Monday, July 21, 2008

Porcelain Paintings

My love of beauty and nature with their vivid colours always lead me to painting them since primary school. I used to paint flowers, leaves and sceneries either from my garden or copied from books, postcards and greeting cards. Well that was ages ago...I've lost practice since then not until 4 years back when I joined a group of porcelain painters. It was very exciting to learn to paint a new media with specially imported colours from UK and USA which is mixed with special oil. First the painting is done on white porcelain plates or square tiles then it is burnt in a special oven at high temperature. The second layer is painted over it and burnt again, this depends on the quality of the plates and the subject painted. The process is to make the colours stand out then lastly it is glazed and gold ringed as the finishing touches. The better quality the plates are the better the colour will stand out. Here are some of the hand-painted plates.
sweet plates

side plates

painted by my teacher as souvenirs for guests





dinner plates






oblong plates


square tile





more dinner plates










paintings on porcelain tiles


Those were some of the plates painted by me shown at an exhibition which was held at Carcosa Seri Negara. Surprisingly, 2 of my plates were sold at RM500 each.






















My family



third son - RAZLAN







second son - REZZA













first son - RADZI














Friday, July 18, 2008

Cucu2 ku












Anak2 aku semuanye lelaki. Orang kata anak lelaki lambat sikit berumahtangga jadi lambat lagi la aku nak menimang cucu...Kebanyakan kawan2 aku yang sebaya dah dapat cucu. Tapi sebaliknye aku memang dah jadi Opah (grandma) pun..untuk kucing aku si Chomel...6 ekoq termasuk la cucu angkat sekoq yang warna blonde yang datang ngtah dari mane. Aku panggil dia Ning! Short for kuning le...Sebelum ni Chomel (aku panggil dia Mei Mei) dah banyak kali beranak tapi nasib tak baik anak2 dia semua mati lepas 2, 3 minggu tak cukup bulan kot, dan ade yang mati makan di bapak kucing. Ni la yang orang kata bapak makan anak! Sian aku tengok...Anyway kali ni aku make sure yang anak2 dia dikurung dalam kandang yang baru aku beli untuk keselamatan dia orang. Mahal tul rege dia 180 hengget, double story banglo la kata kan...
Mei Mei ni ialah hasil kacukan kucing Parsi dan kucing jalanan. Aku ambik dia dari baby lagi 2 beradik dari adek aku yang taknak bela "cucu". Tapi kakak dia si Fifi dah takde kena langgar ngtah keta sape agaknye mase aku pergi kerja tahun lalu..nanges aku. Kucing2 ni (temasuk la binatang peliharaan yang lain) dia orang ni pandai menghargai kasih sayang kite pada dia tak macam setengah2 maanusia yang tak reti atau buat tak reti nak hargai kasih sayang orang lain. Aku memang sayang kan kucing2 aku yang comel2 ni macam cucu2 aku jugak...Leka aku menengok gelagat anak2 dia yang dah mula aktif mengusik sesama sendiri especially si Ning ni kaki buli pada yang lain2 tu sebab dia lebih tua dan berbadan besar sikit. Pantang terbukak pintu kandang si Ning pun lari macam lipas kudung menyuruk takmau masuk kandang balik..hehehe..kelakor betul!
Minggu ni aku tengok si Mei Mei dah macam takde selera nak makan bila aku letak favourite catfood dia tak sentuh langsung. Aku pun hantar dia ke Kelinik Haiwan dekat rumah tapi terpaksa ditinggalkan untuk semalaman kerana dia dikatakan dehydrated (kekeringan air). Rupe2nye Doktor kata sepatutnye Mei Mei ni dah kena cerai susu (weaned) dari anak2 dia yang dah berumur 2 bulan pasal anak2 dia dah mula makan kitten food. Disebabkan tu Mei Mei kurang vitamin dan air bila anak2 yang dah besar masih menyusu. Sian si Mei Mei..sampai menggiggil dia aku tengok. Terus Doktor Jonathan put her on drips untuk dehydration dia...mane la aku tau pasal cerai susu pada binatang ni. Alhamdulillah keesokan harinye Mei Mei dah kelihatan lebih aktif dan mula makan dengan lahapnye sehingga menjilat mangkuk! Doktor kata overall kesihatan Mei Mei baik semuanya tapi kurus dan lesu pasal takde selera makan. Tapi mak oii..sehari duk di kelinik aku kena bayo dekat nak 300 hengget! Anak2 aku sakit pun tak penah kena bayor macam tu..tapi nak buat camne, sayang punye pasal...siap dengan vitamin dan anti-biotics nye sekali. Doktor Jonathan pun tunjukkan aku macam mane nak bagi Mei Mei makan ubat. Tak la susah sangat pasal si Mei Mei ni very docile cat dan manja dengan aku. Lepas ni terpaksa la aku menjauhkan anak2nye dari menyusu kalau tak, Doktor kata boleh membawak maut untuk si Mei Mei kerana terlampau lemah.
Tapi kesian pulak aku tengok anak2 dia tak dapat bermanja2 dengan si Mei Mei dan Mei Mei pun sentiasa berdekatan dengan kandang banglo 2 tingkat memanggil2 anak2 dia....tu la dia kasih ibu, kucing pun pandai sayangkan anak!

