku. Aku baru bercadang nak join sama tapi dah dapat cucu ni, nampaknya kena jadi babysitter la pulak sementara dia nak membesar...pastu mungkin mak bapak dia nak hantar ke day care kot...
upacara mendodoi baby dengan diiringi lagu dan selawat Nabi
upacara memotong jambul nak dimulakan dengan mak dan baby berjalan mengelilingi kumpulan Merhaban yang tengah berlagu dan berselawat
Bermula lah acara potong jambul cucuku....menjilat2 dia bila disapukan garam dan gula dibibir nya sebagai syarat 'membelah' mulut (aku pun tak berapa tau benda ni!) tapi ditunjuk ajar oleh kakak angkat aku yang dulu menjadi babysitter kepada 2 dari anak2 akuElok pulak cucu aku ni tak mengangis langsung dan tak kelip2 mata dia merenung mak dia, selama upacara Merhaban yang memakan masa 2 jam lebih tu dijalankan! Dah selesai semua nya, baru la di mengobak nak susu dan tido...
Selepas acara potong jambul, aku sediakan sikit jamuan petang (high-tea) untuk meraikan kesemua tetamu yang datang, terdiri dari jiran2 terdekat, kumpulan Merhaban, adek beradek aku, keluarga besan serta sanak saudara yang paling rapat.
Mudah2an cucu aku akan membesar dengan baik, sentiasa sehat, jadi anak yang soleh, bijak bistari, berbudi pekerti yang tinggi dan akan menjadi kebanggaan mak, bapak, bangsa dan negara nya....insyaAllah! Amin!!!