Pertemuan...






















Hmmm...tahun 2005 selepas titik hitam dalam hidupku berlalu tatkala umorku yang dah senja ni...Im back in the market so to speak (ada market ke lagi orang macam aku ni?). Aku tak la sosial kind of person, lebih suka mendengar dari bercakap ( good listerner), reserved sikit, tapi kalau dah kenal lama, hoohaah jugak la...Jadi aku pun cuba2 melayari websites untuk mencari kawan2 baru (tu pun anak aku yang mengajor nye). Selain dari mencari kawan baru aku dah hooked dengan berblogging di satu website dimane bloggers pulak selalu bergather2 untuk bersantai dan bertukar fikiran.









Pada masa yang sama teringin jugak aku nak memulakan bisnes tapi tak tau nak buat bisnes ape, direct selling..aku tak berape minat, insurans pun tak minat, aku ni tak pandai nak bergebang atau pot pet dengan orang. Bukan senang nak menarik pelanggan suruh beli produk kita, orang yang PR bagus je boleh buat camtu. Aku ni berat mulut sikit...Ditakdirkan Allah aku pun berkenalan dengan seorang kawan lelaki yang sedang mencari rakan kongsi untuk projek pertanian. Mula2 setakat berkawan saje tapi dia bersungguh2 suruh aku buat bisnes nursery sendiri dirumah dengan tunjuk ajarnye. Rupe2nye baru aku tau yang dia adalah seorang cendiakawan yang serba boleh dalam banyak bidang termasuk pertanian. Itu lah bermula nye penglibatan aku dengan tanaman pokok2 temperate bersamanye.













Tentu ramai yang tertanya2 ape ke bende pokok temperate ni? Dia adelah pokok2 yang bermusim seperti anggur, epal, peach, pear, black berry, mulbary (pokok sutera) dan lain2 lagi. Hah! tak percaya kan kalau aku katakan yang pokok2 camtu boleh hidup di negara kite ni..Itu lah hasil kajian kawan aku tu yang juga seorang Profesor (Dr Abdul Wahab Arbain) yang telah buat kajian terutama tentang pokok anggur lebih dari 10 tahun dan penah menghasilkan pokok2 yang bermacam jenis anggur untuk ditanam. Mula2 aku pun susah nak percaya sehingga aku tengok dengan mata kepala aku sendiri...cuba tengok gambar2 yang aku paparkan diatas. Gambar2 gugusan anggur tu adalah dari nursery Profesor bersama jirannye di Bukit Kapar. Yang lain tu adalah hasil tanaman di tapak kebun kami di Jeram. Buat masa ni the demand is more than supply. Insyaallah pada tahun depan dan tahun 2010 kami akan mempunyai anak2 pokok temperate yang mencukupi untuk memenuhi permintaan ramai..













Semenjak aku mula berjinak dalam bidang pertanian ni aku rase hidupku tenang dan tenteram. Rutin harian dipenuhi dirumah dan dikebun dengan pengurusan dan penjagaan pokok2 dan tanaman, walaupun Jeram agak jauh perjalanannye dari rumahku. Aku ingin saksikan kejayaan kami dalam bidang ini. Hari ni aku dan Profesor telah mendapat hasil buah labu kuning yang kami tanam 2 bulan lalu...itu adalah diantara tanaman sampingan di kebun kami termasuk gajus dan chili. Aku bersyukur sangat2 kerana telah diketemukan dengan seorang kawan yang baik, jujur dan ikhlas untuk membimbing aku dalam bidang pertanian yang memang telah menjadi minatku dari alam sekolah lagi..semuga dipanjangkan umor, murah rezekinye dan diberi kesihatan yang baik dan berbahgia selalu bersama keluarganye...AMIN!












Thursday, July 17, 2008

Masa untuk belajar lagi...










Wah! semenjak hujung minggu lepas aku sebok sangat..tapi aku seronok kerana aku takde masa untuk duk menung mengenang nasib ke kesunyian ke...


Hari Sabtu dan Ahad lepas aku mengikuti kursus membuat roti dan kek di Berita Publishing anjuran Majalah Anjung Seri dimana aku menjadi ahli sejak tahun 90an lagi. Mula dari 8 pagi aku dah bergegas keluar ke pejabat Berita Publishing di Taman Desa Business Centre, dalam 1/2 jam dari rumahku. Tak tau kenapa tetiba je aku nak belajar buat roti dan kek ni..memang le aku tak pandai pun, selama ni pun aku beli je bila terasa nak makan kek. Selain dari kursus ni aku penah mengikuti kursus2 yg lain anjuran majalah ni seperti Landscaping di UPM selama 2 1/2 bulan, Hiasan Dalaman di UM (2 1/2 bulan jugak, Melukis Porselin (berbulan2) dan penah menyertai pamiran Pelukis Porselin di Carcosa Seri Negara pada tahun 2003 dan dapat menjual 2 biji pinggan hasil karyaku dengan harga RM500 sebiji!...wah siape sangka ek?


So hari tu buat pertama kali aku berkenalan ngan Chef Anuar dan aku betul2 enjoy bila tengok dia membuat demo, nampak sungguh mudah dan cepat sekali! Semua students rasa teruja, termasuk 2 orang lelaki serorang Librarian dan lagi sorang Pramugara..siape sangka ek? Aku terfikir nak buat kek dan biskut raya pada tahun ni sendiri..tu pun kalau aku tak MALAS la...tapi kena la beli perkakas2 nye dulu spti mixer, acuah, timbang dn lain2 lagi yg asas yg aku memang takde. Wah teruja nye! Jangan hangat2 tahi ayam sudah!


Untuk 2 hari tu kami belajar buat sandwich loaf, bun, tartlet, cheese cake, sponge cake, pizza, cake decorations dan yang lebih seronok lagi kita orang boleh bawak balik semua juadah yang kami masak tu!


MUDAH2AN AKU BERJAYA BUAT KUEH DAN KEK RAYA SENDIRI PADA TAHUN NI...INSYAALLAH!!






























Monday, July 14, 2008

Nafas baru...




Aku menarik nafas lega setelah segalanya selesai dan aku segera mengorak langkah untuk memperbaiki diri dan hidupku agar masa depan aku dan anak2 terjamin jika ditakdirkan Allah aku single mingle sampai ke tua. Sebelum ni pun aku dah plan nak berenti kerja ofis dan cuba bidang yang lain pulak dan kebetulan pada awal tahun 2006 ada tawaran dalam surat kabar STAR mengikuti kursus Guru Pra Sekolah di Institut CECE sekitar kampus Unitar. Aku memilih untuk mengikuti kursus part time pada tiap2 hari Sabtu bermula pada awal March 2006 selama setahun hingga February 2007 dengan bayaran RM2500.



Bermula la hidup baru aku sebagai part time student. Terfikir jugak....boleh ke aku belajar lagi, masuk otak ke apa yang aku belajar nanti? Maklum la dah berpuluh tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Aku rasa seronok pulak teringat alam kolej di Shah Alam dulu...tapi yang tak seronok nye part kena buat assingment menimbun2 yang takde sangat di kolej dulu mengalahkan university student pulak pada hal kursus yang diambik punya la nampak mudah...Hah! jangan terpedaya dengan kursus tu, nampak macam remeh je tapi sebenarnya rumit dan terpaksa memeras otak membuat assingment, kena banyak baca bahan2 rujukan seperti di Library dan artikel2 dalam STAR especially yang banyak mengenai Early Learning for Pre-School Children.
Majority students were Chinese, Melayu ada la 3 orang dan semuanya perempuan..ada la sekor kumbang jantan tapi drop out half way pasal tak tahan dengan assingment! Majority also were already Kindergarten teachers yang mengambik kursus ni sebagai permulaan ke taraf Diploma since this is a Certificate Course. Aku adalah diantara 2 orang office workers yang mencuba nasib dalam bidang ni. Aku lebih risau tentang pratikal dari teorinya pasal aku takde pengalaman jadi cikgu walaupun mengajar budak2 tadika...Nervous habih aku sampai keluar peluh jantan masa pratikal mengajar 2 sekolah tadika di Jinjang dan di Ukay Perdana. But with the help of my more experienced friends, aku berjaya membuat yang terbaik. Seronok betul bila dikelilingi budak2 ni dengan perangai dan kerenah dia orang yang boleh buat aku menangis dan ketawa especially bila dia orang panggil aku Cikgu! Wah! kembang kuncup aku bila aku dipuji Principal yang aku lulus pratikal walaupun first time aku mengajar....it was worth every hard work I put in the course! Dan akhirnya aku lulus! Itu la dia gambar kami masa Graduation Day di Hotel Cirus dan segulung Sijil yang aku bawak balik tunjuk pada anak2 aku. It shows that its not too late to learn!




Bermula nya di sini...

Apa aku nak tulis ni? Dah buat blog tak tau nak tulis ape pulak...blank jap.
Aku penah ada blog tapi di website lain. Dah lama aku tinggalkan memblog di situ semenjak berlakunya satu peristiwa memori terluka yang membuatkan aku terus hilang feel, takde mood langsung! Tapi itu bukan bermakna aku ni terlalu sensitif akan benda2 remeh temeh macam ni. Bukan...sebaliknya aku telah lalui peristiwa2 yang lebih mencabar dari tu lagi. Perrkahwinan ku ...telah hancur ditengah jalan setelah hampir 29 tahun! Pada umur yang dah senja aku telah ambik langkah berani dan nekad untuk berpisah...kerana satu peristiwa hitam yang berlaku yang menyentak aku dari hidup yang penuh cabaran semenjak mula aku menjejak kaki keambang perkahwinan. Kenapa begitu lama baru aku sedar dan terus mencari jalan keluar? Kenapa tidak dari dulu? Mungkin kah dulu alasan nya kerana kesiankan anak2 tapi sekarang anak2 yang dah besar panjang sudah faham dan tengok dengan mata kepala dia orang sendiri apa yang dipikul selama ini oleh ibu mereka atau....aku terlalu memanjakan bekas suami ku hingga membeban diriku sendiri (itu la kata2 yang keluar dari mulut anak sulung aku sendiri baru2 ini). Tersentak dan terkedu aku bila mendengarnya...Adakah aku ni gagal menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk anak2 aku? Malu aku dengan anak2 aku..Im a failure! Itu lah yang aku rasakan kengkadang...
3 tahun dah berlalu..Would I be looking for a new life partner, a soulmate? Ermmm...ngtah la...Aku seorang yang penyayang dan manjer ehem ehem...(angkat bakul sikit), tapi tak berapa konfiden dengan diri sendiri..pasti nya rasa kesunyian, keseorangan (kengkadang la...) aku mudah terluka mungkin kah Im expecting too much from a new partner or expect things to happen too fast too soon? Apa2 pun aku serah pada NYA kalau ada jodoh yang lain aku bersyukur kalau takde pun aku redha...Walau bagaimanapun yang pastinya that was the best thing that happened in my life! Im much much much happier after that as if a dark cloud that was hovering over my head for so long have been lifted and there's a silver lining to it! Alhamdulillah aku bersyukur mungkin ada hikmah nya disebalik perpisahan tu...Dengan sokongan padu dari putera2 ku 3 orang tu, ahli keluarga lain dan kawan2, aku tabah dan rasa lebih bahgia. Bila anak2 dah besar dan berdikari sikit sebanyak terasa lega dan aku dapat beribadah, beriadah, jalan2 sambil makan2 dengan kawan2, berkumpul dengan mereka dan ahli keluarga sesekali dan membuat hobi2 yang aku minat. Aku hanya berdoa agar aku dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan akan terus bahgia disamping orang tersayang...insyaAllah!